:: Allah Temukan Aku Budak Cute ::




Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar semua?? Semoga sihat hendaknya. Siya Alhamdulillah sudah sembuh dari ujian sakit. Ternyata indah nikmat sihat itu! Tapi jangan lupa, nikmat kesenangan atau kesihatan itu juga ujian dari Allah. Sejauh mana kita mensyukuri nikmat-nikmat yang diberi Allah. Sejauh mana nikmat kesenangan ini mampu kita hadapi. Takut-takut kita lebih lalai disaat senang dan ingat disaat susah. Astaghfirullahalazim!

Hari ini, Siya sangat berpuas hati dengan hasil kerja Siya. 5S. Ada beberapa perkara sahaja yang belum Siya buat. Melabel dan ada la perkara-perkara tertentu lagi. Semoga Allah memberikan Siya kekuatan untuk meneruskan tugas ni. Sesekali Siya tidak mau urusan Siya dipermudahkan sebab Siya tahu Allah memberi ujian itu sesuai dengan kekuatan hambaNYA. Ya kan?? ^_^


Ehmm ehemm, Siya mahu cerita sesuatu neh. Perlukah Siya menggunakan lohgat Sabahan? Takut-takut budak cute tu tidak faham pulak. Almaklumlah dia kan orang Ke El (kL). Hikhik. Ukey la, memandangkan budak cute tu mau sesangat belajar lohgat sabahan, maka dengan ini.. Rasmilah Siya menggunakan lohgat Sabahan Siya khas untuk yang membaca dan teristimewa buat budak cute tuh! ^_^

Siapa sebenarnya budak cute tu? Hmmmm. Tunggu dulu, tak kenal maka tak chenta, dah kenal mesti tergila-gila kan budak cute?? ^_^. Siya ceritakan dulu detik-detik ukhwah ini terbina bak mahligai yang tersegam indah! Chewahh. Budak cute ni add Siya dulu. Kami kenal melalui seorang sahabat ni. Huda Nadirah. Tapi sekarang ni rasanya Huda tu dah d-aktif fB dia.

"Eh, budak cute masih kenal ke dengan kak Huda?? Tak ingat SIAP!! Akak gigit karang." hehe

Ceh, dulu budak cute tu call Siya Haryati. Tiada kakak-kakak lagi. Ya la, baru nak mula-mula kenal. Dah kenal lama, FUH!! Upgread pulak jadi KAK YATI. Sweet gitu!!

Heiiiiiiiiiii, look at the date!!!!!

11 Julai 2010?? How sweet!!!! Dah 1 tahun 4 hari!!

Alhamdulillah, terharunya dah setahun kita kenal kan budak cute. Oh ya, budak cute ni nda suka kena panggil budak kecik. Ceh, perasan la diri dia tu besar! Hahaha. Tiada la, budak cute ni memang nampak matang walaupun hakikatnya budak cute ni selalu meluah sama Siya. Siya pun selalu juga meluah pada dia. Saling memberi nasihat. ^_^

So, nama budak kecik ni u'ol sudah tahu la kan? Nda payah la saya bagi tahu kan? Dalam pesbuk nama budak cute ni, Nadine Nadel. Nama sebenar?? Ada la, kalau mau tau tanya pada empunya badan. Siya nda mau kasi tau. Nama dia sweet gitu! Chewah.. ^_^


 Kenapa ada dua kali ni budak cute??  Akak amik 11 Julai is the date ukhwah kita? Ok juga ka?? Tengok tu, akak tiada komen ataupun like. Hehehe. Curry ^_^

Sangat-sangat bersyukur dikurniakan sahabat seperti budak cute neh. Budak cute ni antara sahabat istimewah Siya. Antara mereka-mereka yang Siya sayang. Walaupun kami tidak pernah bersua muka orang kata, *Chewaaaa* terasa macam kitorang ni sudah jadi fren sejak dahulu kala. Wow!! Dahulu kala lagi tuh. Mestilah kan budak cute?

hei budak cute, akak sayang NaD ketat-ketat tau. Hahahaha Ayat tak tahan. Ketat-ketat lagi tuh! Tak pasal-pasal orang fikir yang bukan-bukan. Eh, salah ka kitorang berkasih sayang dalam masa yang sama saling ingat-mengingati tentang kebesaran Allah? Kalau bukan kerana Allah yang mengaturkan persahabatan ini, kami tidak mungkin bersama sehingga sekarang. Subahanallah!! Tak terbayang dek akal betapa Allah itu Maha Hebat! Mampu menyatukan hati-hati hambaNYA yang tidak pernah bertemu, bahkan bau-bau bacang pun tak ada. Bau-bau terudui ada kot!!

Hari tuh Siya ada cakap nak jumpa budak cute neh, ooo boleh pulak budak cute ni kata 'tak payah la kak Yati, nanti sy datang sabah jumpa kak Yati'. Ceh, budak cute ni! Hehe. Tak apa, ok juga tu budak cute ni mau datang sabah. Nanti saya bagi budak cute ni makan nasi dibungkus menggunakan daun. Kalau orang Sabah cakap, nasi Linopot. Hahaha. La, budak cute neh dah biasa makan macam tu. Almaklumlah orang kuat pengakap. Kan budak cute???


 Bila ukhwah kitorang makin mantappppp, tengok la tu, budak cute neh bagi love banyak-banyak. 2010. Eh, Siya macam tidak percaya pulak yang ukhwah kitorang dah setahun. Macam baru semalam kitorang kenal dan saling berkasihan. Chewah!!

Chewah, Siya pulak yang post di wall budak cute ni.

♥ ♥ ukhwah fillah ♥ ♥ uhibbuki fillah ♥ ♥

Terus teringat pesanan akak tersayang,.. Bila kita buat sesuatu kerana Allah, Allah akan uji sejauh mana kita buat itu kerana Allah. Kak, adik akan ingat pesan itu. Tetiba mood rindu sama kakak-kakak kechentaan Siya neh ^_^

Lepas tu kan, mula-mula berhubung dalam pesbuk saja. Tapi lama-lama tuh kan, kitorang pun saling bertukar no phone. Ceh, macam berchenta pulak. Biar la, tidak salah kan kitorang berchenta. Itulah indahnya ukhwah. Perlahan-lahan Allah menyatukan hati-hati ini. Kan, kita kena bersahabat dengan ramai orang. Rasulullah adalah manusia yang sangat cintakan persaudaraan. So, tidak salah kita juga seperti itu kan.


Tengok tu, wah sudah pandai calling-calling pulak! Chewah. Masa tu memang malu-malu miau. Tapi bila dah lama-lama, asyik ketawa seja. Budak kecik tu la. Suka buat kak Yati dia neh gelak. Semput juga dibuatnya. Siya pun apa kurangnya juga kan ^_^


-----------------------------------------------------

Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, geramnya. Panjang Siya taip cerita tentang budak cute neh! Tup tup tup sampai tu seja?? Tengok pic last tuh??

Dah tengok?? scroll ke atas siket je.. Nampak??

Alaaaa yang dislove islove tu?

Dah??
*tolong angguk kalau dah, kalau tak nampak juga buat balik*

Haaaa, yang tu la. Mau tau, Siya taip punya panjang!!! Pic lebih 60 siya masukkan rupa-rupanya tak tersave. Siya macam mau nanges!! uuuuwaaaaa.

Pic lebih 60?? ya, Siya ada lebih 60 pic tentang Siya dan budak cute neh. Ceh, 61 pic seja sebenarnya. Nantilah Siya masukkan dalam fB seja. Tatapan kami bersama. Eh, sebenarnya Siya bukan mau show off pasal budak cute neh.

Tapi, Jika Siti Aisyah menceritakan perihal suaminya Rasulullah sebagai tanda kasih, maka Siya juga ingin mencoret tentangnya sebagai tanda kasih Siya pada mereka.

Nah, kerana Siya sayang mereka.. Siya mahu bagi tahu pada kamu semua bahawa Siya ada sahabat-sahabat yang baik-baik belaka. Sangat menyayangi mereka!!!

Tinta Hati : kekalkan ukhwah ini ya Allah...Satu saja destinasi utama ukhwah yang terbina, hendak bersama mereka memasuki Syurga idaman hamba-hambaMu. Ameen ya Rabb !!

~Ya Allah~

*Nad, laparnya akak!!! bila habis tulis neh baru akak tau yang akak lapar. Semangat tulis tentang kita sampai tak ingat perut lapar..hehe*

2 comments:

  1. wah .. budak tu cute eh ? mcm mana akak tau budak itu cute ?? hehehehe :)

    ReplyDelete
  2. wah .. sy suka la blog ni... thnks kak kerana tulis ini blog ... konsikou ye ..huhuhuhu ( merasa diriku dihargai juga ) :)

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers