:: Perjalanan Mencari Rindu Yang Bertamu ::

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah malam ini berkesempatan untuk mencarut di belog usang ni. Semua sudah tidur. Tinggal saya seorang bersama kucing-kucing yang mengiau.

Sejak balik bercuti raya hari tu, terlalu banyak perkara yang terjadi. Ujian demi ujian. Tapi tidak dinamakan hamba kalau tiada ujian kan. Macam murid, bukan murid namanya kalau tiada peperiksaan/ujian. Kita yang bertaraf hamba ini apa lagi kan. Jadi, hadapilah dengan redha dan sabar. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.

Sebenarnya dari minggu lalu lagi tangan ni gatal untuk mencarut marut dalam belog ni tapi asik tergendala saja. Kenapa??, tolong mama buat kuih (untuk dijual). Masak. Cuci kain (guna tangan saja). Kemas rumah (sebenarnya kedai kecil saja) yang banyak memberi saya kenangan dan pengajaran. Apa lagi?? Berziarah. Jalan dengan kawan-kawan.

Nah, itulah kerja selama seminggu bercuti di kampung. Sekarang ini di KK. Bersama kakak, abang dan adik. Tira tidak dilupakan. Mama, bapa, Nonoi, Adi dan adik lelaki kesayangan saya tu tinggal dikampung. Meneruskan rutin-rutin kehidupan sebagai peniaga kuih (mama) dan pelajar (Apik dan Nonoi). Si Adi (Arif, adik nonoi, 6 tahun) pula seperti biasa rutinnya. Kalau bukan jalan ke rumah orang, nah pasti maaaaaaaakan saja kerjanya.Aduhai anak buah kesayangan umi ni.

Alhamdulillah malam ini saya melepaskan gian saya untuk mencarut marut dan mencoret moret. Kepada pakar bahasa, maafkan saya kerana merosakkan bahasa.. hihihihi. Sengaja. 

Intro punyalah panjang kan. Padahal perkara utama yang saya mahu ceritakan bukanlah perkara diatas tapi TAJUK entry di atas tu ^_^

Ok ok. Teruskan membaca. Tapi sebelum itu, pastikan semasa membasa entry saya u'll sudah solat (utama), kerja opis sudah siap, kerja rumah suda diberesin, makanan sudah disediakan, dan jaga kesihatan tau. Peringatan ini buat diri saya yang utamanya. Ingatlah, itu saham akhirat saya juga. Tidak mahu pembaca lalai lebih-lebih lagi coretan sang pemilik belog bersifat keduniaan, jarang sekali berbicara tentang akhirat. ASTAGHFIRULLAH. Mohon kemaafan -_-

27 Ogos saya fly ke Sabah untuk bercuti raya. Rasa gembira yang melonjak-lonjak ni. Nasib baik tidak melonjak keluar dari kapal terbang. Hehe. Disambut oleh ayah dan umi tercinta. Tapi sebelum bertemu mereka, saya singgah ke tandas, membuka niQab yang dipakai. Pastinya orang akan kehairanan. Saya pun jalan sambil menundukkan kepala. Tidak berani memandang orang-orang disekeliling. Malu >_<

Sampai saja di pintu ketibaan, senyuman si bapa terukir manis. Senyuman dari hati seorang ayah yang menanti kehadiran anaknya yang merantau jauh. Ceh, jauh konon padahal sana seja Sarawak. Hehehe. Jauh la ba tu kan ^_^. Eh, mama mana??? Mencari-cari kelibat si mama kerinduan. Dalam hati mengomel.. "aik..mama mana ni?? kenapa nda nampak??". Rupanya mama duduk dikerusi menanti. Dari jauh lagi senyum-senyum sudah.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah (Kalansanan), saya mendengar luahan demi luahan hati seorang ibu. Ada air mata yang gugur dari kelopak mata sang anak. Cepat-cepat dikeringkan menggunakan lengan baju. Tiada kata-kata yang dapat saya berikan. Hanya terluah dalam ungkapan doa di dalam hati seorang anak. Sungguh, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada daya anakmu ini mama melainkan redha dan sabar diatas segala ketentuan dariNYA.

Saya yakin mama kuat. Ya mama seorang wanita kuat dan tabah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita sekeluarga. Biar apa orang kata, kita ada Allah tempat untuk mengadu. Pandangan Allah kita dahului. Mereka tidak akan fahama. Mereka tidak akan mengerti. Saya hanya mampu tersenyum. Memaafkan itu jalan terbaik.

Bukankah memaafkan itu melepaskan beban kisah silam??

Dalam perjalanan ke rumah umi (Ony) pula, mendengar lagi luahan hati seorang kakak. Belum sempat lagi bertemu. Hanya luahan dari SMS. Air mata??? usah dikata. Wanita cengeng macam saya tidak mampu menahan. Tapi itulah kekuatan saya, dalam titisan air mata tu ada doa mengiringi. Bukan kerana sedih dengan aturan hidup dari Allah untuk kami, tapi itu saja cara untuk saya melepaskan. Hendak diluahkan, tidak mahu lagi menambah beban dibahu mereka. Biarlah terpendam dan diluahkan pada Yang Maha Mendengar, DIA punya jalan penyelesaian. Inna lillahi wa inna ilahi ro'jiun, itu keyakinanku!

Inilah perjalanan saya mencari rindu yang bertamu. Muhasabah diri. Pasti ada hikmah disebalik segala yang DIA berikan. Orang sesekali tidak akan memahami keadaan yang kami alami, jadi wajarlah mereka dengan tanggapan demi tanggapan mereka. Siapa kita untuk menghalang kehendak Allah??

Dikala hati kita sakit karana beratnya ujian hidup, 
tentunya sambil menangis kita akan berkata 
''Ya Allah, mengapa ini smua menimpaku?"

 TAPI Katakanlah pada diri

''inilah cara Allah menjadikan kita kuat dan memberikan rahmat-Nya. 
Kerana dalam ujian itu DIA pun pasti sudah menyiapkan JALAN buatku"

‎''apabila jiwa terusik,
maka seluruh diri akan berasa imbalannya,
sama ada datang berupa susah mahupun menyenangkan hati.
takdir itu ada di langit.
maka ia berubah jikalau kita mau berusaha
dengan cara yang baik-baik.
bagaimanapun...takdir yang telah di tetapkan itu
tidak sekali-kali akan berubah
justeru...hadapilah dengan redha.
nescaya...kita akan termasuk dalam
golongan manusia yang di rahmati Allah''


Tetaplah tersenyum duhai Hati ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers