* Mereka yang dirindui *

Assalammualaikum Tautan Hati.

Hari ini air mata sukar untuk keluar. Menangis dalam hati. Iya menangis dalam hati itulah yang menyeksakan bagi saya. Rindu ini apa ubatnya kalau bukan diserahkan kepada Allah. 

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.

Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.

Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. 

Ya Allah. Amin.
 Sampaikanlah kesejahteraan, 
ya Allah, 
pada junjungan kami, 
Muhammad, 
keluarga dan sahabat-sahabatnya 
dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.


(doa rabithah yang sentiasa dibaca oleh kak ajlaa sayang..kak adik rindu akak. Adik lambat balas mesej akak ya..lepas tu adik balas mesej pendek saja tadi^^,. Syukran sebab akak selalu ingatkan adik agar bersahabat kerana Allah semata-mata)

Lets me story bout my fren k..
(mak haii..speaking pula diaaaaaa)


 Nasita dan my twins. Oh ya, Nasita my sayang sentiasa. Dia selalu ingatkan saya bahawa saya ini ada dia yang sentiasa merindui saya. Nas, onesly i misz u to. Sory becoz i bukan bestfren the best for u. Menangis saya bila dia ingatkan saya T__T tentang ukhwah ini. Ya, saya sangat bersyukur dikurniakan sahabat sepertimu ^^,

syukran ya Allah for my sayang Nasita. Banyak yang kami kongsikan bersama tau^^,

soal hati dan perasaan..^^,
 oh ya, kami ni kaki gambar. Orang kata, fotogenik  ^^,. Kami tidak kisah. Yang penting kami bahagia bersama kasih Allah, INSYAALLAH~~

Kami suka bergambar sebab bila suda masing-masing ada family (wahhh jauhnya fikir..eh, ok apa. Nda salah ba kan^^,) boleh la bagi anak-anak tengok gambar kami (oh..anak2?? jauh sudah c Yati fikir ni. Mau kawin suda ka ni?)
 kami bertiga lagi. Ini masa raya baru-baru ni. Kami beraya di rumah akhi Sabarudin. Malangnya, tuan rumah asik dengan talifon dia. Almaklumlah~~ So, kami bertiga pun beraksi diluar rumah dia.huhuhu!! kaki gambar. Banyak sangat aksi yang kami buat. Oh ya, akhi Sabarudin dan akhi Harmi buat kerja dorang didalam. So, aksi kami ini rahsia!! Siapa yang take pic? "timer"
hahahaha... Allahu Allah.
 oh..ini kami beraksi lagi. Aduh, nda abis-abis ba nisa ni begambar. Kenapa kami bertiga saja? hmm..Arifah dan Sue tidak dapat join. Arifah di Kuantan Pahang. Tidak dapat balik untuk beraya. Sue pula kebetulan ada kenduri akikah. Tapi, masa pergi rumah ustazah Yusliza Sue ada ikut la. Ini aksi yang tidak la keterlaluan sebab pic ni so sweet!! oh no!! Misz dis momen so muc..
ya Allah, kekalkanlah ukhwah ini T_T
 Ini saya dan Nasita. Wah, back and back ba. Ala-ala bercinta gitu^^, Yup, kami bercinta la sekarang ini. Bercinta dari dulu sehingga di syurga Allah itupun jika saya yang penuh dosa ini mampu mencapai syurga Allah T_T.
oh, im fall in love wif dem.. Hanya Allah yang tahu. Saya sentiasa ingat pesan kak ajlaa, "janganlah mencintai dan menyayangi seseorang dengan berlebihan takut jadi sebaliknya" SYUKRAN kak ajlaa sebab ingatkan adik^^,

Nas, bilaku kenang kenangan kita bersama ohhhh saya boleh menangis. Andai boleh saya putarkan masa, pasti tidak mau saya sakiti dirimu dan sahabat yang lain. Tapi itu adalah tarbiah dari Allah untuk kita kan^^,

NASITA, sayang dulu ~~~ lalalalalalla~~~


Kami bertiga lagi. Oh manjanya saya pada mereka ni. Ini pun take pic pakai "timer". Akhi Sabarudin dan Akhi Harmi busy ukur baju untuk dijadikan baju jubah kalau nda salah. Kami pun dengan kamera 901i saya. hehehe. 5.0 megapixel. huhuhu. Setahun kerja baru dapat beli talifon tu. Lama. Masa beli tu banyak saya fikir, apa keperluan dan manfaat bila saya beli talifon tu, mama cakap beli la, ada kenangan juga sepanjang kerja. Saya pun beli. Hasilnya gambar yang kami ambil tomey-tomey belako..cuma saya blurrkan..saja jak^^,



 one more..1 2 3 actionnnnnnn..
1 2 ibtisammmmmm..

Dayang Arifah, saye rindu dia juga. Saye panggil dia "yo". Maybe saye je yang panggil dia "yo" dan dia pun panggil saye "yo" juga. (alamak tersleng semenanjung pula daa)

Yo, syukran lillah sebab banyak bantu saya terutama dalam soal hati dan perasaan..WAHHHHH malu eh!!

kan kita ni bestfren yg sangat2 besfren ^^,


 yo, walaupun dalam pic ni ko tiada saya tetap mau story bout urself. 
Arifah ni kalau becakap, Alhamdulillah melucukan dan menyenangkan hati mendengar. Wah!! dia memang sahabat yang baik. Sama macam Nasita dan my love twins Laris.
Lepas tu suka cakap-cakap sampai seolah-olah apa yang dia cakap tu betul. hahaha..tapi memang betul la. Cuma kadang-kadang dalam pelajaran terutama PP dia ni banyak buat cerita la. hahaha..tapi best..dia banyak mencarut macam saya^^,



 Tapi apa yang dia mencarut tu best. Tu pasal kami sayang dia. Arifah antara yang paling besar dalam group Awan Dania. haha. Eh, jangan ingat kami ini tiada group tau! Awan Dania kami juga, Geng Basikal Sekolah kami juga. Almaklumlah dulu time lower six kami naik basikal ke sekolah dan the only boy yang join kami akhi Harmi. Siap belumba lagi^^,
wahhhhhhh mis sangat dgn memory tu.. Basikal saya...rindunya padamu basikal^^,





 Kadang-kadang kami naik motor juga.
My love twins Laris bawa motor pegi sekolah. No problem punya. Group kami, buat apa saja sekolah tidak dapat halang!! kami kan kuat dan BERSATU!! Selain tu Geng Muslim Sekolah pun kami juga. OH... semua adik-adik suka dengan kami. Almaklumlah kami semuakan peramah, baik, comey-comey, penyayang, banyak cakap, suka buat lawak..wah!! banyak la..yang banyak cakap dan suka buat lawak tu saya, my twins Laris dan Sue. Kami bertiga geng dari tahun 1.



 about Arifah, dia ni kalau buat lawak ketawa nda henti-henti. Sebabnya memang lawak, Lagipun dia jarang buat lawak kan. Tapi kalau serius, SUBAHANALLAH!! saya pun tidak berani tegur. Siyes, muka dia menakutkan. Bukan macam h**t*, tapi muka serius dia membuatkan kami rasa takut tegur. Tapi tidak lama la, sekejap saja dia buat muka siyes tu. Lepas tu, ok la. Kalau sudah ok tu, masa tu la kata "maaf" tu sentiasa dia ulang. Alaaa kami sudah faham dengan dia. 




 yo, wa cayang lu laaa...heheeh
oh...rindunya.. My twins Laris pula memang sekepala. Kadang2 atau biasanya apa dalam otak saya itu dalam otak dia. huhuhu. Itu sebab saya cakap dia ini twins saya. Semua sahabat ada gelaran masing-masing dari saya ^^,
ohhhh rindunya sama dorang semua ni. oh ya, saya yang perkenalkan salam dan terus jabat tangan kawan dan letak didada, cuim pipi kanan, kiri dan kanan^^,
Rindunya memeluk kamu semua^^,



 Sue, oh dia memang my sweetfren. Memang sweet la nisa ni. Saya pun jeles juga tengok kesweetan dia ni. Amboiii. Tidaklah. Saya bersyukur siapa saya dan saya bersyukur ada sahabat macam dia. Saya tau, perjuangan kami untuk menjadikan islam sebagai cara hidup sangat perit. Walaupun dicemuh itu ini. Tapi kami kuat kerana kami bersatu. Nasita pun macam itu juga. Terlalu banyak dugaan dan cabaran untuk kami hadapiT_T
Kami tetap menjadikan Alquran dan Sunnah sebagai panduan hidup kami!!!



 Dulu, masa mahu pakai tudung labuh banyak sangat dugaan dan cabaran. Iya, tanpa tudung labuh pun tidak mengapa yang penting tutup aurat. Tapi bagi kami, kami lagi suka pakai tudung labuh!! Kenapa, biarlah iman kami yang menjawabnya dalam hati^^,
Alhamdulillah kami semua sudah pakai tudung labuh. My love twins belum pakai lagi tapi insyaAllah dia tetap tutup aurat. Saya sudah kata tadi, tidak semestinya pakai tudung labuh kan?? yang penting kami tutup aurat, solat dan sewaktu dengannya^^,
Jubah?? oh itu impianku!! mahu sentiasa berjubah. Nampak comel gitu^^,
oh ya, saya antara yang paling kecil time form six. Alhamdulillah sekarang ini sudah berisi (gemuk) hehehe..






Apa pula yang kami buat ni??hehehe. Masa ini, dua kumbang tu pegi solat. Kami bertiga ABC. So masa tunggu dua kumbang tu siap solat kami beraksi lagi. Take pic. Itu kan hobi kami. Tapi mulut tidak berhenti bercerita. Topik kami berkaitan ISLAM. MALAYSIA KIAN PARAH!!! Eh, jangan ingat kami ini berborak kosong ok. Kami prihatin terhadap ISLAM. Kami sayang islam^^,
Macam anda semua sayang ISLAM juga^^,





 My twins yang take pic ni. Masa ini my sayang tengah hangat cerita tentang sahabat-sahabat yang bila menatap wajahnya kita jadi ingat pada Allah. SUBAHANALLAH!! ada nur diwajah mereka^^, mampukah saya seperti itu? Tenangkah anda melihat wajahku??
angguk tanda setuju,
geleng tanda suka,
ya tanda sayang,
tidak tanda cinta..
(perasan je saye ni kan^^)
(mesti awak yang baca statment saya ni sedang tersenyum kan??)


 Kalau awak tersenyum, maknanya awak ada hati pada saya.huhuhu. Iya, awak sayang saya kerana Allah. EH...TOLONGLAH HARYATI!!! JANGAN PERASAN OK!!!
C Kudui ni, nda abis2 puji diri sendiri.

oh ya, ini kami berempat. Berziarah ke rumah Sue petang tu. Lepas tu kami jalan bersama-sama pegi rumah ustazah dan lepas tu pergi rumah adik sayang Syira^^, Kami sempat bersuap-suap lagi. Itulah indahnya ukhwah kami^^,
jangan jeles ok^^, makan setalam lagi. Alhamdulillah itu kan sunnah Rasulullah ^^,


 oh my sayang..mai sini i suap u^^,
indahkan ukhwah ini??
Segalanya kami bersama. Ini merupakan kedua kali kami beraya bersama. Raya tahun lalu, Sue tidak dapat join. Raya tahun ni Arifah pula yang tidak dapat join. 2 kumbang tu tidak terlepas untuk bersama-sama dengan kami. Eh, jangan salah sangka ok. Akhi Harmi dan Akhi Sabarudin tu sahabat kami^^,. Bawa dorang sebab dorang ni fren dari dulu. Akhi Harmi fren dari tahun 1, Akhi Sabarudin pula fren dari form 1. Malangnya form six baru kami rapat.



 Thanks my sayang sebab suap saya^^, Sedap rasanya makan makanan yang disuap penuh kasih sayang oleh sahabat.
Jeles ka? Nanti buatlah macam begini dengan sahabat-sahabat anda semua. Jangan malu suap sahabat, bestttt. Cuba la. Jangan tak cuba tau.

oh ya, jum kita mengucapkan kalimah ;

SUBAHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHU AKHBAR.

Ingat Allah sentiasa naa^^,



Ini pula adik Syira^^,
Walaupun jarang sms, tlfn atau bertanya berita saya tetap sayang syira. 
dik, merajuk jangan lama-lama^^,
Kakak sayang adik kerana Allah^^,
Adik sentiasa ada dalam doa akak tau^^,


Oh, saya tiba-tiba merindui Adik Sharmila. Ukhwah kami sudah mencecah 7 tahun. Mahu tahu berapa kali sahaja kami pernah berjumpa?? Selama 7 tahun kami bersahabat, baru 3 kali kami pernah bertemu. SUBAHANALLAH!!! 3 tahun bersahabat baru dapat tengok face to face. Itu pun sekejap sahaja. Adik Mila ni kan pemalu orangnya.

Dimana pertemuan pertama? tahun 2005 kami berjumpa. Itu pun masa keputusan PMR keluar. Tengok muka adik dibalik pintu sahaja. Saya pun malu sebenarnya^^,. Jumpa tapi sekejap saja. Dalam 15 minit. Itu pun hanya berdiam diri. Malunyaaa~~~~. Saya yang pergi rumah adik Sharmila masa tu ditemani abg adik Sharmila sendiri.

Selepas itu, Alhamdulillah Allah permudahkan ukhwah kami tahun ini untuk berjumpa. Itulah pertemuan kedua. Tapi kali ini jumpa adik bersama my love twins Larisa. Subahanallah!! Rindunyaaaa~~~ Selang beberapa hari, saya jumpa adik Sharmila lagi sebelum pergi jamuan PSS/KRU. Alhamdulillah terubat rasa rindu ini. ^^,

(adik sharmila, kakak ambil gambar adik dari fB adik. jangan mareeee)



Inilah ustazah kami yang banyak membantu kami bermujahadah. Best ustazah ni. Comey jak. Tenang memandang wajahnya. Lepas tu dapat duit raya lagi dari ustazah. Best~~~ Dua kali dapat duit raya dari ustazah. Sukanya~~ Sayang ustazah^^,


"sue my sweetfren" 


(my twins Laris) 


 (Nasita my sayang)

 (darlink yo)

(kawanku zyan) 


 (my love s.a Iqa)

 ( idah manja..hahaha)


(aniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii)

(my luv MM)

Bukan dorang ini sahaja yang dirindui. Tapi adik-adik KRU pun saya rindu. Manja sangat mereka dengan saya^^, (cheeeeeeewaaaaaa perasannnnnnnnnnn la c Kudui ni lagi)

Saya rindu semua sahabat-sahabat saya tidak kira kamu siapa, tidak kira hati ini banyak terguris, tidak kira terpaksa berkorban rasa, tidak kira saya disisihkan, tidak kira saya terpaksa berjauhan dari kamu semua, tidak kira saya ada atau tiada dalam doa kamu, tidak kira kamu sayang atau tidak...hehehe

saya tidak nilai semua itu sebab saya sayang KAMU semua kerana ALLAH. 

Eh sebenarnya saya yang banyak menyakitkan, banyak menyisihkan, banyak mengguris, dan sewaktu dengannya. Oleh itu, maaf andai saya bukan sahabat yang terbaik. Tegur saya jika dalam berukhwah saya banyak menyakitkan hati kamu semua T__T

oh saya menangis lagi.. Saya rindu kamu semua. 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers