:: Flu + Demam + Batuk = Alhamdulillah ::

Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar pengunjung teratak saya ni? Semoga kalian sihat-sihat hendaknya. Tuan rumah sekarang ni ditimpa musibah. Flu + demam + batuk = Alhamdulillah untuk musibah ini. Mampu tersenyum walaupun payah. Tidak dapat sedekah lebih, senyuman inilah sedekah paling mudah. Semoga menjadi saham akhirat.

'inna lillahi wa inna ilahi ro'jiun buat diriku. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Tazkirah pagi tadi buat saya bertambah syukur dengan musibah ini. Em, tukar la..Ujian. Sangat-sangat bersyukur dengan ujian yang sekecil-kecil ujian ini. Mahu dibandingkan dengan orang lain, mereka lagi besar ujian dari saya.

Dalam 24 jam ni, hanya beberapa minit sahaja kita ditimpa kesusahan. Selebihnya kesenangan belaka. Itupun kita masih tidak mahu bersyukur? Masih mahu mengeluh? Astaghfirullah. Lemahnya kita ini.

Ustaz Zul kata : Allah tahu kekuatan kita, bersangka baiklah dengan ujian dari Allah. Beruntung mereka yang ditimpa musibah. Darjat mereka diangkat disisi Allah. Para malaikat akan mengaminkan doa-doa kita. Tapi dengan syarat kita bersabar dan redha dengan musibah itu. Percayalah, itu salah satu proses dosa-dosa kecil kita terampun.

Subahanallah Alhamdulillah.

Maha baik Allah terhadap hambaNYA.

Semalam tidur awal. Pening sangat kepala ni. Hidung tersumbat. Sesak nafas. Mata pedih. Allah. Semoga sakit ini menjadi penawar dosaku.

Yati : "kak Ada, pasang lagu Muhasabah cinta"

Kak Ada : "ok"

Lepas tu kami nyanyi sesama walaupun suara sengau dan serak.

~~Tuhan, baruku sedar..indah nikmat sihat itu. Tak pandai aku bersyuku..Kini ku harapkan cintaMu~~

5 Julai 2011, mama kena bedah.

Alhamdulillah, pembedahan mama berjalan lancar. 3 jam dalam dewan bedah. Anakmu disini risau tapi disembunyikan rasa itu. Hati gelora tidak keruan. Sekejap-kejap, talifon bapa bertanya khabar.

Jam 1 petang bapa call bagi tahu mama sudah keluar dari dewan bedah. Masih belum sedar. Doa sentiasa mengiringi. Rasa mahu balik tapi apa boleh buat, jarak ini terlalu jauh. Lebih-lebih lagi baki cuti yang ada tidak mengizinkan saya untuk balik. Terus bersabar dan bersabar. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Ya, pasti ada hikmah dariNYA.

Dan kini, anakmu pulak yang demam. Demam rindu sama mama kot. Hihihi. Tapi tidak sanggup bagi tahu mama yang saya sakit. Maaf mak, bukan mahu berahsia tapi tidak mahu membebankan mama disana. Cukuplah rasa sakit yang mama tanggung sekarang. Lagi pun, demam biasa saja.

Masa-masa sakit macam ni, terkenang mama, bapa, kakak, abang dan adik di kampung. Biasanya kalau sakit, mesti kena jaga macam puteri. Makan minum dijaga. Tempat tidur kelas A. Kalau boleh, mandi pun mama yang mandikan. Banyak ubat-ubat moden dan tradisional yang dicadangkan. Satu pun tidak diterima. TOLAK serta merta -_-. Nda SUKA ubat!

Kenapa?

Hehehe *ketawa malu..ketawa manja*
~Kak Ada, sila buat demo....~

Entah. Saya pun tidak tahu kenapa saya tidak suka ubat padahal hari-hari hidu bau ubat. Dalam pejabat saja, ada beratus-ratus jenis ubat malah mungkin beribu jenis ubat tapi still tidak suka. Suka memang suka. Tapi kalau makan ubat?? Aduh maaf, surrender!! Angkat tangan sedia. Maaf!

Saya lagi suka, minum air banyak-banyak. Teringat pesan kakak kesayangan saya Kak Munira,
"baca Alfatehah 3 kali, selawat 3 kali. Tiup kedalam gelas berisi air. Berdoa dan minta kesembuhan. Dengan izin Allah, semoga air tadi menjadi penawar"

Nah, itu yang saya amalkan. Yang penting, yakinlah pada Allah. Kesembuhan itu haQ Allah kata abang Ikram. Haa, korang boleh juga amalkan benda ni. Thanks to kak Munira. Sayang akak!! ^_^

Doakan kesembuhan saya dan juga mama saya ya. Semoga kebaikan anda dibalas dengan lebih kebaikan ^_^





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers