^^ HUJAN ^^


Assalammualaikum semua pembaca Tautan Hati.

Apa khabar iman kita hari ini?
Ayuh sama-sama kita check. "List"kan apa yang telah kita lakukan hari ini.
Adillah pada diri kita bila kita mengadili diri sendiri sebab kita tidak boleh membohongi diri kita sendiri.

"soal rasa, lidah tak boleh bohong"
^^ iklan sebentar...lapas sudaaaaaaaaa ^^

Alhamdulillah, sudah seminggu-minggu ini hujan turun tanpa diundang tanda RAHMAT dari ALLAH. Hujan yang menyebabkan semua manusia mahu dibawah selimut dan diatas empuknya tilam.

"bestnya tido time2 hujan turun ni.."

Bangun tadi pagi rasa malas sangat. Syaitan sudah menarik-narik untuk tidur lagi. Alhamdulillah, dengan lafaz Bismillah saya bangun dan membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan kita sebagai seorang muslim. Rukun Islam kita yang kedua. Anda ada solat subuh tadi?? jangan sampai satu tiang dari 5 tiang itu hilang^^
(nasihat buat diriku)

Lepas tu, hujan masih juga turun dengan lebat. Mungkin sudah tiba masanya Allah menurunkan rahmatNYA setelah berbulan matahari melaksanakan tugasnya tanpa mengira waktu. Dalam ofis yang ada penghawa dingin pun terasa juga bahangnya. Allahu Allah..itu baru sebahagian kecil daripada percikan api neraka. Bagaiman pula NERAKA?? Allahu Allah. Tak tercapai dek akal!!
Mohon dijauhkan dari tempat yang membinasakan itu!!

tahu doa masa hujan turun ka??
saya pun tidak tahu juga..tapi Alhamdulillah sudah terjumpa. InsyaAllah kita dapat amalkan bersama.
jom berdoa...berdoa inikan senjata kita^^,


ok..macam ni cara bacanya..saya tolong translate kepada tulisan rumi

Allaahumma shayyiban naafi’an” (HR. Al-Bukhari)"
(try la hafal. biasakan diri kita dengan doa2 kan^^)

Selalunya Allah menghantar rahmatNYA bersama hujan yang membasahi bumi tanpa mengira siapa yang taat, siapa yang ingkar.

Kadang-kadang Allah mengirim amaran melalui banjir tanpa mengasingkan siapa yang sujud, siapa yang angkuh.


Sekali sekala, Allah mengutus balasan berwajah taufan, juga tanpa membezakan siapa yang setia dan siapa pula yang sombong.


Ini semua kerana kita manusia diciptakan saling bergantungan dan harus bertanggungjawab sesama kita.

Maka berdoalah,

Mudah-mudahan Allah SWT memelihara kita dari kelalaian dan kekhalifan sedangkan kita tanpa segan berjalan, berlari dan adakalanya berjengket diatas muka bumi ini tanpa mengingatiNYA hingga langkah itu boleh membuat kita tersungkur menyembah semula kebumi.

"....sesungguhnya ALLAH SWT mencintai orang-orang yang terus-menerus berdoa..."
(Hadir Riwayat Al-Auza'i)

2 comments:

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers