:: Untuk Diri Ini dan Kalian Semua ::

Nak tahu?? ini dating pertama adik kesayanganku bersama suaminya. Alhamdulillah berjuta syaitan menangis melihat hubungan halal ini. Bukankah ini yang kita inginkan?? Mereka di ijabkabulkan pada 19/12/2010

Awal ke adik ni kawin??

Tidak apa adik.. Jangan kisah orang kata apa. Kita ikut syariat insyaAllah. Dibandingkan dengan mereka yang bercouple sakan tu. Awal-awal sudah buat maksiat. Macam mana la nak bina rumahtangga kalau lantainya saja sudah penuh dengan maksiat.
-----------------------------------------------------

(sweetnya adikku bersama suaminya..dating pertama ditepi pantai..)

~ buat yang dating sakan time ber"kapel" tu, pasti tidak kau rasai betapa manisnya dating bersama orang yang kau cintai. Tidak ada manisnya lagi sebab selalu keluar bersama. Rapat2 lagi. Kasihannya. Sedih aku melihat sahabat-sahabatku yang merosakkan lantai rumahtangga yang mahu dibina T_T. Nasihatku, kawen la...hehe~

---------------------------------------------------------------


Bila yakin telah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna...

---------------------------------

Didedikasikan khas: 

Buat diri-diri yang masih sendiri, bersabarlah anda. Yakinlah di sebalik keseorangan itu punya hikmah yang hanya Allah saja mengetahuinya. Meski waktu terus berlalu, namun tak bermakna yang penantian itu adalah sia-sia. Saat perjalanan dalam kehidupan ini adalah pencarian hakikat diri. Justeru, gunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk memuhasabah , mentarbiyyah, dan memperbaiki diri, moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu. Bersabar dan berdoalah moga diperteguhkan iman sehingga saat itu tiba. Yakinlah dengan ganjaran Allah di SANA nanti. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat diri kita. 
 +++++++++++++++++++++

(adik di hari bahagianya..hari bersedihnya para SYAITANLAKNATULLAH)

Buat diri-diri yang telah berpunya dalam erti kata yang sebenar, telah menemui teman seperjalanan dan buat bakal-bakal pasangan yang akan mendirikan 'masjid', tahniah diucapkan. Moga bahgia hingga ke akhirnya. Bersyukurlah kiranya anda dipertemukan dengan sang pendamping untuk saling melengkapi diatas redhoNya. Syabas juga diucapkan kiranya hubungan yang halal itu telah menjadi benteng hawa nafsu, bakal melahirkan mujahid mujahidah sejati, meramaikan umat Muhammad penerus generasi rabbani, yang berpaksikan samara (sakinah, mawaddah wa rahmah). Biarkan syaitan-syaitan itu menangis di atas terbinanya sebuah hubungan cinta nan suci dalam rahmat Ilahi. 

+++++++++++++++++++++++


( Tinggalkan cinta yang membuatkan syaitan tertawa!!!!!! )

Buat diri-diri yang masih berstatus kabur  (in relationship/ its complicated?) , muhasabah kembali diri anda, adakah anda benar-benar telah yakin untuk meneruskan perhubungan itu? Adakah anda mampu untuk menunggu hingga tiba saatnya perhubungan itu diiktiraf halal dengan lafaz ijab dan kabul tanpa melanggar syariatNya? Ermm, fikir-fikirkan. Bagaimana untuk membina sebuah rumah yang teguh andai tapaknya saja sudah tidak kukuh? Wahai diri-diri, jangan dikau terpedaya dengan cinta palsu yang menipu itu. Cinta yang hanya membuatkan syaitan tertawa suka, kerana telah berjaya menyesatkan anak adam. Hingga terkabur mata, dinampakkan yang haram itu halal dan indah belaka . Justeru, sedarlah wahai diri-diri, kembalilah kepada pencarian hakikat diri, moga di situ kan kau ketemui cinta hakiki miliknya Al-Khaliq, kerana itulah sebenar-benar CINTA. 


Wahai wanita solehah,jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan,lirikan senyuman,pada bicara manja dan mengoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya,InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.





bagi mereka yang COUPLE, adakah kau yakin dia yang tercatat untukmu di Loh Mahfuz??
tidakkah kau yakin pada pilihan yg telah Allah berikan untukmu seperti yg tercatat di Loh Mahfuz?

-dari ana, satu kata2 la..."aku hanya beruntung jika memiliki dia dengan nikah, bukan dengan hubungn kapel yang memang tidak menjamin imanku ditingkatkn" jadi jangan sedih jika kamu jatuh hati pada seseorang tapi dengan rela menahan cinta itu hanya kerana Allah. jangan luah cinta itu pada si dia, kerana itu akan mengundang fitnah kecuali kamu serius menikahinya...cukuplah tertahan dalam hati..
renung2kan,fikir2kan..

-ingatan khas buat hatiku-


"If you want to build a faithful family,you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us. In every family that stands until their dying day,they have Allah on their side!"

********************

Untuk si dia,

Terima kasih ana ucapkan. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita bersama dalam usaha membina masjid mengikut syariatNYA. Yakinlah tulang rusuk tidak akan tertukar. Andai ana adalah jodoh yang telah tercatat di loh Mahfuz untukmu, insyaAllah tanpa kau pinta pun ana sendiri akan datang kepadamu. Tetapi, andai saja kita tidak ditakdirkan untuk bersama.. YAKIN lah pasti ALLAH sediakan untukmu seseorang yang lebih baik dari ana.

Walaupun ana langsung tidak mengenalimu, tidak pernah bertemu denganmu tapi jangan kau lupa bahawa SYAITAN LAKNATULLAH itu tidak pernah berdiam diri untuk menghasut kita sebagai hambaNYA yang sangat lemah dan penuh dengan kealpaan.

*********************

Jom berdoa... ^_^


 Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

(klik on the pic..ada doa ^_^)

6 comments:

  1. adik dah menikah? awak bila lg? ^_^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sds : insyaAllah akan menyusul..semoga Allah permudahkan ^_^

    ReplyDelete
  5. salam,ucpn thniah utk family saudari..
    moga diberkati Allah masjid yg dibina..ameen

    ReplyDelete
  6. thnx kak...
    sgt terharu..he
    smoga akak pn bgtu..k...^^

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers