Assalammualaikum dan salam ceria dari Tautan Hati.
Maaf, sejak kebelakangan ini entry saya kebanyakannya berterabur tidak tentu hala. Faktor gangguan hati dan perasaan kot^^,. InsyaAllah itu tiada kaitan.
Alhamdulillah, walaupun mata sudah rasa mengantuk saya gagahi juga untuk mengisi ruang Tautan Hati ini dengan segala macam yang boleh dikongsi bersama. Walaupun apa yang mau saya kongsikan ini adalah perkara yang mungkin anda, anda, anda dan anda sudah tahu. Untuk yang belum tahu, saya rasa ini bonus untuk anda. Cuma, jangan percaya 100%. Saya bukan pakarnya^^,
ok, Alhamdulillah.
Rasanya sudah dua minggu saya bantu packing ubat di Makmal Pengeluaran. Tidak banyak mana. Tapi ilmu tu, SUBAHANALLAH. Sangat berguna. Hari-hari berdepan dengan ubat. Ubat oh Ubat. Takut juga tengok banyak ubat. Almaklumlah, yang tukang tolong packing tu sebenarnya tidak suka ubat.
ubat ini namanya Nifedipine. Kalau kampung-kampung sebut ubat darah tinggi. Sebenarnya bukan kampung-kampung saja yang sebut, bandar-bandar pun sebut macam tu juga. Biasanya jarang antara kita yang mau tau apa sebenarnya nama ubat itu. Kalau saya salah perbetulkan ya..
Dulu, saya ingatkan ubat darah tinggi ini satu jenis saja. Subahanallah, rupanya ubat darah tinggi ini banyak macam jenis. huh!! Pening juga kepala ini untuk ingat semuanya. Dan kita kena tahu, setiap ubat itu tindakbalasnya ataupun cara ubat itu berkerja dalam badan kita ni berlainan.
Susah juga untuk saya terangkan memandangkan ilmu saya ini terlalu sedikit. Kalau cakap mungkin mudah untuk saya terangkan. Tapi kalau sudah dalam bentuk penulisan, terus terang saya katakan saya lemah sedikit.^^,
Ini pun spesis ubat darah tinggi juga. Nama tidaklah secantik Nifedipine. Nama ubat ni Atenolol. Kalau nifedipine, mode of action dia lain dan atenolol ni pun lain tapi fungsinya tetap sama. Merendahkan tekanan darah kita. (siaplah saya kalau salah bagi penerangan..)
oh, sebelum saya terlupa...
(tinggalkan kisah ubat-ubatan di atas dulu)
Mula-mula dapat kerja, Pegawai Farmasi ada bagi ceramah tentang ubat-ubatan ni. Ini yang mahu di share bersama ni.
Sebelum ni pernah beli ubat-ubatan yang jual di kaki lima kedai? maksud saya jamu-jamu ka..apa ka..pernah? ( sebenarnya saya pernah juga ) ok perlu kita tahu bahawa ubat-ubat yang dijual terutama di kaki lima yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan adalah merBAHAYA. Tidak lah saya katakan mereka yang menjual itu bersalah, mungkin mereka pun tidak tahu. Atau tahu tapi kerana mencari rezeki, atau segala macam kemungkinan yang saya sendiri tidak tau.
merBAHAYAnya ubat-ubat tidak berdaftar sebab takut kandungan kimia dalam ubat itu berlebihan. InsyaAllah saya akan uploadkan ubat-ubatan yang merbahaya yang selalu kita anggap ok, baik, cepat sembuh dan segala macam pujian.
sebelum terlupa lagi, ini khas untuk perempuan yang memakai pewarna bibir atau lagi sedap bunyinya kita sebut "lipstik". hmm..untuk memastikan lipstik itu sesuai dipakai atau tidak, senang saja caranya.
langkah pertama : sapu sedikit lipstik diatas tangan.
langkah kedua : gosok lipstik yang diatas tangan tu menggunakan cincin emas atau apa saja yang emas. Asalkan emas. Tidak perlu lah gosok terlalu lama. sekadar 5 kali macam tu la. Atau terpulang sama kita mahu gosok berapa lama.
Kalau warna lipstik tu berubah, SAH have something wrong with the lipstik. Better dont try. Itu yang bos saya bagi tahu. Biasanya farmasi tahu kan^^,
ok..ada lagi. Pun berkaitan dengan wanita. Biasalah, perempuan ni yang selalu bersama dengan pelbagai produk. Ini berkaitan dengan krim muka. Sama macam lipstik juga, untuk tahu kebaikan sesuatu produk juga.
Langkah pertama : sapu krim muka yang kita pakai diatas sehelai kertas putih (kiranya A4 paper la)
insyaAllah, alaisyah ok ya..(sedapkan hati sendiri^^,)
langkah kedua : jemur kertas yang ada krim tu di bawah teriknya matahari^^, tengok la, if colournya berubah..biasanya akan menjadi hitam. Memang ada bahan yang tidak sesuai la tu.
Banyak lagi yang mahu saya kongsikan. Untuk ini, setakat ini sahaja. InsyaAllah umur panjang kita jumpa lagi^^,
ada apa-apa persoalan just kemukakan. InsyaAllah saya akan menjawabnya.
Tidak semua apa yang saya tulis diatas adalah benar kerana Allah itu Maha Mengetahui dari kita semua. Tetapi, insyaAllah ilmu itu adalah berguna untuk kita agar lebih berhati2.
Semua produk itu insyaAllah selamat dan baik digunakan, cuma penerimaan kita sebagai sipemakai sahaja yang berbeza. Ini sebabnya kulit kita dengan kulit orang lain tidak sama. InsyaAllah, teringin untuk tulis entry pasal krim-krim muka ni^^,
Tunggu saya timba ilmu dulu naa..
Ingatlah, KRIM MUKA paling terbaik dan sesuai untuk semua manusia ialah WUDHU'.
Muka ni antara kulit yang sensitif, so kita kena selalu cuci dan kita temui WUDHU adalah pencuci terbaik, terhebat, ter...ter dan segalanya terHEBAT!
salam sayang kerana Allah dari nuRheaRt
(rely miss my ckin sekarang ni.. T__T)
Yati rajin update kan..hehe untung..cek ni jarang sgt..boleh la..ada ksmpatan,ada la tu..miss gak kat yati..tp apakan dyaku...byk keja..huhu
ReplyDelete