BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.. Tuhan yg memenangkan islam diatas segala pakatan Ahzab dahulu dan hari ini. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan yang telah memberikan kepada kita keteladanan yang baik untuk kita harungi medan amal islami dan medan menabur kebaktian yang luas dan tidak bertepi ini..
(ayat dipetik daripada buku "cinta dilangit Gaza"- semasa meng"copy" ayat ini dari buku "cinta dilangit gaza", lantas ana teringat pesan seorang hamba Allah akhi arrabe, agar menulis siapa pemilik artikel atau kata2 yang kita ambil..kerana itu juga salah satu kasih sayang sesama manusia..tidak lupa pada empunya penulis..jazakallahu khairan khasira ya akhi arrabe..)


semoga apa yang dicoretkan dalam note ini tidak menimbulkan riak'. bimbang apa yang bakal dicoretkan ini membawa kepada perasaan riak..takut diakhirat nanti ana menjadi manusia yang muflis..semoga Allah melindungi ana dan kita semua daripada perasaan riak' ketika berkata-kata..mahupun dalam penulisan..
Astaghfirullah allazim...


(akhi As-Syahid Muhammad Tajuddin..syukran lillah ya akhi..)

Pengembaraan fizikal bersama "kekasihku" ~
cinta adalah fitrah,
cinta sentiasa mendampingi hati,
cinta adalah anugerah,
cinta sentiasa memberi kekuatan rohani..
tiada cinta bersama kemungkaran,
maka cinta haram dipinggirkan,
cinta bersama kemaksiatan,
jangan Allah yang di salahkan..
cintakan mata, tiada zina baginya,
cintakan hati jua, tiada zina bersamanya..
subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar!


sungguh mendalam maksud yang ingin disampaikan oleh hamba Allah ini sehingga ana ingin bertanya kerana kurang faham pada ayat "cintakan mata, tiada zina baginya..cintakan hati jua, tiada zina bersamanya"

alhamdulillah hamba Allah ini telah memberi penerangan yang membuatkan hati ini benar2 menyedari setiap kesilapan yang dilakukan..
sesungguhnya, kesedaran itu datangnya daripada Allah..dan ianya melalui perantaraan hamba Allah..


dan jawapan daripada hamba Allah itu..

ya ukhti Haryati..

andai ana menyintai mata ana, apakah ana akan membiarkan ia dibakar dengan api neraka? apakah ana akan membiarkan ia dialirkan dengan air yang mendidih dari api neraka? astaghfirullah..nauzubillah.....

maka..apabila ana menyintai mata ana, maka ana akan menjaga ia dengan baik..tidak melihat wanita yang haram bagi ana..tidak melihat perkara yang haram...

dan..memandang pada perkara yang baik..melihat wajah kedua ibu bapa tersayang, melihat wajah "wanita" yang dirindui...melihat kaabah..melihat ayat Al-Quran..dan lain2..subhanallah..

ya ukhti Haryati..

andai ana menyintai diri, maka ana akan menjaga hati..kerana hati adalah "ibu" kepada segala2 nya amal atau perbuatn pada diri..

andai ana menyintai hati, apakah ana akan membiarkan ia mengingati hal haram bagi ana? apakah ana akan membiarkan ia merasai hal haram bagi ana?...

nauzubillah..maka, ana akan jaga hati sebaiknya..andai hati sentiasa berdamping dengan cinta pada Allah, maka itulah cinta yang hakiki...subhanallah..itulah tanda cinta pada hati, cinta pada diri..subhanallah..

ya ukhti Haryati..

zina adalah melibatkan amal (perbuatan) yang haram..

maka...andai cinta pada mata, jauhilah mata dari berzina.....

maka..andai cinta pada hati, jauhilah hati dari berzina..insya Allah, diri akan sentiasa di sinari Nur Ilahi..amin ya rabbi..""""""


amiin ya Allah..amin ya Rabbal Alamin..jazakallahu khairan khasira akhi..
semoga ianya bertambah manfaat bila ana menulisnya kedalam teratak ini..
tinta ini ingin dikongsikan kepada rakan2....nawaitu lillahi ta'ala..


subahanallah...Alhamdulillah...Allahu Akhbar!!!!


ana asif Mza..ana copy untuk dimasukkan kedalam teratak ana..

(Muslimah Mza) sesungguhnya bayangan seseorang ajnabi pd hati,merupakan salah satu jenis zina iaitu zina hati. Semoga ALLAH menguatkan jiwa dan hati kita semua agar terhindar dr segala kemaksiatan dan kemurkaanNya...insyaALLAH...

akhirul kalam..semoga kita sama-sama menjaga kesucian hati yang telah Allah berikan..
menjaga mata dan pandangan (hati) kita dengan sebaiknya..


ya Allah,
hamba mohon keampunanMU..
sekiranya teratak ini menimbulkan rasa riak' dalam diri hamba..
sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui setiap apa didalam hati ini...
sedangkan hamba tidak mengetahui walaupun ianya dalam tubuh hamba..
ya Allah...
perbetulkan niat hamba selalu..
niat yang hanya kepadaMU, keranaMU..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers