coretanku...


(dari note (FB),5 July 2010..tidak ada apa2 lagi yang mahu ditulis melainkan copy paste dari note lama...)














Hari ini (27.06.10)
Sahabatku
Dayang Arifah Fatihah
Terbang ke bumi asing Pahang
untuk menimba ilmu Allah…
Syariah dan Undang2…
insyaAllah juga bakal menjadi hafizah..


Hari ini (28.06.10)
Sahabatku
Nasita Badurun
Bakal menjadi pendidik..
Amanah yang harus dipikul untuk menebarkan risalah Allah
Maktab menjadi pilihan...
Jauh dibumi Allah yang penuh pancaroba..
Kuala Lumpur..


Hari ini (03.07.2010)
Sahabatku
Suriawati Abd Rashit
Memulakan hidupnya di dunia kampus..
Walaupun dekat untuk melepaskan rindu..
Cukup membuatnya bahagia
UMS telah Allah takdirkan untuknya..
Bakal menjadi kaunseler muslim yang mukmin..
insyaAllah..


dan aku???
Berada di bumi kenyalang..
Berada di pejabat..
Berada di dunia yang tidak aku ingini..
Meskipun tugasku tidak membebankan,
Meskipun berada dalam tempat yang dingin,
Meskipun tiap bulan Allah janjikan rezeki yang tetap,
Astaghfirullah….jangan kau kufur nikmat!!!!! Duhai Hati..


Dari lubuk hati yang dalam,
Tersembunyi rasa iri di hati.
Seakan mahu menangis..
Seakan mahu menjerit..
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Terasa pilu dihati.
Terasa menusuk kalbu.
Ter
asa menikam jiwa.
Terasa membunuh rasa.
Bukankah itu impianku?
Sungguhpun bukan jurusan itu..
Sungguhpun bukan university itu..
Sungguhpun bukan ditempat itu,


tapi impianku ingin menjejakkan kaki ke mana2 institusi..

ingin sangat bergelar mahasiswi..
ingin sangat mengenal dunia kebangaan ramaja..
ingin sangat menjadi kebanggaan orang kampung..


Sedih sebenarnya…
aku mahu,
tersangat mahu,
aku ingin…
tersangat ingin…
hatiku meronta…
hatiku memaksa..
hatiku bersedih..

ku pujuk hati dengan tarbiah dari Allah

assabarul duhai hati…
Allah mahu menjagamu dari dunia yang penuh pancaroba,
Allah mahu melindungimu dari dunia yang penuh godaan,
Allah mahu memeliharamu dari dunia yang hanya sementara ini,
Allah mahu menjaga hatimu dari cinta di dunia kampus..
Allah mahu melindungi imanmu dari pesona dunia kampus..
Allah mahu memelihara dirimu dari tergoda dunia kampus..
Kerana Allah tahu kau tidak cukup kuat berada disana…
Allah mengetahui mana yang terbaik untukmu..

Kupujuk lagi hati ini…

la tahzan duhai hati…
bukankah dengan pekerjaan ini,
kau dapat membantu,
kau dapat membina rumah,
kau dapat kebahagiaan,
kau dapat kasih sayang,
kau dapat ujian,
kau dapat semangat,
kau dapat itu dan ini…
semuanya kau dapat…
pergi kemana sahaja pasti kau dapat
semuanya dari Allah

nikmat Allah mana lagi yang mahu kau dustakan duhai hati??

Tidak cukupkah dengan apa yang Allah berikan??
Tidak cukupkah dengan perlindungan yang Allah berikan??
Tidak cukupkan dengan penjagaan yang Allah berikan??

Ya Allah..
Aku ini
hanya tahu mengeluh pada kesenangan,
hanya tahu kecewa pada kebahagiaan,
hanya tahu bersedih pada kegembiraan,
hanya tahu menangis pada kedamaian,
hanya tahu berduka pada keseronokan..

duhai hati,

adikmu lebih memerlukan..
abangmu masih belum mempunyai apa-apa
kakakmu perlukan pertolonganmu
selayaknya kau berkorban untuk mereka..
selayaknya kau berjuang untuk mereka..

ibumu lebih memerlukan,
ayahmu perlukan sokonganmu
tidak ada yang mampu membalas jasa mereka

semuanya memerlukanmu duhai hati…
sungguh sangat memerlukan..
walaupun terkadang kau lemah tidak berdaya..

tapi....


(sambungan dalam note FB)

2 comments:

  1. Salam ziarah yati...

    shbt..terkadang bnyk yg kita inginkan tidak kita dapatkan..krn Allah tahu apa yg terbaik utk kita..berbaik sangka la padaNya..siapa tahu di depan sana nanti ada sesuatu yg Allah janjikan buatmu..tenangla..hadapi hidup ini dgn syukur..

    ReplyDelete
  2. salam penuh kebahagiaan atas ziarahnya su...

    syukran su..ana akan sentiasa lebih mensyukuri nikmat daripada menghitung-hitung nikmat...

    syukran atas nasihat su..nda sabar mau berjumpa...

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers