~ Titian Rindu ~

Assalammualaikum.

Dari semalam lagi air mata ni seakan-akan mahu keluar. Tapi alhamdulillah saya terus bertahan supaya tiada orang yang akan nampak saya menangis. Tapi tadi, air mata ni gugur juga akhirnya. Enta kenapa dan mengapa. Rasa dalam hati bercampur-campur. Sudah menjadi rojak yang tidak sedap rasanya. 


Dari tadi biarkan air mata bertakung, akhirnya tumpah juga membasahi hati yang kering menahan rasa. Eh kenapa saya ni??

Ya Allah..

Terasa lemah sangat. Rasa macam mahu berhenti dan cukup setakat ini. Tapi berhenti untuk apa?

Ya Allah..

Semoga hari-hari yang akan datang saya tetap kuat untuk terus berada dijalanMU.

Ya, orang nampak kita tersenyum, ceria, bahagia. Tapi mereka ni tidak tahu apa yang ada dalam hati ni. Masalah bertimpa-timpa tapi alhamdulillah satu persatu masalah tu selesai. Ujian kan tanda Allah sayang hambanya. So, alhamdulillah Allah menguji saya. Berkat doa mak, bapa, dan yang lain-lain sedikit sebanyak beban yang di tanggung berkurang.

Oh ya, saya pun berdoa juga ba. ^_^

Masih mampu tersenyum selepas air mata gugur. ^__^.

eh..

Alhamdulillah mood gembira sudah adaaaaaaa ^_^


(tidaklah tergelak sampai macam ni..hehehe)

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers