::.. MAKAN IKUT CARA RASULULLAH..::


Assalammualaikum sahabiah semua..

Oh ya, sudah makan kah? mai sini cek nak habaq kat hang-hang semua, ingat naa makan selepas Ishak tak baik tau^^, Ini untuk kesihatan kita juga. Sebabnya, tidak baik untuk kesihatan. Makanan belum sempat di hadam dan diproses, kita sudah tidur. Kan seelok-eloknya makanan itu dihadap secepatnya. ^^,

ye ke apa yang saya cakap ni??

Betul. Terutama untuk yang sakit gaot tu.

Tadi jalan-jalan cari makan untuk mencari bahan dijadikan pencair otak yang membeku dan mengisi ilmu dan iman di hati ^^, Lepas itu saya temui bab makan^^, oh.. saya memang kuat makan. =p

Makanan paling saya suka nasi. NASI. Alhamdulillah nikmatnya rezeki dari Allah. Kalau ada orang asia yang tidak makan nasi, rasanya itu satu kerugian. Eh, tidak lah. Itu pendapat saya sahaja. Mungkin ada yang elergic dengan nasi. Manalah tahu kan^^,

eh.. asik mencarut saja. Sebelum pergi kepada bab makan, saya mahu khabarkan. Alhamdulillah sahabat saya dari negeri utara nak pos tudung labuh untuk saya. SUBAHANALLAH!! saya gembira sangat. Segalanya kami kongsi bersama.^^, Ckin cek rindu ckin ^^,

ok, jom kita pergi menyelami cara makan yang betul. SUBAHANALLAH. Baiknya Allah pada kita sebab kurniakan Rasulullah sebagai guru terhebat!! Rasulullah ajar cara makan yang betul.  Apa lagi, teruskan membaca ok..^^,

سْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم    

Sesungguhnya, perintah untuk makan/minum kepada manusia telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam firmanNya, antaranya:

".....Dan makan serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas." (Al-A'raaf-ayat 31).


Semua manusia, Islam maupun yang bukan beragama Islam sentiasa berhajat kepada makan mahupun minum. Jadi untuk membezakan antara amalan kita dan mereka, maka cara Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah panduan terbaik untuk kita, insyaAllah barulah amalan kita mendapat pahala sunnah. Paling penting, bawalah beberapa sifat ini ketika makan @ ketika menghadapi rezeki daripada Allah Taala:

1- IMAN YAKIN, yakin bahawa rezeki adalah daripada Allah Subhaanahu Wataala.

2-IKUT CARA RASULULLAH, menjaga adab-adabnya.

3- ILMU, mengetahui apa yang halal, haram, makruh & syubhat.

4- ZIKIR, sentiasa ingat Allah Subhanahu Wataala, @ membaca zikir ketika makan, 'Allahumma lakal hamdu wa lakasy syukru".

5- MEMULIAKAN SAUDARA YANG LAIN, mendahulukan yang kanan, kanak2 & orang yang lebih tua.

6- IKHLAS, iaitu makan kerana perintah Allah, & untuk memudahkan kita melakukan perintah Allah.

7- BERSIFAT BERMUJAHADAH, iaitu menerima & berlapang dada serta bersyukur dengan segala rezeki yang telah Allah tentukan untuk kita.

InsyaAllah...


ADAB-ADAB MAKAN:

- Rasulullah telah bersabda: Hendaklah membaca BISMILLAH, makan dengan tangan kanan & ambil makanan yang paling tepi & yang paling berhampiran (Bukhari)

- Jangan makan dengan tangan kiri, begitu juga jangan minum dengannya kerana sesungguhnya syaitan makan & minum dengan tangan kiri. (Muslim)

- Jangan bersandar semasa makan. (Bukhari)

- Jangan minum dari bekas emas & perak, begitu juga jangan makan dari talam dari keduanya. (Bukhari)

- Sseungguhnya syaitan menumpang makan makanan yang tidak dibacakan BISMILLAH. (Muslim)

- Daripada Hazrat Aisyah R.Anha meriwayatkan, Rasulullah bersabda: Jika seseorang itu lupa membaca BISMILLAH lalu teringat kemudiannya, maka bacalah BISMILLAHI AWWALAHU WA AAKHIROHU- dengan nama Allah, Dia Yang Awal & Dia Yang Akhir.

- Jangan membasuh tangan sehinggalah menyisip jari-jemarinya, kerana sesungguhnya ia tidak mengetahui makanan yang manakah mengandungi berkat. (Muslim)

- Makanan seorang mencukupi untuk 4 orang & makanan 4 orang mencukupi untuk 8 orang. (Muslim)

- Barangsiapa yang tidur malam sedangkan dia tidak membasuh bekas makanannya, maka janganlah dia menyalahkan sesiapa jika tertimpa ke atas dirinya sebarang musibah. (Tirmizi & Abu Daud)
Kerana bekas makanannya itu akan mendoakan keburukan untuk orang yang makan dari bekas tersebut dan tidak membasuhnya..

- Sesungguhnya berkat turun di tengah2 makanan, maka makanlah dari bahagian tepinya & janganlah makan dari bahagian tengahnya. (Tirmizi)

- Nabi tidak mencerca makanan. Jika diingini, baginda akan makan, sebaliknya jika tidak menyukai, baginda akan meninggalkannya. (Bukhari)

- Hazrat Asma' binti Abu Bakar R.Anha apabila beliau masak, ia menutup makanan tersebut hingga hilang wapnya & berkata: Sesungguhnya aku telah mndengar Rasulullah telah brsabda: Ianya lebih membawa berkat. (Hakim)

- Rasulullah saw menyuruh melicinkan talam & bersabda: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui di dalam makanan kamu yang manakah mengandungi berkat. (Muslim)

- Rasulullah saw makan di atas safrah (kain alas hidangan). (Bukhari)

-Anas bin Malik R. Anhu berkata: Aku telah melihat Rasulullah duduk di atas tapak kaki dengan menegakkan betisnya sambil memakan tamar. (Muslim)

- Sahabat2 telah berkata kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, kami makan tapi tidak juga kenyang. Sabda Rasulullah: Seolah2 kamu makan berasingan. Mereka menjawab: Sememangnya ya Rasulullah. Maka Rasulullah bersabda: Berjemaahlah dalam menikmati makanan kamu & sebutlah nama Allah kerana ianya akan diberkati untukmu di dalamnya. (Abu Daud)


ADAB-ADAB KETIKA MINUM:

- Janganlah minum dengan tangan kiri, bahkan minumlah dengan tangan kanan. (Muslim)

- Janganlah minum dalam bekas emas & perak. (Bukhari & Muslim)

- Janganlah minum sekaligus seperti unta minum tetapi minum seteguk lepas seteguk. (Tirmizi)

- Jangan bernafas di dalam bekas air, bahkan jauhkan bekas air dari mulutnya, lalu bernafas. (Tirmizi)

- Jangan minum berdiri. (Muslim)

- Jika berbaki sedikit dari minumannya, maka berikan kepada orang yang berada di sebelah kanannya. (Bukhari & Muslim)

- Apabila ingin minum, bacalah BISMILLAH, bila mengangkat bekas minuman, pujilah Allah, ALHAMDULILLAH. (Tirmizi)

- Apabila minum susu, buatlah seakan-akan mengunyah kerana di dalamnya ada lemak. (Bukhari)

Wahai saudaraku, bandingkanlah cara makan kita dengan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, samada serupa atau jauh bezanya dengan Baginda, sedangkan kita perlu yakin bahawa dalam mengamalkan sunnah itu ada kejayaannya....

Alhamdulillah. Jom kita makan dengan baik. Minum dengan betul. Ikut apa yang dianjurkan Rasulullah. Sekarang inilah masanya untuk kita menghidupkan sunnah Rasulullah yang telah lama kita tinggalkan. Kita jadikan ISLAM sebagai cara hidup kita^^,

Jadi, kita yang dah tahu ni kena bagi tahu pada keluarga kita yang masih tidak tahu. Tapi bagi tahu tu biarlah secara lembut ya^^,. Jangan pula terus bantah dan tolak. Nanti menjadikan jurang yang besar pula. Biasalah perkara yang baik ini selalunya sukar untuk diterima. Jadi perlahan-lahan kita hapuskan.

ok???? angguk sikit.. sudah angguk ka?? angguk laaa...dah angguk?? sekali lagi..angguk

ok..jangan geleng pula. ^_^

ok..sekarang time untuk saya berhenti dari mencarut. Eh, bukan mencarut sangat la. Sikit2 tu ada lah. Tapi bab makan dan minum cara Rasulullah tu benar ya bukan mencarut^^,

Assalammualaikum. 

SAYA SAYANG AWAK  SEMUA KERANA ALLAH

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers