Hujung minggu aku hanya berada dirumah. Bersama Alice, Yong, Devy. Teman serumahku. Meskipun perbezaan akidah yang ketara, ianya tidak menghalang aku untuk membina ukhwah bersama mereka. Sesuai dengan firman Allah ;

"ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia"
-surah al'imran : ayat 112-

selama bersama dengan mereka, mereka cukup menjaga hak aku sebagai muslim. Bermula dari soal makan, minum, solat dan banyak lagi.

Petang ahad selepas dari bazar, aku membuka tudung labuhku dari kepala dan memakai tudung biasa yang lebih kecil dari tudung labuhku sebelum keluar dari bilikku kerana jika berhadapan dengan wanita bukan Islam yang boleh menimbulkan fitnah atau yang tidak dikenali latarbelakangnya, maka auratnya adalah seperti apabila berhadapan dengan lelaki yang boleh dinikahinya.

aku membuka rancangan 106 oasis. Kebetulan cerita Dahsyat 13. Ianya berkaitan akidah kita sebagai seorang muslim.

Devy : yati, apa tu syirik?

Subahanallah...aku tidak bersedia untuk berdiskusi tentang agama kerana aku masih jahil. Istighfar memenuhi ruang hatiku, meminta pertolongan hanya pada Allah.. Subahanallah, bila kita serahkan segalanya pada Allah, Allah memberikan aku ilham untuk menjawab pertanyaan Devy.

yati : syirik tu maksudnya menduakan Allah atau meminta pertolongan kepada jin atau yang sewaktu dengannya selain daripada Allah. Contohnya mcm ni, kita mau memikat hati seseorang tapi orang tu nda suka sama kita dan kita pun guna bomoh untuk menarik hati dia bukannya meminta pada Allah.

Ya Allah, kalau saja penerangan aku itu salah, maafkan kejahilan hambaMu ya Allah..aku akan berusaha untuk mentelaah ilmuMU..

aku berkata lagi,
"kami orang islam memegang satu akidah iaitu "tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah" sambil jari telunjuk aku tegakkan.

tiba-tiba Devy bertanya lagi,

Devy : yati, kalau kamu ba, nda kubur sama2 keranda kan? tapi kenapa yang dipertuan Agung ada keranda pula?

Allahu Allah..

Yati : oh yang dipertuan agung kena kubur sama2 keranda ka? nda pula saya tau devy. Tapi saya ambil kisah abang sepupu saya yang askar tu. dia meninggal lepas tu istiadat pengkebumian dia anggota askar yang buat dan memang jenazah abang sepupu saya di kasi masuk dalam keranda dan dikubur sama2 keranda. tapi dalam keranda tu diisi dengan tanah juga. memang penuh tanah la..mungkin yang dipertuan agung pun macam tu juga. ya, mesti dorang kasi masuk tanah juga tu kalau betullah ko cakap memang dikubur sama2 keranda

Devy : oh macam tu..

aku sambung lagi,

"kalau orang islam, sama saja pakai kain kapan kalau meninggal lepas tu muka simati ni dirapatkan diatas tanah."

tiba2 Devy pula tanya pada kawan kami seorang ni..

Devy : alice, kalau orang cina kena bakar kan??

Alice : aok la..(acu tak acu ja jawapannya)

Devy : lambang kakayaan ba kan kalau kena bakar??

alice hanya mengangguk..

aku pula menyoal

yati : alice, memang kena bakar ka?

Devy yang tolong jawab sebab alice tidak berminat bila cakap soal agama.

Devy : iya betul tu yati. ko tau ka kos bakar mayat tu berapa? 30 ribu..ada lebih dari itu lagi.

akhirnya alice menyampuk..

Alice : iya betul lah. lagipun abu mayat tu disimpan d tempat khas bah. tempat dia tu bukan murah. cara bakar pun bukan sembarang.

Yati : kenapa macam tu?? apa rasionalnya agama kamu membakar mayat?? tidak tersiksa ka?? kalau dia jahat, macam mana? belum rasa api neraka, sudah dibakar didunia..

ketawa devy meledak..aku masih lagi dalam persoalan. Kenapa sampai begitu mereka lakukan demi mengejar nama?? sekejam itukah??

Alice masih lagi dengan wajah selambanya. Tidak terkesan langsung pada pertanyaan aku yang aku kira sungguh membuat seseorang marah.

sepi seketika..

Devy : yati, Allah tu tuhan kamu ka? sama ka macam kami yang ada Yesus, anak tuhan dan roh qudus?

Allahu Allah....lantas syahadah itu aku ulangi...

Yati : ya Allah itu tuhan kami..tapi tidak sama macam tuhan kamu. kami hanya ada satu saja tuhan.

Devy : alice, kamu lagi la banyak tuhan kan?? dewa kekayaan, dewa kedamaian, dewa kejahatan...hahahahahaha

Devy mengajukan soalan pada alice seraya ketawa. aku hanya mampu tersenyum..

Alice : iya..ada macam2 dewa...

Devy : dewa cari jodoh pun ada kan??hahahaha

yati : oh yang macam di tV tu ka..yang kasi goncang2 botol lepas tu keluar satu kayu macam batang aiskrim..lepas tu ada la konon cara2 untuk bertemu jodoh??

aku pantas memotong dengan penuh keyakinan untuk bertanya kembali..

Devy : iya..mcm tu la tu yati. mcm dalam cerita shoolin tu. budak nakal tu kasi kawin ayam sama itik, itik sama kucing..betul2 tekawin o..hahahaha

diam sejenak...

Devy : yati, kalau kamu ba..lepas mati pegi mana??

MATI...meremang bulu tengkukku mengenangkan matiku nanti..husnul khatimah atau suul khatimah??

Yati : kalau kami yang beragama islam, yakin dan percaya selepas meninggal seseorang dan sudah dikebumikan akan ada soalan dari Munkar dan Nakir. selepas tu, ko percaya yang dunia ini akan kiamat kan??jadi kita semua ini akan dihimpunkan untuk dinilai amalan kita didunia.

Devy : jadi, kita sama2 juga la tu kan? kita jumpa la artis-artis tu kan?jadi, macam mana yang dari negara2 lain, bejumpa la tu kan?

ada riak keseronokan diwajahnya..Kenapa aku tidak mampu menduga riak wajahnya.

Yati : tiada lain yang ko fikir melainkan ko fikir diri ko sendiri saja masa tu devy. masa itu amalan kita kena nilai.

belum habis aku bercakap, Devy sudah memotong kataku..

Devy : yati, macam mana kalau amalan dia 50 50? macam mana la tu? syurga atau neraka?

Yati : wallahu'alam -hanya Allahu yg tahu- tapi saya mau bagi tau ko sesuatu..contohnya, tlfon saya ini saya gunakan untuk beribadah, saya kasi masuk nasyid2, surah2..insyaAllah diakhirat nanti ianya boleh jadi penolong saya macam yang ustazah saya pernah cakap. lagi satu, dosa mengumpat. besar dosa dia..contohnya saya umpat kak atik, separuh dari pahala saya kena transfer pegi tempat kak atik dan separuh dari dosa kak atik transfer pegi tempat saya. jadi itu pun boleh menjadi saksi nanti diakhirat sama ada kita ini neraka atau syukra.

Devy : oh mcm tu..jadi membantu juga la barang2 kalau kita guna untuk kebaikan ni..

Yati : insyaAllah devy..

Devy : insyaAllah..

pekat sedikit bunyinya bila Devy mengucapkan kalimah itu.

Yati : devy, mau dengar kisah ka pasal ada seorang budak ni bertanya..Kalau Allah itu maha Penyayang, kenapa Allah cipta Neraka?

Devy : iya...mau..kenapa macam tu ar??betul juga soalannya.

Yati :
Renungan untuk kita bersama

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda lasetelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, ..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang? Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan lulus percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu baik. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?; tanya ustaz.

Ahmana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.. rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Walahualam bisowab

Devy : iya kan..betul tu..hehehehe

Yati : jadi, apa saja yang Allah bagi sama kita ni adalah adil buat kita kan..


aku dan devy hanya tersenyum...


Alhamdulillah ya Allah..


3 comments:

  1. subhanallah..mmg menduga..tapi,bguslah sbb nur boleh menjawab prsoalan tu..sy pun pernah ditanya oleh seorang lelaki india..dia ckp dia minat islam,tapi dia takut sbb dia masih di bawah jagaan family..time tu dia baru tingkatan 4..dugaan kan?moga nur dapat jadi contoh buat devy and alice..

    ReplyDelete
  2. ckin : ana takut penerangan ana ini salah. lagipun ana jarang dan amat jarang berdiskusi tentang perbandingan agama ni. baru sedar bahawa pentingnya ilmu dalam berkata-kata..kalau ana ada buat salah silap, mohon teguran ya..insyaAllah ana akan sentiasa menunjukkan contoh muslim yang baik.

    ReplyDelete
  3. insyaAllah kalau ada apa2 nak tanya kan ramai yg tahu..blajr kan?..hehe boleh punya..kalu dia msuk islam,pahala utk nur berganda tau..

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers