aduh adik lelakiku....II

subahanallah.....
Allahuakhbar...
Astaghfirullah..

ya Allah..
apa yang harus aku buat tika ini ya Allah..

adikku syg ***k

"salam dui..jdi cm na nem 2.."

( 7.38pm)

ya Allah..apa yang harus aku lakukan..
adikku sudah menagih janjiku..
seharusnya aku tidak meletakkan harapan padanya..

aku biarkan saja adikku..
dalam hati mengharap, dia memahaminya..
disusuli doa..

"ya Allah..berilah aku jalan keluar dari masalah ini..amiin..."

tanpa membalas mesej dari adikku, aku teruskan menonton filem "KBC special Ramadhan"..

adikku syg ***k

"dui jdi cm na..nama 2?"

(8.29pm)

-Astaghfirullah...ya Allah...apa yang harus aku lakukan..aku tidak dapat buat apa-apa melainkan hanya kuserahkan kepadaMU..apa yang harus aku lakukan ya Allah?? aku sama sekali tidak mahu membalas mesej adikku kerana aku takut kemarahanku ini membuat dia menjauhiku..
ya Allah...kuserahkan kemarahan ini kepadaMU ya Allah..marahku kerana MUNGKAR itu!!!!!-

-**k adikku, bukannya kakak tidak mahu membalas mesejmu dan bukannya tidak mahu menolong dia yang mahu memeluk agama Allah..tapi caramu salah dimata kakak **k..-

sekali lagi aku biarkan tanda tanya adikku tidak terjawab olehku..aku terus membiarkan mesej itu dan menonton semula KBC Special Ramadhan dengan harapan tidak ada lagi paksaan selepas itu..

adikku syg ***k

"dui cm na ni mau cri nama..mula ngan nur.."

(8.52pm)


Allahu Allah...
adikku ini..
-ya Allah..beri aku kekuatan untuk menahan rasa marah ini ya Allah..-

assabarul minal iman ya Haryati....
innallah ma'assabirin....
Astaghfirullah....

Musibah apa kali ini ya Allah...aku akan tetap bersabar ya Allah..

oleh kerana kredit talifon ku tinggal sedikit, aku terus saja menghantar "RQ25" kepada adikku sebagai tanda aku tidak dapat membalas mesejnya kerana kehabisan kredit..

maafkan diatas pembohonganku adikku...


adikku syg ***k

"adeh..jdi cm na la ni ah..aduh..sok dia p pjbat muis da.."

(8.58pm)


ASTAGHFIRULLAH!!!!!
ya Allah, ampuni kejahilan kami selaku hambaMU..
hanya ENGKAU yang tahu apa yang ada dalam hati hambaMU..
berilah aku jalan keluarMU ya Allah..
bukan aku tidak mahu membantu hambaMU untuk mengenal islam..
tapi terus terang ya Allah..
ianya diluar kawalanku...
Gadis itu masih dibawah umur ya Allah..
masih dalam tanggungjawab ibu dan ayahnya..

kalau saja itu terjadi diluar pengetahuan sesiapa,
terutama ibu dan ayahnya,
maka siapa yang akan dipersalahkan melainkan adikku..
itu yang sedang ingin aku elakkan..
cukuplah peristiwa dahulu yang begitu memalukan..
**k, sudah-sudahlah menconteng arang di muka mama dan bapa..
tidak ingatkah peristiwa dulu????
kerana sikap mu, bapa terpaksa menanggung malu untuk menghadapi segalanya di sekolah..
meskipun perkara itu diluar pengetahuan mama...
tidak serik-serik lagikah kau dengan segala perkara berat yang terpaksa mama dan bapa tanggung kerana sikap keras hatimu????

ya Allah...aku sungguh lemah untuk menghadapi ujianMU...
bantu hambaMU untuk keluar dari lingkaran masalah ini..

ASTAGHFIRULLAH...seharusnya aku tidak keluar dari masalah..sebaliknya berusaha untuk mencari segala macam penyelesaian..

maafkan kejahilan hambaMU ini..
mudahnya aku melatah untuk perkara sekecil ini dipandangan Allah...

berilah aku kekuatan ya Allah...
hanya kepadaMU tempat aku mengharapkan pertolongan...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers