:: Akhirnya Kau Temui Nur Islam ::


Alhamdulillah selepas balik dari pejabat atas urusan melupus fail-fail subjek yang sudah tidak diperlukan, satu lagi berita pengislaman sahabat karib kakak saya di Sabah saya terima. Alhamdulillah Alhamdulillah. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, maka Allah lah yang berkuasa memberi hidayah itu kepada sesiapa yang berusaha untuk mendapatkannya.

Ingatlah, hidayah itu tidak datang begitu sahaja. Ianya perlu digali, dicari agar kita menemuinya. Pintu itu sentiasa terbuka, hanya menunggu kita untuk memutarkan tombol pintu dan masuk kedalamnya. Orang lain tidak akan mampu membuka pintu itu untuk kita. Diri kita inilah yang harus berusaha untuk membukanya dan memasukinya.

Beberapa hari sebelum ini, ada pula seorang sahabat merangkap kakak angkat ku sewaktu sekolah. Seorang penganut aliran Seven Day Advantis (S.D.A) bertanya maksud 'istiqamah' pada ku. Subahanallah. Adakah ini permulaan bagi tanda-tanda keinginannya mengenali islam?

Allahu Allah.

Dengan ilmu yang senipis kulit bawang ini, satu persatu ayat kususun agar mudah untuk dia memahaminya. 

"istiqamah bermaksud berterusan. Allah sangat menyukai amalan yang sedikit tetapi berterusan. Contohnya, menderma dalam jumlah yang sedikit, tetapi sikap itu kita kekalkan. Nah, itulah namanya istiqamah, berterusan."

Allahu Allah, semoga jawapan dari hamba itu dapat difahaminya.

Tidak lama kemudian, mesej itu dibalas. Alhamdulillah dia faham maksud istiqamah itu. Aku bukanlah hebat dalam membicarakan soal agama. Lebih-lebih lagi aku bukanlah pelajar aliran agama seperti sahabat-sahabat yang lain. Malah alquran juga masih belum lancar pembacaannya. Tapi itu bukanlah alasan untuk aku terus membatu bila ditanya soalan yang insyaAllah aku mampu menjawabnya.

Akhirnya, kakak angkatku menyuarakan hasratnya untuk memeluk islam pada tahun hadapan. Semoga Allah terus memberikan hidayah itu kepadamu wahai kakakku sayang!

Amat sukar baginya untuk menukar agama kerana dia adalah anak bungsu dan anak kesayangan sang ayah. Terlalu banyak halangan dan rintangan yang terpaksa dia hadapi. Tapi aku yakin dia boleh dan mampu bertahan. Masakan tidak, 2 orang kakaknya dan seorang abangnya telah pun memeluk Islam, satu-satunya agama yang Allah redhai. InsyaAllah, semoga Allah memberikan kekuatan kepadamu kakak ^_^.

Telah lama hasrat itu dipendam, akhirnya tahun ini berani juga kakak luahkan padaku. Sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.

Tapi, disebalik kegembiraan ini tersembunyi resah dihati bila dilihat ummat Muhammad yang kini telah hilang nikmat iman dihati. Allahu Allah. Ya Allah, kekalkanlah hidayah ini dihati hamba.. Akhiri hidupku dangan husnul khatimah.

Tahukah, dalam tidak sedar rupanya dalam diam isu murtad telah menjadi semakin parah. Allahu Allah.

Mari kita sama-sama membaca note yang ditulis ayahnda Mohd Fadli Yusof. Semoga ianya bermanfaat.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers