:: Salam AidilFitri ::

Insyirah titip salam sayang kepada pengunjung belog Teratak Tautan Hati. Ini post terakhir Insyirah dibulan Ramadhan. Jagalah ia sebaik mungkin. Semoga apa yang baik dalam teratak Insyirah ini dijadikan panduan dan sebarang entry yang merapu, melalaikan, mohon kemaafan. Hamba juga manusia biasa yang sering terlalai dengan nikmat dunia sementara.

Maafkan segala salah dan silap selama mana Insyirah mengenali anda semua. Buat sahabat-sahabat, maaf zahir dan batin dari Insyirah

Selamat Hari Raya Aidilfitri. 'Taqaballahu mina waminkum' 

ucapan raya yang sunnah :

disebut di dalam kitab Fathl Bari, Imam Ibnu Hajar memetik daripada Jubair Bin Nufair yang berkata " Para sahabat Rasulullah SAW apabila bertemu pada hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain : 'Taqaballahu mina waminkum' -semoga Allah menerima daripada kami dan daripadamu- . Imam Ahmad berkata , "aku tidak pernah memulakan mengucapkan selamat hari raya kepada seseorang pun. sekiranya ada orang mendahulukan mengucapkan itu, aku akan menjawabnya kerana menjawab ucapan selamat itu wajib, sedangkan mendahului ucapan tersebut bukanlah sunah yang diperintahkan dan tidak pula dilarang. Sesiapa yang mengerjakannya maka baginya ada contoh dan siapa yang meninggalkannya baginya juga ada contoh."
wallahualam..

sumber -majalah ANIS-

menyambung kasih, merajut cinta, beralas ikhlas, beratap DOA. Semasa hidup bersimbah khilaf dan dosa, berharap dibasuh maaf. Salam AidilFitri, Taqabalallahu minna wa minkum, Minal Aidil Wal Faidzinn..


“Sama-samalah kita
upgrade iman,
top up amalan,
update doa,
semoga Allah send hidayah,
delete dosa dan insert sakinah.
Redeem hasil lumayan di sana.
Selamat menahan diri dari kemungkaran di bulan Ramadahan dan bulan2 seterusnya”

Maafkan segala kekhalifan diri ini...

Dengan ikhlas memaafkan semua sahabat2/saudara2 ana yang dikenali mahupun tidak dikenali...dan memohon maaf kepada semua sahabat/saudara2 ana sama ada yang dikenali ataupun tidak...

buat mama dan bapa...semoga Ramadhan dan Syawal kali ini adalah yang terbaik bagi kita dan akan lebih baik dari masa ke semasa...^_^

~Sedih meninggalkan Madrasah Ramadhan, semoga insyirah tetap istiqamah dengan amalan yang dibuat sepanjang ramadhan malah bertambah lagi amalan. InsyaAllah~

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers