cintaku untuk agamaku bukan untuk diriku


terima kasih buat kakak yang memberi nasihat, Asmah Juning. nasihat ini akan saya simpan selamanya..


"terkadang kita perlu memilih, menilai mana yang terbaik untuk kita. terkadang kita perlu bertanya demi kepentingan diri. terkadang kita perlu menolak kerana keserasian wujudnya tiada. terkadang kita perlu tegas kerana cintaku untuk Agamaku, bukan diriku!!"

maafkan aku akhi, jagalah agamamu dahulu sebelum menjagaku. kalau agamamu pun belum mampu kau jaga, inikan pula mahu menjagaku kerana aku ini jahil tentang agama dan sedang berusaha untuk mencarinya.

semenjak kesedaranku bahawa tiada istilah couple dalam islam, tidak pernah lagi kuzahiri cinta dihati ini melainkan untuk hamba Allah bernama Suami..

akhi,maaf kerana aku sungguh tidak menyukai caramu berta'aruf denganku.
caramu itu akan mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini.
hati ini rasa terganggu dengan caramu..
caramu menampakkan siapa dirimu sebenar..
Bukankah kau telah mengkajinya dalam majlis−majlis kajian Al−Qur’an yang biasa kau ikuti setiap hari di sana.
Di mana pengamalannya selama ini??
kau mengetahui batas-batasnya bukan.

ingat akhi,
syaitan itu tidak pernah berdiam diri!!

usah kau mencuba memberi salam perkenalan kerana aku TIDAK akan melayanmu.
TIDAK sama sekali..

maaf akhi...


Aku ingin menjadi bunga segar
Yang mekar mewangi di taman
Ingin dipagari duri-duri tajam
Agar tiada yang berani menyentuh apatah lagi mendekati
Tanpa sebab yang menghalalkan..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers