tazkirah pagi bersama ustaz Zul.

aku kongsikan tazkirah pada hari khamis yang lalu iaitu hari kedua ummat Muhammad menunaikan ibadah Puasa.. bertempat surau hospital sri aman..

Bulan ramadhan merupakan bulan yang paling special dari bulan2 yang lain kerana keberkatan..
Bulan dimana Allah turunkan Al-quran..
MasyaAllah...rugilah hamba2 Allah yang menyia-nyiakan bulan Ramadhan ini..

Allah juga sediakan pelbagai pakej..dan pakej2 ini Allah himpunkan dalam satu bulan iaitu bulan Ramadhan..

manusia juga ada menyediakan pakej-pakej tertentu tetapi pakej yang manusia buat ini tidak adil buat semua manusia..kerana pakej yang manusia buat ini prinsipnya "siapa cepat dia dapat"

tapi pakej yang Allah beri ini, subahanallah..adil buat kita semua..yang penting kita MAHU atau TIDAK MAHU saja lagi..

antara pakej Ramadhan,

pakej keampunan,
pakej keberkatan,
pakej ibadah,
pakej utk dapat pahala
pakej masuk syurga
pakej rezeki...

dan ada satu pakej yang paling tinggi, pakej yang dicemburui oleh umat-umat lain,pakej yang tidak ada dalam bulan-bulan yang lain iaitu pakej LAILATUQADAR....subahanallah...pakej ini barakahnya umpama seribu bulan iaitu bersamaan 83 tahun 3 bulan keberkatan..

MasyaAllah beruntung siapa yang mendapat keberkatan LAILATULQADAR ini.

bila LAILATULQADAR ini terjadi???
kita kena ingat, Allah Maha berkuasa untuk menurunkan LAILATULQADAR itu pada bila2 masa sahaja. boleh jadi Allah menurunkan LAILATULQADAR itu pada hari pertama, kedua atau hari-hari lain..
tetapi ramai yang mengatakan LAILATULQADAR ini terjadi pada 10 malam terakhir dan yang paling ditekankan iaitu pada 27 malam terakhir. Wallahualam..

Al-Qadr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2)
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3)
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4)
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)

-mohon teguran-

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers