Ummu Ammarah

Nusaybah ibnu Ka'ab nama sebenar srikandi Islam ini dan mendapat gelaran Ummu Ammarah..
Subahanallah!!!!!!! ana sangat-sangat kagum!!!!!!

Sahabiyah yang ini..ana sangat-sangat kagum! Kamu tahu kah kisah Ummu Ammarah ini??


Inilah dia salah seorang daripada ahli Baiah Aqabah ke-2. Sejak awal Islam di Madinah lagi, Ummu Ammarah adalah yang antara wanita yan paling menyerlah kecintaannya pada Islam. Beliau antara insan yang bersungguh-sungguh dalam pendidikan dan latihan berlandaskan Islam kepada wanita-wanita di Madinah.


Jiwanya dipenuhi semangat jihad! Beliau begitu hebat di medan perang kerana beliau punya kepakaran dalam permainan pedang! Kepakarannya dalam pedang semasa Perang Uhud begitu mengkagumkan! Kata Rasulullah, Baginda dapat lihat Ummu Ammarah ini mempertahankan dan melindungi Rasulullah dari setiap arah!


Bukan hanya dalam Perang Uhud, Ummu Ammarah juga terlibat dalam Perang Hunain, Perang Yamamah dan juga terlibat dalam perjanjian Hudaibiyah! Hebatnya wanita bernama Ummu Ammarah ini!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers