kerana "Hotel For Dog"


selama 2 jam lebih aku menghabiskan masa dihadapan laptop. tengok cerita Hotel For Dog. ceritanya menyentuh hati. mungkin hati perempuan mudah tersentuh pada perkara-perkara yang menyedihkan. walaupun tiada airmata yang mengalir, cukup buat hati ini tersentuh.

entah kenapa tiba-tiba terkeluar soalan yang aku fikir soalan bodoh. tapi bila fikir balik, sekurang-kurangnya aku tidak mematikan akal fikiran pada persoalan yang wajib kita ketahui. "Kenapa pula anjing ni Allah haramkan?apa sebabnya dan rasionalnya"

istighfar panjang aku bila persoalan ini aku hadirkan dalam hatiku. sejak hari itu aku sering tertanya-tanya kenapa...kenapa...kenapa..hinggalah aku terjumpa hadis ini ;

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Riwayat Muslim- ini hadis yang sahih..selepas jumpa pada hadis ini, aku fikir hatiku terus terdiam begitu sahaja. datang pula pelbagai-bagai soalan. soalan sama "kenapa?"

aku istighfar lagi.. lama juga aku membiarkan persoalan hatiku mati begitu sahaja. aku menonton cerita tu pada awal bulan sya'ban. wah lama juga aku mematikan persoalan itu dalam hatiku. selepas solat subuh tadi (19.08.10), persoalan itu tiba-tiba bertandang selepas mendengar anjing menyalak. hasrat dihati mahu membiarkan lagi. bukan apa, aku takut akidah ku tergugat pada persoalan seperti itu. tapi bukankah aku harus mengetahuinya??bagaimana kalau ada orang yang bertanya?? apa yang akan aku jawab..??

aku mula mencari..terus mencari..Alhamdulillah aku terjumpa jawapannya pada blog seorang ikhwan. aku juga sudah minta izin untuk copy. semoga ianya bermanfaat buat kita semua..

___________________________________________________________________________________

Anjing merupakan seekor haiwan yang haram bagi agama Islam yang kita anuti. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui atau untuk mengambil tahu kenapa anjing tidak boleh dipelihara dan disentuh seperti yang ternaktub di dalam hukum-hukum ibadat agama Islam.

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak.

Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti penyakit sama seperti air liur anjing.

Penyakit apa yang dibawa oleh anjing? Penyakit yang paling terkenal dari bawaan anjing ialah penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus rabies yang boleh didapati melalui air liur anjing. Apabila anda menerima kesan gigitan anjing, virus yang masuk melalui air liur anjing tadi akan menyerap masuk menyerang sistem saraf badan kita. Dengan rosaknya sistem saraf, maka badan anda tidak akan berfungsi dengan sebaik-baiknya, terutama dari segi fungsi neuromotor.

Islam tidak mengada-ngadakan hukum kerana anjing sememangnya bahaya dari segi kesihatan. Sebab itu bila anjing disentuh dalam keadaan kulitnya basah, kita wajib membersihkan diri dengan 7 kali basuhan dengan salah satunya ialah menggunakan tanah (samak)

Apa yang mengecewakan, terdapat pandangan masyarakat melayu kelas atasan (tidak tahu sama ada tahu akan hukum atau tidak ) membela anjing dan suka-suka hati memegang anjing. Lagi teruk, membiarkan anak-anak mereka dijilat anjing kononnya untuk kemesraan sesama makhluk. Alahai…….

___________________________________________________________

pencarianku tidak terhenti setakat disini..aku cuba lagi mencari dan terus mencari...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Di dalam al-Quran, Allah s.w.t. mengkategorikan khinzir sebagai binatang yang haram dimakan. Adapun anjing merupakan binatang yang membawa najis mughallazah (najis yang berat). Kedua-dua binatang ini adalah haram bagi umat Islam.

Namun perbahasan mengenai anjing agak panjang di kalangan ulama. Ini kerana ada ketikanya anjing boleh dimanfaatkan seperti mengajar memburu dan membantu di dalam menjalankan siasatan seperti mana anjing-anjing yang diajar oleh polis untuk mengawal keselamatan dan sebagainya.

Dalam pengharaman khinzir pula Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(al-Baqarah: 173)

Di dalam memanfaatkan anjing

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Mereka menanyakan kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang Telah diajarkan Allah kepadamu [1]. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu [2], dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya) [3] dan bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya. (al-Maidah: 4)

[1] Maksudnya: binatang buas itu dilatih menurut kepandaian yang diperoleh daripada pengalaman; fikiran manusia dan ilham daripada Allah tentang melatih binatang buas dan cara berburu.

[2] Iaitu: buruan yang ditangkap binatang buas semata-mata untukmu dan tidak dimakan sedikitpun oleh binatang itu.

[3] Maksudnya: pada waktu melepaskan binatang buas itu disebut nama Allah sebagai ganti binatang buruan itu sendiri menyebutkan waktu menerkam buruan.

Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Adapun pengharaman anjing dapat dilihat melalui hadis Rasulullah s.a.w. di atas.

Walaupun pada asasnya hadis ini menyuruh kita membersihkan bekas yang dijilat anjing tetapi ia membawa maksud yang luas sehingga para ulama mengistinbatkan (mengeluarkan hukum) bahawa jika mulutnya dikira membawa najis apatah lagi tubuhnya, serta apa-apa sahaja yang keluar daripada anjing dihukum najis.

Mengikut pendapat al-Syafieyyah jika anjing itu kering ia boleh disentuh, jika basah tidak boleh. Ini kerana kemungkinan kuman menjadi aktif dan mudah berpindah ke tubuh badan manusia.

Adapun mazhab al-Malikiyyah berpendapat yang haram pada anjing hanyalah apa-apa yang keluar dari mulutnya sahaja ini kerana hadis Nabi s.a.w. di atas menyuruh kita menyamak bekas yang terkena air liur anjing sahaja.

Suruhan Rasulullah supaya bekas yang terkena air liur anjing disamak kerana mulut adalah tempat anjing memakan pelbagai benda serta terdedah kepada kekotoran, maka dilihat bahawa yang membawa bahaya adalah apa-apa yang keluar dari mulut anjing dan bukannya badan anjing tersebut. Kedua-dua ayat di atas serta hadis Rasulullah s.a.w. jelas kepada kita bahawa kedua-dua binatang itu adalah haram dalam Islam.

Dari sudut bahayanya pula kita sedia maklum akan bahaya gigitan anjing. Kesan gigitan anjing, jika tidak dirawat segera akan memudaratkan manusia. Ini terbukti dari kajian yang diterbitkan di dalam jurnal sains barat, di mana mereka telah mengkaji tentang bahaya anjing sebagai binatang peliharaan.

Baginda sendiri menyuruh supaya dibunuh anjing gila kerana penyakit merbahaya yang mungkin merebak dalam masyarakat akibat gigitannya. Seperkara yang ingin ustaz kongsikan ialah, walaupun kita tidak menemui fakta sains dalam membuktikan kemudaratan khinzir dan anjing, kita wajib patuh kepada perintah Allah s.w.t. dan perintah nabi-Nya yang menyuruh kita meninggalkan perkara yang tidak baik bagi manusia serta apa-apa yang boleh mengganggu sistem kesihatannya. Islam itu indah dan cantik suka kepada kecantikan dan kebaikan kepada seluruh penganutnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

semoga perkongsian ini membuat persoalan dihatiku terjawab..Alhamdulillah..

Apa sahaja yang Allah kurniakan pastinya ada KEBAIKAN...yakinlah duhai HATIKU... ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers