:: Telefon Kesayanganku ::



Apa yang dalam genggaman kita, belum tentu menjadi milik kita. Oleh itu, redha dan sabar diatas ketentuanNYA. Pasti ada hikmah yang belum kita ketahui dan itu adalah satu pengajaran buat diri kita *Terutama diriku*

Mood : Telefon masih di 'hospital'.

Itu status yang Sia buat selepas pulang dari 'hospital' hantar si Sony kesayangan Sia.

Rupanya Allah sedang mendidik hati kecil ini. Hati yang selama ini sering lalai dengan nikmat dunia sementara. Astaghfirullah. Benarlah bahawa apa sahaja yang kita miliki itu sebenarnya bukan milik hakiki kita. Allah jua yang pemilik yang Agung.





Mula-mula rasa sedih diatas apa yang menimpa telefon sia. Tapi bila difikir balik, buat apa mahu disedihkan untuk perkara-perkara remeh macam itu. Muhasabah kembali, mungkin ada perkara yang sia buat, membuatkan Allah murka. Iya, dalam tidak sedar dan sedar kita telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.

Siapa tahu juga kita telah menggunakan hak orang lain diatas kepentingan diri kita. Wallahualam. Oleh itu, Allah menegur kita dengan sangat berhikmah. Allah mencubit sayang pada sia sekarang ini. Cubitan yang membuatkan sia tersedar. Mungkin juga selama sia berkerja ada barang-barang pejabat yang sia gunakan diatas kepentingan diri sendiri, jadi Allah telah menegur dengan terpaksa bergadai duit untuk membaiki telefon.

Telefon adalah satu alat komunikasi yang dikira penting dan wajib ada terutama bagi insan seperti sia. Berjauhan dari keluarga. Kalau kita katakan internet adalah yang paling cepat, tidak bagi sia kerana keluarga sia bukanlah ada perkhidmatan internet dirumah. Wajarlah sia katakan telefon adalah media paling cepat untuk mengetahui khabar keluarga dikampung.

Bila difikirkan semula, sia baru sahaja diuji dengan telefon rosak. Sudah mahu mengeluh?? Astaghfirullah. Di luar sana, tenpa pengetahuan kita rupanya ada orang yang lebih besar ujiannya. Sia sekadar telefon yang rosak, tapi orang lain mungkin ada anggota tubuhbadan yang dulunya 'baik' menjadi 'rosak' atas kehendakNYA. Siapa lebih besar ujiannya? Subahanallah!!

Maha Baik Engkau Ya Allah!!!

Allah mengetahui kemampuan diri kita, maka diujiNYA mengikut kemampuan diri kita juga. Allah juga berfirman dalam kalam suci, hadiah terindah buat Rasulullah dan juga kepada ummat Rasulullah!

Dalam surah Albaqarah ayat 286 ;

".....Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..."

Ternyata Allah ini Maha Penyayang lagi Maha Pengasih!!!




1 comment:

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers