Ramai orang berpandangan kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan. Tanpa perkenalan ,mustahil cinta bertandang.Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan.
mereka sebenarnya terlepas pandang DALAM ISLAM ada TAARUF dalam tempoh risik dan bertunang yang melibatkan mahram BUKAN BERDUA-DUAAN. Taaruf itulah mendedahkan keserasian.Cuma takrif TAARUF dan SERASI dalam fikiran manusia berlainan.Islam mengajar manusia taaruf yang ada SEMPADAN,terPELIHARA dan TERJAGA dari kemaksiatan. BUKAN taaruf melalui bercinta sakan. Islam mengajar SERASI dengan ajaran TUHAN , BUKAN serasi dengan kehendak PASANGAN. Cinta AL-RAHMAN menjana kebahagiaan. Lantaran itulah. BATASAN- NYA tidak boleh dipermainkan.
saya kuatkan prinsip hati "no couple until akad" dengan satu hadis
“ sesiapa yang jatuh cinta kemudian menyembunyikannya sehinggah kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yg SYAHID!”
(HR Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain2)
nak cerita sikit, semalam ada dapat mesej dari seorang sahabat. Dia tanya kenapa saya nak khawin dalam usia yang sangat-sangat muda ni? saya terkejut. tersangat-sangat muda?? hmm rasanya tak muda la. Bagi saya, kan nikah itu adalah perkara baik. dapat mengelak banyak perkara.
lepas tu, tadi saya tengok video di fB seorang ikhwan. lepas tu saya tertarik pada ayat yang ditulis pada video tu..
"
Berkahwinlah wahai lelaki dan perempuan bujang, jangan beri alasan duit tak cukup, jangan bagi alasan kerja belum tetap, jangan bagi pelbagai alasan lagi.. jika kamu bernafsu, berkahwinlah. Kerana rezeki Allah itu ada setelah kamu berkahwin."
baru sebentar tadi sahabat saya yang satu lagi hantar mesej kat fB..
"ukhti, ukhti nak nikah misyar ke?"
Allahu Allah. saya gelak sorang-sorang. nikah misyar?? saya pun jawab;-
"kalau Allah nak beri jodoh ana dengan seorang yang tak kerja ke, masih belajar ke, ana tak kisah. yang penting bagi ana, nak la yang boleh didik ana yang keras mcm batu ni. kire nak yang beragama la. yang boleh jadi imam buat ana. ana ni kan siape la. ilmu agama pun taklah tinggi sangat. lagipun ana kan sudah kerja. ana boleh bantu suami nanti. kan ganjarannya besar. siapa yang tak nak kan. ukhti tnya ni kenape? ukhti dah ade calon ke? nanti jgn la lupa khabarkan kat ana ye."
"yati ni..tak la. saje je nak tanya. dah ada calon? nak ana carikan ke?"
"eh...tak yah la enti...tak pe. kalau ada yang nakkan ana ni, pasti ada yang datang jumpa mak ngan ayah ana. ana pun nak kuatkan hati ni dulu. tak kuat lagi ni. lagi pun, nak mantapkan iman ni dulu. nak biasakan sujud ditengah malam. ana ni selalu lalai^^...hari2 ber"fB" je..huhu^^"
"ye la tu..nanti kalau nak ana carikan bagi tau je. ana ade ramai calon buat ukhti ni. pilih je..hahaha..tak de la, ana gurau je. ok..jaga hati ye..JIHAD DALAM HATI. ingat mati, hati tenang"
doaku ketika cinta bertandang ;-
"ya Allah seandainya dia diciptakan menjadi milikku, baik untukku,duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dalam ikatan pernikahan.. tetapi ya Allah seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku, duniaku dan akhiratku..maka pisahkan kami dan hubungkanlah kami sebagai persaudaraan ISLAM"
0 comments:
Post a Comment