* Telekung vS Aurat *

(copy from my note ^_^)

semalam tengah asik melayan zikir munajat,
mindaku diketuk.
aku ternampak telekungku yang tersidai di ampaian khas.

satu persoalan muncul diminda keringku.

TELEKUNG vs AURAT...
mana yang penting??
persoalan ini mungkin bagi anda tidak ada apa-apa.
mungkin anda kata (bukan awak-awak yang baca note ni ya , saya tahu awak baik)
"BANYAK LAGI ISU BESAR, ISU AURAT vs TELEKUNG NI JUGA AWAK NAK BANGKITKAN."
saya jawab, tak apa..
saya nak buka minda ja.

seterusnya
kucuba tampil memberi sedikit buah fikiran untuk kita hayati.
semoga ianya memberi sedikit ruang untuk kita terus mencari..
dan untuk kita berfikir.

sebelum itu,
saya bukanlah berilmu terutama bab-bab agama ni.
tapi insyaAllah, saya sedang berusaha untuk mengamalkan islam secara menyeluruh.
tak nak ambil separuh dan buang yang tidak sesuai dengan kita.
dan semua itu hanya berhasil bila kita benar-benar berusaha kearah itu.
oleh itu, saya sangat perlukan kalian sebagai saudara seakidahku.
membantuku mengenal dan mempelajari Agama Islam,
satu-satunya Agama yang menjamin SYURGA.
menasihatiku dan mengingatkanku..
kerana aku ini hamba Allah yang tidak lepas dari melakukan dosa.
dan sering melakukan dosa!!

maaf,
kembali kepada topik yang ingin saya utarakan,

kefahaman bahawa apabila hendak solat perlu memakai telekung dikalangan wanita perlu dijelaskan.
Yang sebenarnya bukan perlu memakai telekung, tetapi perlu menutup aurat.
Memakai telekung semestinya menutup aurat,
tetapi menutup aurat tidak semestinya dengan telekung. (akhi suhili)

oh ya..
sebelum tu, saya mahu selitkan sepotong hadis tentang aurat ni ^^

Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang nipis. Rasulullah bersabda
"Wahai Asma', sesungguhnya seorang perempuan apabila sampai umur Haid, tidak boleh dilihat daripadanya melainkan ini dan ini, lalu baginda mengisyaratkan ke Muka dan dua tapak tangan." Hadith ini diriwayatkan dari 'A-isyah r.'anha. Al-Albani di dalam Soheh Abi Daud menSOHEHkannya."

kaum hawa,
jelas sudahkan dimana aurat kita?
seluruh tubuh kita ini adalah aurat.
kecuali MUKA dan TAPAK TANGAN.
sekarang lihat tubuhmu?

kakimu?
hmmm...nak sentuh sikit berkaitan kaki ni..
(perkara ni yang paling diambil ringan. tak pakai stokin)
stokin ni pun sama juga.
stokin ni tidak wajib. tutup aurat tu yang wajib.
tapi, kalau kaki dah terdedah,
jalan penyelesaian untuk menutup aurat itu ialah memakai stokin.

persoalannya,
adakah ianya sudah ditutupi??
TEPUK DADA TANYA IMAN.
saya tidak mampu menjawabnya.^^

hmmm...saya tersasar lagi.
ok back to the topic,

Ciri-ciri pakaian muslimah:

a) Menutup aurat
b) Tidak ketat membentuk tubuh
c) Tidak nipis
d) Tidak dipakai untuk menunjuk-nunjuk
e) Bukan pakaian untuk berhias-hias/tabarruj
f) Tidak menyerupai bukan Islam. (sahabat FB juga. copy^^)

banyak lagi sebenarnya...
cuma, rasanya cukup itu.
dan kalau mahu tahu lagi,
saya jadikan itu sebagai homework anda.
teruskan mencari ye^^..

Satu soalan untuk para muslimah:
Adakah pakaian yang anda pakai sekarang ini atau kemana-mana sesuai untuk dibawa ke solat, dan bertepatan dengan ciri-ciri di atas? Sekiranya masih tidak boleh dibawa untuk mendirikan solat, maka maknanya anda masih belum menutup aurat dengan sebaiknya dan aurat anda masih terdedah. Wallahu 'alam.

jom kita membuka minda^^
semoga mindaku, akalku, hatiku sentiasa terbuka untuk mengenal ISLAM
Amin ya Rabb.

Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”

Skrip biasa, terutamanya di shopping complex^^
Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat! Begitukah?

Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:
* Yakin telah masuk waktu
*Menutup aurat
* Mengadap kiblat
* Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
* Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
Tercari-cari juga, tiada pula dalam list – Wajib memakai telekung. Jadi, wajibkah?
Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.” [ Al-Hajj : 7]

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis.
Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.

Telekung cuma adat, bukan syarat.

Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian atau di ofis, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.



*sekiranya note sya ni ada kesilapan..
saya akui kekhilafan saya..
mohon diperbetulkan ya^_^

saya sentiasa teringat pesan sahabat saya,
ct nur asyrafiah..
"yati, kalau nak jage aurat betul2 jangan alang-alang. stokin kaki tu pakailah dan stokin tangan juga"

ummu aiman
"yati, jage aurat tu sebab ada sesetengah ajnabi boleh mengenali hanya dengan melihat diri kita. tapak kaki kita ni ada makna tersendiri. tangan kita ni pun ada makna juga"

ct..syukran sahabatku^^
ummu..alhamdulillah...saya mahu terus istiqamah untuk tutup aurat!!saya masih ingat ilmu yang kamu turunkan tu^^


2 comments:

  1. Rmi yg keliru tntg aurat nih..ad yg berpendapat pki tudung 2 sja da mnutup aurat, tp bhgn lain msh terdedah...

    ReplyDelete
  2. Assalammua'alaikum warahmatullah ukhti..

    Ya,setuju.Yang pentingnya adalah menutup aurat.Ana mahu menulis mengenai artikel mengenai hal ini juga,namun masih tidak berkesampaian sampai sekarang.Mungkin kesibukan melalaikan ana.

    Sependapat dengan ukhti.Selagi kita masih rasa tidak boleh menggunakan pakaian yang sedia ada untuk bersolat,bermakna masih tidak lengkap penutupan aurat itu.

    Jika mana yang sudah selesa untuk menggunakan telekung,apa salahnya sentiasa membawa telekung itu ke mana-mana.Apalah guna bergaya dengan beg tangan yang mahal-mahal jika tidka mampu mengisi telekung yang anda selalu guna itu.Alasan berat dan menyusahkan adalah sangat tidak relevan!Jika begitu,pakailah yang menutup aurat,senang kan..

    Ingat,Islam tidak pernah menyusahkan umatnya.Kadang-kadang kerna pemikiran kita yang terlalu banyak mempersoal itu yang membuatkan kesusahan itu menjadi lebih susah..

    wallahua'alam

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers