Assalammualaikum Tautan Hatiku ^___^
Alhamdulillah. Tidak putus hati dan lidah saya mengucapkan kalimah SUBAHANALLAH!! Mahu tahu kenapa? Jam 12.00 tadi saya menziarahi Kak Rosmini di hospital. Alhamdulillah Kak Rosmini selamat melahirkan anak lelaki. Subahanallah!!
Saya melahirkan rasa syukur pada Allah. Sangat-sangat tidak mampu untuk saya bayangkan bertapa Allah itu Maha Besar. Sebagai hamba, saya merasa diri ini terlalu kerdil. Terlalu kerdil.
Berat anak kak Ros 3.1 kg. Subahanallah. Alhamdulillah lahir normal. Alhamdulillah kak ros dan baby dalam keadaan yang sihat. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Sekarang saya mahu semua pembaca untuk membuka minda, jangan pula fikir yang bukan-bukan ya ^^,
ALLAHU AKHBAR!!
Ini bayi yang baru lahir. Besar bukan?? Buat si suami, apa lagi alasan anda untuk mengkhianati isterimu? Tidakkan kau merasa kasihan melihat isterimu bergadai nyawa semata-mata melahirkan zuriat dari benihmu juga??
Allahu Allah..
Hanya air mata yang mengalir tika ini. Ini baru satu bayi yang lahir. Lihat pula dalam keluarga kita? Berapa kali si ibu bergadai nyawa untuk melahirkan kita?? Dan apa yang telah kita lakukan pada ibu kita sekarang ini??
Mama, saya rindu mama T____T
Mama saya pernah cerita. Antara anak yang paling menyenangkan dia semasa mengandung adalah saya. Alhamdulillah. Tapi masa melahirkan pula, saya lah yang paling susah untuk dilahirkan. Itu sebab saya terpaksa dihantar ke Hospital Queen. Satu-satunya anak mama yang lahir di tempat yang jauh. Maafkan anakmu ini mama T__T
Dulu, masa mengandungkan saya mama mengidam makan daging rusa. Allahu Allah. Bila ingat balik, terasa diri ini terlalu menyusahkan T_T. Mama bagi tahu, mama menangis di pasar hujung minggu sebab berebut daging rusa dengan seorang lelaki. Mama memohon untuk minta walau sedikit, tapi lelaki tu berkeras tidak mahu bagi. Mama nangis terduduk-duduk. Allah Allah Allah. Kasihannya ibuku T_T
Alhamdulillah, walaupun sehiris sebesar ibu jari rasa mengidam mama terubat. Allah Allah Allah. Semoga Allah memberi rezeki kepada si lelaki itu.
Seminggu sebelum melahirkan saya, mama bagi tahu mama masih mengidam minum minyak tanah. Allah Allah Allah. Masa dengar cerita mama, saya terkejut. Saya tanya kenapa, mama pun tidak tahu tapi mama memang mahu minum. Lepas tu mama minum minyak tanah. Banyak!!
Akibatnya badan saya melecur didalam. Itu juga penyebab saya terpaksa dihantar ke hospita Queen. Mama bagi tahu, harapan untuk saya hidup memang sudah tiada. Mama pun sudah lemah masa tu. Saya lahir dalam keadaan yang sangat hitam. Macam orang terbakar. Terlalu lama masa yang diambil untuk mengeluarkan saya.
Ya Allah, ampuni dosa-dosa ibuku ya Allah T__T
Aku akan menjadi saksi buat ibuku di akhirat kerana ibuku mengalami kesakitan yang amat ketika melahirkan aku. Aku akan memohon supaya ENGKAU mengampunkan dosa ibuku dan membenarkannya masuk JANNAHMU.
Tidak hairanlah kalau saya dikatakan orang asing dalam keluarga saya ^_^. Dalam 7 adik beradik, saya seorang sahaja yang berkulit gelap ^^,. Orang tidak akan percaya kalau saya ini anak mama ataupun adik beradik dengan adik yang lain. Pernah juga berkecil hati bila dikata itu ini.
SEKARANG?? hehehe. Tiada siapa yang boleh nafikan. Lepas tu, mereka akan kata saya ini ada kembar. Oh ya, selepas saya, saya ada adik perempuan. 2 tahun beza umur. Tapi, saya kan lahir dalam keadaan tumbesaran yang lambat, jadi saya dengan adik perempuan saya kelihatan sama sahaja ^^,
Dan adik saya nampak lebih besar dari saya. Kami selalu pakai baju yang sama memandangkan saiz badan kami yang tidaklah hampir sama tapi ok la^^,
Bersama si adik melihat kebesaran Allah.
"Ya Allah, semoga hidayahMU sentiasa menyinari hidup kami sekeluarga"
Dahsyatnya mengidam samapi camtu..huhu
ReplyDeletekak yati putih melepak je .. huhu :)
ReplyDelete