::: Aurat oh Aurat :::

Assalammualaikum dan Salam 1 Akidah!!

Kita berhak untuk memilih kan??hehe ^_^

Tengah marah ni..sakit hati bila Rasulullah dihina sedemikian.

"Sngt mdkactakn jka rkyat Msia khussny umat Islam msh x tsedar dn sensitif akn isu Islamic Fashion Festival. Dlu umat Islam sngt snstif thdap isu murtd, kta jga b'arak bntah krtun Nabi yg dbuat d Denmark.Kta jga x tlepas mnyertai p'arakkn Maulidur Rasul, mnyatakn sygnya kta kpd Rasulullah, ttapi ini jga 1 bntk phinaan thdap Rasulullah, dn kta perlu bantah serta btegas dgn mreka yg m'anjurknnya"



Malaysia sebuah negara ISLAM dan kita semua tahu itu sudah termaktub dalam perlembagaan. Alhamdulillah itu merupakan satu bonus yang Allah berikan. Tapi bonus depan mata yang Allah berikan telah disalahgunakan oleh pemimpin berkepentingan!!

Beberapa hari yang lepas, kita digemparkan dengan ISLAMIC FASHION. Paling mengejutkan yang menjadi penganjur pelancaran itu ROSMAH MANSUR. Isteri pemimpin negara kita. Ok, kalau kita tengok pada title ISLAMIC FASHION, sejuk telinga mendengarkannya, mudah mulut menyebutnya. Tapi kita tengok pula si perempuan-perempuan yang memperagakan pakaian yang kononnya islamic fashion ;






ASTAGHFIRULLAH!!!

Semoga Allah mengampunkan kita. Jangan sampai tsunami pula melanda Malaysia kerana kemurkaan Allah terhadap mereka-mereka ini. Orang kata kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tak nak la kerana dia menghina Islam dan menghina Rasulullah, kita ini yang kena tempiasnya.

Oleh itu, tidak salah kita memohon kepada yang telah menganjurkan IFF tu untuk meminta maaf. Sudah terang lagikan bersuluh kan. Jelas dan nyata itu satu penghinaan. Siapa yang kata itu satu penghinaan?? angkat tangan??


ok ok. Setakat disini sahaja tautan hati meluahkan rasa sakit hati..

dibawah ni, ada gambar2 sempena IFF tu,
kita tengok dan jadikan iktibar naa...

buat yang lelaki, rasanya jangan tengok lama-lama ya. Jaga mata tu.





Allah sudah tetapkan cara menutup aurat yang sempurna. InsyaAllah sangat mudah, murah dan menyenangkan si pemakai. Ia la, sekarang ni kan tudung berfesyen lepas tu harganya mak haiii...mahal sangat. Tapi, kalau tudung labuh ni beli saja 1 meter setengan utk panjang dan lebar. Harganya bari 15 ringgit. Lepas tu jahit la sendiri ^_^ InsyaAllah murah daripada beli tudung ekin yang mencecah ratusan ringgit..

Bagaimana menutup aurat sebenar, mai sini cek ajar naa..


oh ya, tidak perlu bertudung labuh pun tidak mengapa. Yang penting labuhkan tudung tu sehingga tidak menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya. Yang perempuan tu faham-faham la kan. Ok sekarang tengok diri kita, adakah kita telah menjaga aurat kita dengan betul??

INGAT!!!

AURAT ITU WAJIB DITUTUP!!

Itu perintah dari Allah. Bukan dari saya, dia, ataupun siapa-siapa.

Ok, sekarang ni kita tengok pula cara-cara berfesyen yang salah dan mengundang ZINA!!!

klik gambar utk bagi besar sikit ok ^_^

Sekarang, tengok pula diri kita?? kalau ada yang sama macam diatas, aaaa tak tutup aurat dgn betul la tu. ^_^. Ingat tutup aurat la naa. Saya bukannya baik sangat, tapi rasa bertanggungjawab untuk bagi tahu pada kaum hawa semua.

Dulu, saya pun bukannya pakai tudung labuh pun. Tapi lama-lama saya berusaha juga untuk pakai. Walaupun dicakap itu ini. Pekakkan telinga untuk kata-kata macam tu. Senang kan ^_^ Kalau kita mahu berubah, biarlah kerana Allah semata-mata.

ya Allah, semoga keikhlasan melakukan segalanya adalah keranaMU semata-mata. ^_^

ok..apa yang baik silalah jadikan iktibar. yang kurang baik dari saya tu minta maaf ya ^_^. Budak baru belajar. Belum setengah jagung juga ni ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers