:: Jangan Sangka Matimu Tua!! ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Subahanallah!

Assalammualaikum WBT..

Sekarang ini, sorang-sorang duduk dalam ofis. Kawan lain sudah balik. Sekarang ni kan sama untuk rehat. Orang puteh cakap "time to rest". Orang dusun cakap pulak.... *thinking*..Aik lupa suda -_-''. Macam mana tu? Adoyai, whatever la. *Ketawa*

Alhamdulillah sedikit sebanyak proses untuk fS berjaya. Ceh, berjaya kunun padahal belum ada apa-apa perubahan. Tambah semak ada lah! Meja paling semak sia la. Bertaburan. Tapi, sia tidak kesah. Nanti, akan sia buktikan juga meja sia kemas ^_^. Ameen!!

Hari ini, ada lagi berita kematian. Orang tua. Sebab apa kematian sia tidak tau, yang sia tau, Allah telah menunaikan janjiNYA bahawa setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Cukuplah kematian itu pengajaran terbesar dalam kehidupan kita kerana itu menandakan dunia ini bukanlah selamanya melainkan sekadar persinggahan kita menuju kampung yang kekal abadi.



Bila sebut tentang kematian, rasa sedih menyelubungi hati. Apa pula nasib sia di sana? Bukan nasib disana menjadi persoalan utama, tapi bagaimana saat-saat akhir kehidupan sia dibumi Allah? Adakah sia pergi dalam keadaan beriman?? *ameen*. Atau sebaliknya?? *nauzubillah*. Tidak tercapai dek akal.

Patutpun Rasulullah menyeru kita sentiasa mengingati mati. Mati itulah yang paling hampir dengan kita. Mungkin hari ini adalah hari terakhir buat kita. Siapa tahu kan? Itu semua rahsiah Allah. Astaghfirullah, apa bekalan untuk sia menuju kekampung akhirat itu? Astaghfirullah!


Iya, jangan kita sangka mati kita tua. Mati tidak mengira tua atau muda, sihat atau sakit, lalai atau ingat. Mati itu terjadi bila-bila masa sahaja. Dihadapan kita sudah banyak contoh yang mejadi pengajaran, sikecil yang masih dalam kandungan ibunya diambil Allah, si remaja yang tengah seronok bersama teman-teman juga bisa diambil Allah, inikan yang sudah tua. Hanya menunggu masa dan waktu.

Dan bila pula masa sia diambil Allah??

Ya Allah, matikanlah hamba dalam keadaan mendapat redhaMU dan mendapat syafaat Rasulullah di padang Mahsyar!!!

Teringat tazkirah pagi di surau Hospital, mati itu terama-amat-amat sakit. Rasulullah juga mengakuinya. Malah, Rasulullah telah meminta kepada Malaikat Izrail agar separuh rasa sakit ketika nyawa dicabut dalam kalangan umatNYA akan datang (yakni kita), ditanggung oleh Rasulullah. Subahanallah!! Mulianya hatimu ya Habiballah!!!



Ya Allah,

Andai sujud ini adalah sujud terakhirku untuk-Mu,
jadikan ini berarti untukku di kehidupan kekalku.

Ampunilah hamba-Mu ini Ya Rabb,
jika kehidupan dunia membuatku berlebihan dalam Istikharahku.

Namun inilah aku, inilah hatiku,
dengan segala kefanaan dan ketidak tahuanku akan semua rencana-Mu,
termasuk dengan kematian yang PASTI menjemputku.

Astaghfirullah'al adziim,,,

Tinta Hati : HARYATI BINTI ASNAH, JANGAN SANGKA MATIMU TUA!!!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers