rona roni bazar Ramadhan

alhamdulillah berbuka puasa dengan sederhana..

beli seketul ayam masak kicap
beli seketul ayam masak merah (untuk sahur)
beli RM2 sayur lodeh (makcik tu yg ckp sayur lodeh..)
beli RM2 air ABC..

sungguh pun sedikit mcm itu, sayur dan ayam masak merah masih tidak habis dimakan. Bukan kerana tidak sedap tapi kerana nafsu mahu makan kurang.. Oleh itu, merancang beli sayur sahaja hari ini dan air ABC/tebu.

kelmarin punya cerita.....entah..bagiku lucu..ada seorang budak tu (aku namakan A untuk membezakan watak), rasanya anak kepada puan yg jual air ABC tu. Usianya dalam 8, 9 tahun macam tu..mula-mula dia dan adik dia( aku namakan B-nampak budak sorang ni lebih kecil dari budak A tu..) tolong si abang untuk hancurkan ais. mula-mula rasa seronok tengok kerjasama mereka beradik. lama menunggu ABCku siap, aku memerhati gelagat c A. mukanya nampak tidak bermaya. hmmmm..mesti dia berpuasa..selang seminit, aku nampak c A ni pegang ais tu..tidak sudah menolong c abang dan c B..lama memerhati..c A ni perlahan-lahan duduk disebalik tong ais yang besar tu. hatiku hanya mampu tersenyum dan berkata
"kasian adik..ujian dik".. aku masih juga memerhati..tidak lama tu, c A ni tertunduk-tunduk..aku jadi penasaran untuk memerhati. terus memerhati..hahahahahahaha...rupanya c A ni masukkan ais tu dalam mulut..tidak lama lepas tu, dia angkat kepala dan meninjau-ninjau sekeliling, rasanya sedang mencari wajah2 yang melihat perbuatannya tanpa dia sedari aku yang sedang memerhati..pelbagai taktik c adik ini memasukkan air tu kedalam mulutnya..siap masukkan ais kedalam baju dan kepalanya turut sama masuk..apa yang terjadi, wallahualam..ABC sudah aku dapat...

-rasanya cerita ini tidak lucu dijadikan cerita dalam penulisan..almaklumlah, penulis cerita tidak berbakat..- ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers