Sabarlah...
Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemintang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa...(^^,)~
Senyumlah kerana Allah ^_^
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah Asy-Syura: ayat 30).
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan [ke-6, hal.1292].
Firman ALLAH dalam Hadith Qudsi:
"Wahai hamba-hamba-KU! Aku telah berikan kurnia kepada kalian dan Aku telah meminta hutang,pinjaman dari kalian. Barangsiapa yg teLah memberikan sesuatu kepadaKU dari apa yg telah AKU kurniakan itu dengan taat,nescaya Kusegerakan(membalasnya) dalam waktu singkat(dunia) dan Kusimpan baginya untuk waktu mendatang(akhirat). Tetapi barangsiapa Kuberikan itu secara paksa ,namun ia bersabar dan berusha dengan ikhlas kerana ALLAH,nescaya Kuwajibkan pemberian hadiah dan rahmatKU baginya,dan KUcatatkan bahawa termasuk org yg dpt petunjuk dan Kuperbolehkan dia mendapat nikmati pandangan kepadaKu."
(H.R Rafi`i dari Abu Hurairah R.A.)
Alhamdulillah. Semoga ianya berguna kepada kita sebagai hamba Allah yang sentiasa melakukan dosa. Tapi kita kena ingat bahawa keMAAFan Allah lebih besar dari DOSA-DOSA yang kita lakukan. Oleh itu, seeloknya kita sebagai hamba Allah usah terlalu bersedih hati. Takut rasa itu menghalang untuk kita memohon maaf pada Allah.
Ya, sebagai hamba Allah kita seharusnya menangis dan bersedih akan semua dosa-dosa yang kita lakukan, tapi janganlah kita berkata "aku ini terlalu banyak dosa, malu untuk meminta pada Allah lagi. Malu untuk berdoa lagi"
Tidak salah mengatakan sedemikian, tetapi itu seolah-olah kita tidak meyakini Allah yang Maha Memaafi.
ingatlah ; "Pengampunan Allah lebih besar dari dosamu"
ayuh, kita terus memanjatkan doa kepada Allah. Semoga Allah memberi yang terbaik buat kita ^^,
firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah.
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Cukuplah hanya pada Allah tempat untuk kita mengadu segalanya. Kenapa?? Kerana Allah yang mengetahui apa yang ada dalam hati kita sedangkan hati milik kita sendiri kita tidak mampu mengetahui isinya yang sebenarnya. Iya hanya Allah yang mengetahui apa yang ada dalam hati hamba-hambaNYA. Paling indah, bila semuanya kita lakukan kerana Allah, pasti tidak akan kecewa ^_^
Indahnya hidup ini jika semuanya adalah kerana Allah ^__^
0 comments:
Post a Comment