Khas buat adik Syira dan adik Kila..
Juga buat sahabat dunia akhiratku Surianah
Cinta dalam Cinta
Telah ku petik,
Setangkai bunga..
Didalam dunia ini..
Sebagai penghias yang mulia..
Dan mewangi
Fitrah mu
Membawa ketenangan
Memberikan kedamaian..
Fitrahmu
Membawa ketenteraman
memberikan kesejukan…
Oh…. Tuhan…
Kutelah penuhi sebuah janji
Oooooo…….
Cintaku padamu keranaNYA
Rinduku padamu keranaNYA
Sayangku padamu keranaNYA
Hidupku denganmu keranaNYA
Tuhan
Kau telah berikan,
Dia untukku..
Tuhan,
Semaikan lah cinta ini
Didalam cintaMU.
Oh Tuhanku,
Kebersyukur padaMU,
Duhai adikku,
Mari bersama..
Kita harungi perjalanan hidup ini.
Demi menggapai kemuliaan..
Didalam perjuangan ini
Hidup ini
Adalah perjuangan
Yang penuh dengan pengorbanan..
Temanilah daku..
Temanilah daku..
Duhai adikku ^_^
Selamat Ulang tahun sahabat..
Selamat mendekati mati..
Ramai yang mendoakan semoga panjang umur, tapi mereka tidak tahu bahawa semakin meningkat usia kita semakin itu kematian menghampiri. Umur ini bukan semakin bertambah tetapi semakin berkurang. Setiap satu hembusan merupakan satu penolakan bukan tambahan. Allahu Allah. Ingat Mati, insyaAllah hubungan kita dengan Allah tidak akan terputus ^_^
Alhamdulillah. Rasa bertuah ada sahabat-sahabat yang membawa saya mendekati Allah.
Buat sahabat-sahabat perjuangan ku SMK Tandek..
Melihat kejayaan kamu semua merupakan kebahagiaan yang tidak terhingga. Walaupun tidak dapat bersama dihati paling mengembirakan, saya disini tetap sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu semua dunia dan akhirat.
oh ya, mahu tahu saya menangis masa kamu semua gembira sambut mini konvo. Hari sepatutnya kita semua bersama, tapi saya terpisah jauh dibumi Kenyalang, Bumi Asing buat saya. Tapi tiada makna kesedihan saya jika saya tidak mendoakan kejayaang kamu semua. Tiada makna air mata saya kalau ianya tidak disusuli rasa syukur pada Allah.
Alhamdulillah. Sangat bersyukur memiliki teman seperti kamu semua. Tiada makna hidup ini jika saya mengabaikan kamu semua kerana kamu semua adalah anugerah dari Allah.
Salam Sayang Kerana Allah.
Sahabat, saya tidak mahu menjadi orang lemah. Oleh itu saya tidak akan sia-siakan anugerah Allah yakni itu lah kamu semua T_T.
Nota untuk semua sahabatku..dan untuk diri saya yang utama..
Sesungguhnya mencari sahabat itu ternyata susah,pabila dpt,jagalah ia sbaiknya.. n_n
ReplyDelete