:: Menu Buka Puasa ::





Masa-masa senggang bermula. Laporan sudah disiapin, claim-claim staff sudah diberessin, dan sekarang ini masanya untuk gue on9 gitu loh.


~ishhhh, apa ni sepiking inDon. Malay plesss~

Hey... suka ati aku la mau omong inDon ky, Malay ky, atau apa'an. Belog gue bukannya elo..
--------------------------------------------------

Iklan sebentar tadi (diatas) dilakonkan oleh watak-watak dalam senetron Gila-Gila Gitu Lo.. Pengarahnya tuan punya belog. Haha. 

Astaghfirullah, petang-petang begini mulalah aku menjadi 'gila-gila'. Kebosanan tiada kerja kali ya. Oooooo... Kenapa tiba-tiba aku jadi seorang yang cakapnya kaya bahasa 'jiran' kita di sumatera gitu. Adoiiiiiiiiiii..

Adakah ini penyakit baru yang menjangkiti diriku?


Ha... semalam tengok tV inDoPek. Mula-mula tidak tau pula pasal channel tu. Tapi sahabatku orang sabah tapi kerjanya di Semenanjung yang memperkenalkan channel tu sama saya. Si Ajahar namanya. Haha.

Lepas tu, aku suka tengok cerita Para Pencari Tuhan. Nga' akan bosan nonton filem itu. Ceh, bahasa gue tunggang langgang. Dari tahun 2009 lagi filem itu menjadi keminatan aku. Kalaulah ada cD, pasti akan aku beli. Sungguh santai penyampaiannya. InsyaAllah, sangat mudah untuk kita fahami.

STOP!!!!!!!!!
Tajuk entry lain, isinya lain. Inilah namanya kuih salah bikin! Haha.

Alhamdulillah hari ini sudah hari ke8 ummat Islam berpuasa. Mesti sudah pelbagai menu yang telah menjadi hiasan dimeja makan kan kan kan? Ada yang beli dibazar, ada yang masak sendiri, ada yang dapat dari jiran sebelah dan macam-macam ada.

Apa pula menu buka puasa saya? Mmmm Kak Syuhada termasuk dalam entry kali ini. Kenapa dia perlu turut serta? Haha sebab kami serumah dan semeja makan.

"Apa pula menu buka puasa yati dan syuhada?"

Alhamdulillah, kami masih diberi nikmat makanan yang sedap-sedap dan menyelerakan. Masih lagi mampu membeli makanan yang enak dibazar-bazar. Terfikir juga, bagaimana pula saudara-saudara seakidah yang lain yang tidak berkemampuan? Semoga Allah mengangkat darjat kita disisiNYA. Amin Ya Rabb.

Hari pertama dan hari kedua, kami masih lagi ada pilihan untuk beli makanan apa dan minuman apa. Tapi masuk hari ketiga dan sampai ke hari ini dan mungkin juga untuk seterusnya, kami masih berfikir-fikir mahu makan apa. Kalau diikutkan, di bazar tu terlalu banyak pilihan tapi ada saja yang tidak kena. 

Ehem, kami bukan memilih ok! Kami ni tidak cerewet pasal makan. Buka posa dengan meggi pun ON saja! Tapi, kalau hari-hari meggi pun bosan juga kan >_<. 
(Kedapatan selalu makan meggi)

Dan hari ini, entah apa menu yang menjadi pilihan kami.

Belanja Berhemah ^_^

RM10 / Hari 
(untuk 2 orang, kalau bertiga pun insyaAllah cukup ^_^)

Ayam / Ikan (kadang2 tukar makan Daging hehe) = 2 ketul (RM4) 
Sayur = RM2
Air (semestinya ABC pilihan hati) = RM3.
Kuih  = RM1

Nah, jimat kan? Tapi tahukah anda bahawa makanan diatas tidak juga dapat dihabiskan. Pernah sekali, kami beli ayam masak rendang seketul saja. Bahagi dua dengan kak Syuhada itupun payah untuk kami habiskan. Jimat kan ^_^

Apa-apa pun, dibulan yang mulia ini.. sama-samalah kita menjaga nafsu makan kita. Jangan diturut sangat nafsu makan tu. Kasihan badan kita. 

auntie Google bertanya " kenapa ngak masak dirumah ajak?"

Saya menjawab, kalau tunggu kak Syuhada jawab..lambat ceritanya. Haha.

Mai sini gue jawab ya..(Alasan ^_^)

"masak? Bukan kami tidak mahu masak. Tapi tidak sempat beli bahan makanan untuk masak. Lepas tu, tong gas dirumah sudah habis (Alasan TIDAK MUNASABAH). Malam ini baru kami akan tukar tong gas yang baru. InsyaAllah kami akan mulakan proses masak memasak HANYA DIHUJUNG MINGGU SAHAJA (penegasan). Kalau hari berkerja sik tekabei asa nyawa (bahasa sarawak). Hikhikhik"

Nah adakah jawapan ini boleh diterima? Hikhik. Dun worry. Kalau I dah kawen, I masak tau. I masak kat bazar. Sebut saja nak makan apa. Kan kan kan ^_^

~Langsung tiada ciri-ciri isteri mithali~

Apa-apa pun, saya harap korang yang puasa ni tidak membazir. Sayang tau titik peluh kita terbuang begitu sahaja. *ceh, aku selalu makan tak habis*. Semoga Ramadhan kali ini mampu mendidik nafsu makan kita agar tidak berlebihan. Semoga Ramadhan kali ini juga mampu mendisiplinkan kita. Pesanan buat diriku yang utamanya.

# Selamat Berbuka #


~Renung-renungkan dan Selamat Beramal~


1 comment:

  1. kami pula masak hari bekerja ja..hujung minggu mambali...tapi selalu menu sungkai jadi menu sahur..kadang juga menu sungkai jadi menu sungkai esoknya..air buat sndri..;)

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers