:: Kawin Awal, Tak Takut Ke?::

Assalammualaikum Tautan Hati ^_^

Alhamdulillah hari ini mode gembira walaupun terpaksa turun pejabat untuk bereskan claim staff dan mengurus peralatan pejabat yang kurang dan perlu dibeli. Bingung?? Tidak lah. Saya ok saja. Small matter kan. Sudah tugas yang diberi oleh KKM dan amanah dari Allah, so kita kena terima.

Lagipun, masa mula-mula dapat kerja as Pembantu Tadbir ni (orang kampung kata, kerani saja ba) saya sudah setkan dalam mind bahawa ini amanah dari Allah sekaligus bonus rezeki dari Allah. Nah, sudah dapat harusnya bersyukur. Hmmm saya ni saja yang selalu mengeluh. Susah la. Menyesal la. Allahu Allah.

Ustazah selalu pesan "JANGAN KUFUR NIKMAT"

So, Alhamdulillah wa syukurillah.

Alhamdulillah, sementara tunggu kerja kak Ada di farmasi hospital siap, saya pula mengupdate blog. Entry pasal kawin lagi. (atukkoi, nokuro ti tanak ti..kawin nopo man boroso..adehhh) Eh, jangan salah sangka ya.

Tadi masa jalan-jalan cari bahan bacaan, saya terjumpalah bab kawin ni lagi. Tertarik la dengan isinya yang insyaAllah ada pengajaran yang perlu kita amik^^,

Jangan pula korang cakap saya ni kemaruk mahu kawin. Eh dak..saya just share apa yang saya dapat ok. Kebetulan asik jumpa bab kawin saja. Hmmm.. seru nak dekat sudah kot  ^^,

hehehehehe...hahahahahaha..
(tersenyum la tu bila saya tulis macam tu..kan kan kan ^___^)

Sebelum tu, saya mahu share satu perkara dengan korang. Kira bonus untuk korang la juga dan ini sebagai pemberitahuan la. 

Macam ni, pernahkah anda mengalami sakit perut (mahu ketandas) bila sarapan pagi atau makan waktu pagi?? pernah?? oh bersyukurlah. Walaupun kita rasa sakit, tapi sebenarnya itu baik untuk kesihatan. Kira itu toksin malam semalam yang kita buang. Jangan risau makanan yang anda makan pagi tadi belum tercerna lagi. ^^,

Kalau kita buang hajat besar sekurang-kurangnya sekali sehari, Alhamdulillah bersyukur la nak. Tidak semua hamba Allah merasai nikmat itu. Lepas tu, selalu la juga makan pisang ya. Pisang ni bagus untuk melancarkan proses pencernaan. InsyaAllah memudahkan kita untuk membuang.

(siaplah aku kalau salah bagi penerangan...eh, tapi aku bagi tau yg betul tau...)

Alhamdulillah. Harapnya pasal perkara di atas tu, pasal pisang, buang hajat tu.. korang tanya la juga dengan yang lebih pakar ya. Takut saya tersalah bagi ilmu pula ^^,

ok, jom kita tengok pula bab kawin awal ni ^__^

mesti korang suka kan kalau bab-bab kawin ni..tu pasal sanggup baca entry saya ni. Ok la. Jangan malu baca pula bila ketahuan yang awak tersenyum baca entry ni. ^____^

ceritanya bermula macam niiii

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami depression di mana saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? 

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. 
Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Allah ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Alhamdulillah, selesai sudah membaca kan. So, apa lagi??hehehehehe

p/s : jangan pula terpedaya, ikut hati korang la..kalau masih boleh menjaga hati tu dari godaan-godaan, tidak salah kalau membujang buat masa ni =_=. Utamakan yang utama dan penting. Bukan saya kata kawin ni x penting, tapi mungkin ada yang lebih penting kan. 

4 comments:

  1. banyak entry tentang kahwin semasa belajar sekarang nih...mmg setuju dgn kenyataan bhwa tiada masalah jika berkahwin semasa belajar, tetapi belum berkeinginan utk berkahwin lagi...fokus kpd pelajaran... ^_^

    ReplyDelete
  2. sama mcm sds, blm ada keinginan utk kawen skg. kawen pas kerja setahun. uhuk hukk...

    p/s: kawen? xde calon, dah bercita2 nak kawen. normen normen...

    ReplyDelete
  3. sds : ya..insyaAllah, selagi blm ada keinginan tu x apa. x wajib kawin juga kan ^_^..

    normen : uih..x apa juga buat perancangan tu..calon??uhuk uhuk..insyaAllah ada tu enta. InsyaAllah.

    p/s : ana ni pun asik sebut pasal kawin je, calon tu ntah ada ke??hmmm..x apa yakin saja pada jodoh yang Allah sudah tentukan..insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. yati, kita serupa..Kerap sgt ckp bab kawin.. n_n

    Kawin awal mmg nampak menarik, tp kna tnya diri gak kan, kita da sedia kah?..huhu

    Part tu yg tak penting kan?..cek berani ckp, tp tak brani lagi nak tempuh alam tu..Coz,ilmu tak cukup lagi..ahakz

    p/s : Kawin..kawin.. Calon pun tak dak..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers