:: Bersahabat Sampai Ke Syurga ::


"Kakak, persahabatan itu penting ka? Bolehkah kalau ada orang yang tidak mahu bersahabat?"

"Kenapa adik tanya macam begitu? Adik ada sahabat? Biasanya kalau adik ada masalah, adik luahkan pada siapa?"

"mestilah luahkan pada sahabat. Kalau luahkan pada mama, bapa, kakak atau adik mesti rasa lain. Kenapa begitu kakak?"

"kenapa begitu? Jawapan ada dalam diri adik. Cuma adik tidak keluarkan saja. Kan? Cuba pejam mata adik,  tanya hati adik kenapa adik rasa macam tu? Kakak tidak perlu tahu jawapan adik, memadai adik mengetahuinya. Dapat rasa kenapa?"

"iya..adik rasa........"

"ops...Kakak tidak perlu tahu jawapan adik ^_^"

"hee ok..Kak, kakak belum jawab soalan pertama adik!"

"soalan yang mana?" 
*Buat-buat lupa*

"lupa atau buat-buat lupa ni?"

"ok ok. Kita tidak mungkin selamat mengarungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnah dengan hanya mengandaikan kemampuan sendiri. Kerana kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya.
”Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah”QS.An-Nisa [4]:28
Kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang akan menghantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagian akhirat. Dan hanya persahabatan atas dasar iman dan taqwa lah yang abadi. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam Al-Quran:
“Teman-teman akrab pada hari itu(hari kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” QS. Az-Zukhruf[43]:67
Ibnu katsir mengatakan, seluruh persahabatan yang tidak dilandaskan kerana Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan. Begitu juga pesan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang menyebutkan bahawa,”Kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.”

Siapa orang yang kita cintai?
Siapa orang-orang yang paling dekat dengan kita dalam menelusuri hidup ini?
Siapa orang yang paling menghiasi ingatan kita?
Siapa yang menemani langkah-langkah hidup kita?
Orang solehkah dia?
Mengajak ke arah kebaikan dan keredhaan Allah kah dia?

Dan alangkah indahnya seandainya ada pertemuan yang sangat mengharukan dan penuh kegembiraan. Mari mulai dari sekarang, kita bersahabat dengan orang-orang yang mendekatkan kita pada redha Allah SWT 

"Kak, maknanya kita tidak boleh bersahabat dengan orang yang tidak mendekatkan kita kepada Allah? Tidak boleh bersahabat dengan orang yang melalaikan kita?"

*Senyum*

"Adikku, bukan begitu maksud kakak. Kita boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja. Malah menjadi kewajipan kita untuk terus bersahabat dengan mereka-meraka yang adik maksudkan. Ajak mereka mengenal Allah. Kitalah yang kena ajak mereka. Kita yang perlu berperanan untuk membawa mereka mendekatkan diri kepada Allah. InsyaAllah, secara tidak langsung kita juga akan merasa dekat kepada Allah. Kalau kita tidak mampu, ajaklah mereka mengenal sahabat-sahabat kita yang lain yang membawa kita dekat kepada Allah."

"Tapi adik bukannya orang baik. Masih banyak dosa yang belum ada taubatnya"

"Adikku, kakak pun seperti adik. Malah dosa akak jauh lebih banyak dari adik. Tapi kalau kita mahu tunggu kita baik, tiada dosa..sampai ke sudah tidak berperananlah kita sebagai manusia. Manusia itu tidak sempurna dik. Itu sebab kita mestilah saling ingat-mengingati. Ingat firman Allah "..maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan..kamu bukanlah orang yang berkuasa atas meraka.." [al-ghasyiyah : 21-22]

Bila kita menasihati seseorang, bukan bermakna kita adalah yang terbaik tapi atas dasar rasa tanggungjawab kita sesama saudara seakidah. Bagi tahu pada sahabat yang kita ini juga bukannya baik bila kita cuba untuk memberi nasihat atau apa-apa sahaja. Kita juga sedang berusaha untuk mendekatiNYA. Sekurang-kurangnya, bila Allah tanya diakhirat nanti kita punya jawapan untuk menjawab...

adik ingat peristiwa Nabi Ibrahim yang dibakar dengan api? Ingat burung gagak yang berusaha memadamkan api itu dengan mengisi air diparuhnya yang kecil itu? Ingat lagi burung-burung lain yang mentertawa burung gagak yang pada burung-burung lain itu adalah perkara yang sia-sia? Ingat apa jawapan burung gagak? Subahanallah, makhluk Allah sekecil gagak yang tidak dikurniakan akal masih mampu berfikiran seperti itu. Jadi, apa guna akal yang Allah beri khas untuk ummat manusia?

Maka itulah adikku, sesungguhnya diantara kita ini ada peranannya masing-masing. Semoga apa yang kakak katakan ini mampu kakak lakukan. Ingatlah, kakak bukanlah sahabat atau hamba kalis dosa. Siapa tahu, dalam sedar dan tak sedar kakak berbuat dosa. Amalan juga sangat-sangat sedikit. Terkadang lalai dibawa arus nikmat dunia sementara. Terkadang seronok dengan dosa-dosa kecil yang dibuat. AStaghfirullah.

Adikku, tahukah bahawa kakak akan dipersoalkan semua apa yang kakak katakan didunia diakhirat nanti. Maka, maafkan kakak sekiranya dimata adik ada perkara yang tidak menyenangkan adik. Doakan juga semoga kakak mampu lakukan seperti yang kakak katakan. Doakan kakak kuat untuk terus berada dijalan yang kakak pilih, jalan meraih REDHA ALLAH. Kita sama-sama saling mendoakan. Semoga itu menjadikan kita kuat.

Assalammualaikum.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers