:: Sanah Helwa Haryati ::


Assalammualaikum w.b.t


Ya Allah... Setelah beberapa hari membiarkan teratak usang ini penuh debu, hari ini dengan penuh semangatnya saya datang membawa hajat yang besaarr buat teratak tautah hati ^_^

cheyyyyyyyyyyyyyyyyyyy...

Apa tu?? Apa tu??


Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk sampai ke bulan yang penuh rahmat ini. Ramadhan Almubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Setelah 7 hari berpuasa, entah apa amal yang telah berjaya saya kumpul untuk bekalan menuju akhirat kelak.

Terasa sangat diri ini terlalu lalai dengan ujian dunia yang sementara. Kerap diri ini diuji dengan pelbagai nikmat dunia yang pada hakikatnya hanya sementara. Kerap juga keinsafan itu menyinggah tetapi hanya dihujung lidah. Tidak ada tindakan untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. 

Astaghfirullah 

Kuluahkan rasa hati pada sahabat tercintaku. Ini balasannya ;-

Sahabatku,,
Janganlah kita GELISAH atas kesalahan & dosa yg telah kita buat. Selagi kita masih punya keinginan untuk memperbaiki diri, menyesali dosa yg telah dilakukan serta berjanji tidak ulangi lagi. Mari bersegeralah kembali ke jalan-Nya. Jalan yang diredhai-Nya. "Dan Allah yg Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang."(QS Al-Baqarah 160)


Syukran sahabat. Nasihat ini menjadi satu semangat untukku terus memperbaiki diri yang sering lupa, lalai dan alpa pada nikmat yang Allah berikan.

Alhamdulillah ya Allah..

Hari ini, 7 Ramadhan 1432H bersamaan 7 Ogos 2011M.

Esok, 8 Ramadhan 1432H.

Itulah tarikh kelahiranku dalam tahun Hijrah. 8 Ramadhan 1410H. Genaplah usia hamba 22 tahun. Subahanallah. Syukran ya Allah untuk nikmat usia yang telah engkau berikan ini. Tiada daya hamba untuk bertahan selama ini melainkan dengan kekuasaanMU semata-mata.

~Sanah Helwa Haryati~

1 comment:

  1. selamat hari lahir haryati juning ariffin..semoga sentiasa diberkati & dirahmati Allah swt...:)

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers