:: SMS Undang CintaNYA II ::



Hari ini, keboringan tahap gaban melanda. Aku di ofis hanya berdepan dengan Miss Lappy kesayanganku. Tiada apa lagi yang perlu dibuat. Almaklum, tenaga aku hanya diperlukan dihujung dan awal bulan. Tengah-tengah bulan macam ini, yang berkerja hanya tangan dan mata. Apa lagi kalau bukan berkerja dengan  MUKABUKU atau update belog.


Itu seja. >_< penat duduk saja.


Tengah-tengah keboringan, teringat pula mesej yang dihantar oleh sahabatku subuh tadi.


"selamat bersahur yati... :) "


"selamat bersahur juga.. jangan makan banyak-banyak ar.. ;) "


"hehe. Tidak la. Sikit ja saya makan..;) "


Berhenti hantar mesej. Ada setengah jam lagi untuk masuk waktu subuh, aku pun buat la aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk memenuhi masa terluang tu. Bila tinggal 10 minit saja lagi waktu subuh masuk, aku mesej balik sahabat aku tu.


"sudah-sudah la tu makan. Nda lama lagi masuk waktu subuh. Pi sedia di sejadah. Solat! Jangan terus tidur pulak lepas makan! hehe"


~pesanan untuk diriku juga~


"hehe. Adui.. ~_~ malu saya ko cakap macam tu. Hehe. Saya ni pemalas sembayang. Apa pun, terima kasih dan syukur. Ada lagi orang yang selalu ingatkan saya :) "


"eh...maaf...tiada niat saya mau buat kau malu. Tidak apa ba. Biasalah manusia kan. Allah berfirman .....maka berilah peringatan..... Jadi, kita sama-sama beringat la ba. Macam la saya ni baik sangat. Huhu.. Apa-apa pun, solat itu tiang agama. Solat amalan pertama yang akan dihisab di akhirat. Rosak solatnya, bersiap sedia la pegi tempat yang panasnya tiada tandingan. Kalau periuk karan rosak, boleh lagi dibaiki..hehehe"


"eya. Betul tu. Adei, saya ni. Tau sembayang tapi malas. Susah juga orang yang sudah terbiasa keadaan begini. Thanks ya sebab selalu ingatkan saya. Saya sembayang juga. Tapi kadang-kadang. Tu pun maghrib dan isyak saja."


"tidak apa ba. Yang penting berusaha untuk istiqamah. Sekarang maghrib isyak, nanti biasakan pula solat-solat lain. Zohor sama asar boleh buat ditempat kerja. Subuh lagi senang. Tiada alasan. Kan banyak sudah nikmat-nikmat yang Allah bagi dengan kita, so solat yang beberapa minit ini takkan tidak dapat buat kan..hehe"


"hehe. Eya. Ye la. Tengah perbaiki la ni. Tapi secara perlahan-lahan. Mesti kau rajin sembayang kan. Baguslah Yati."


"Huhu. Pelan-pelan ba. Adeh, kalau solat 5 yang wajib tu memang tidak tinggal. Tapi kalau solat sunat, nah saya pun masih berusaha untuk perbaiki..huhu"




Ya Allah, berilah hidayahMU kepada kami hambaMU. Semoga bila diakhirat nanti aku ditanya tentang mu sahabat, aku boleh menjawabnya. Semoga kita sama-sama menjadi hambaNYA yang sedar akan hakikat hamba.


..maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan..kamu bukanlah orang yang berkuasa atas meraka.. [al-ghasyiyah : 21-22]



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers