:: Biar Kalam Berbicara ::


”Sekabur-kabur tulisan, itulah seterang-terang ingatan. Kalau kamu tidak tulis, mungkin kamu akan terus lupa, tetapi kalau kamu tulis, walau sudah kabur, kamu masih boleh ingat.”

~Ustaz Mohd Fadli Yusof~


Salah satu kenapa saya suka menulis merapu-rapu dalam belog saya ialah supaya saya ingat apa yang berlaku dalam hidup saya. Bukankah kenangan itu mendidik kita agar menjadi yang lebih baik. Saya menulis juga sebab ingin berbagi rasa dengan yang membaca.

Yang bahagia, kita kongsikan bersama. Yang derita, kita rasakan bersama. 

Mood ;- rindu sangat dengan sahabat-sahabat

Sesungguhnya sebaik-baik teman itu adalah teman yang sering mengingatkan. Samada di dalam sukar mahupun senang. Teman yang terbaik juga adalah teman yang sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kepada Allah.

Sahabatku, ssungguhnya diri ini hanyalah insan yang lemah. Ingatkanlah aku tika ku leka. Tenangkanlah aku tika aku bersedih. Pujuklah aku tika ku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga Allah agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin…

Satu harapan aku untuk destinasi ukhwah yang terjalin :- ingin ke syurga bersamamu T_T
*itupun jika diri yang hina lagi tiada punya apa-apa ini layak menghuninya*
----------

Ketika diri dilamar sang rijal, masih mencari sebuah jawapan pada istikhara cintaNYA, masih terngia-ngia nasihat sang sahabat pada musyawarah mengharap redha dan kasihNYA ;-

"Ketika sebuah cinta mengungkapkan sebuah kejujuran, ia tidak akan pernah berbohong..Tidak akan ada konspirasi mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki..Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan..Tetapi hanya akan mendambakan untuk boleh mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang sangat berharga..Itulah penyampaian dalam kamus cinta...Buatlah keputusan yang tepat..."

"ingat Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia. Yakin sudah dengan agamanya? Jika yakin, tanya hatimu! tanya imanmu! Kau mampu sahabatku"

~semoga segalanya dalam Redha Ilahi ^_^~


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers