:: Sementara Masih Ada ::

Assalammualaikum..

ma, pa

semalam saya termimpi mama dengan bapa. Dalam mimpi tu semua yang terlintas dalam fikiran saya selama ini betul-betul terjadi. Ya Allah. Saya menangis tidak dapat terima kalau semua itu terjadi. Tapi kalau Allah kata "kun, fayakun"... saya tidak dapat buat apa-apa.

Saya sentiasa mendoakan mama dan bapa selalu. Saya sayang mama, saya sayang bapa. 

Doakan saya disini. Keredhaan mama dan bapa amat saya perlukan sebabnya redha Allah berserta redha ibubapa. Inilah jalan yang saya pilih. Jadi tiada siapa boleh halang. Jika semuanya kembali normal, saya akan kembali.

ma, pa
terima kasih sebab menjadi pendidik yang terbaik. Walaupun tiada didikan agama yang terbaik mama dan bapa berikan. Saya faham kekangan kewangan yang kita hadapi. Tapi, itu tidak bermaksud saya terus berada dijalan kejahilan. Sebab itu saya berusaha untuk mengenal islam. 

Tentangan..
walaupun dulu bila pakai tudung mama dan bapa tidak galakkan, saya tetap bersabar. Tersenyum bila dimarahi. Alhamdulillah, raya aidilfitru mama sendiri buatkan saya tudung labuh sebagai tudung hari raya. Alhamdulillah. Walaupun mama buat ada sedikit kecil, tapi saya hargai mak. Saya sayang mama.

Lepas tu, bapa sendiri hadiahkan saya tafsir alQuran dan t-shirt muslimah. Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat. Alhamdulillah.

Sementara masih ada,

saya mahu berbakti pada mama dan bapa. Terimalah sebuah rumah dari saya sebagai tanda sayang saya pada mama. Walaupun rumah kayu yang tidak seberapa besar, saya harap ianya dapat melindungi mama dari panas, hujan, dan segala macam bahaya. 

Tidak sabar berada dirumah itu. Rumah yang dibina dengan penuh kasih sayang dari Allah. Tahun depan, sementara masih ada, saya mahu beraya bersama mama dan bapa di rumah baru kita. 


InsyaAllah. Saya akan baiki rumah kita ni sebaik-baik mungkin. Tidak apa, Allah tidak nilai rumah tu buruk atau cantik. Yang penting isi dalam rumah tu sentiasa bersyukur dan bersabar. Yang penting sebagai hamba Allah, kita jangan belakangkan Allah dalam segala hal yang berlaku dalam hidup kita.

sebagai anak, saya sentiasa berpesan "SOLAT JANGAN TINGGAL"

ya Allah, permudahkan urusan hambaMu..

Himpunkan keluarga ku dalam syurgaMU...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers