Buatmu Kakak, Abang dan Adikku


teristimewa buat saudara sedaging sedarah denganku ^_^


Buat tatapan kakak2ku dan adik perempuanku,
Pabila menatap wajahmu,
Yang menampakkan keayuan,
Berbungalah harapanku..
Sebagai adik jua teman..

Agar engkau kakak dan adik perempuanku,
Menjadi insan solehah,
Juga berdiri,
Menjadi insan dikagumi..

Aku tahu,
Aku sedar,
Tidakku mampu mengukir bait2 kata,
Untukku melukis segala kenangan terindah..

Kakak dan adik perempuanku,
Suluhan kemesraanmu sinari hidupku,
Mutiara azimat saktimu,
Pelangi hatiku,
Agar tautan kasih akan terus subur setiap waktu..

Kakak dan adik tersayang,
Tanpa yang Satu itu,
Jua tanpamu,
Aku tidak akan disini,
Tiada bisa kutabah setabah hari ini,

Aku telah pateri pada sungai hati,
Aku telah lukis pada cermin budi,
Aku telah ukir pada tulus erti,
Untukku terus mapan berdiri,
Memegang janji!!!

Andai..
segalanya hangus,
Andai..
air jadi batu,
Andai..
putih jadi kelabu,
Aku akan cekal mengharungu hidup,
Sekalipun aku disini..
menunggu mati..

Kakak2ku dan adik tersayang,
Moga kemesraan kan berpanjangan,
Mekar mewangi dalam hati,
Ukhwah ini harus dijagai,
Rantailah dengan kejujuran,
Gelangilah dengan keikhlasan,
Hiasilah dengan bunga2 keazaman,
Moga hari yang mendatang,
Terpancar sinar kebahagiaan..

kumpulan wajah indah,
mendamai di sanubari.
terdakap detik subur,
melingkar ruang rindu.

Abang,adik lelakiku
Solat itu tiang agama,
Doa itu penyuluh suka dan duka,
Selalulah solat dan berdoa,
Moga tenang dan terang,
Jalan hidup abang.

Abang,adik lelaki
Akhir pesan adik,
Ingatlah,
Tidak selamanya kita di dunia,
Tiba masa,
Kita akan pergi meninggalkan dunia,
Ke mana kita selepas itu,
Hanya diri jadi penentu,
Bersama amalan yang dibina,
Ke Syurga kita mahunya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers