:: Bila Malaikat Maut Menjemput ::

Assalammualaikum WBT.



apa khabar saudara seakidahku sekalian?

Semoga kalian diberkati, dirahmati dan diberi nikmat (iman) dari Allah S.W.T. Begitu juga diriku dan keluargaku. Salam ukhwah fillah wa Lillah dari saya.

Dalam sehari, Allah perintahkan kita untuk solat berapa kali?

1? 2? 3? 4?

Ya, anda betul 5 kali sehari. Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak. Penggilan yang tidak asing bagi kita. 24434. Itulah panggilan yang sangat AGUNG. Bukan line celcom, digi, maxis, atau apa-apa tapi line berbicara terus dengan ALLAH tanpa perantaraan lagi. Subahanallah.

Sekarang kita main kira-kira,

5 waktu / Hari.
*betul kan?*

Ok, sekarang tengok kiraan ni..

1 waktu = 1 helai
1 hari = 5 helai
1 bulan = 150 helai
2 bulan = 300 helai

Lebih kurang 2 bulan macam tu boleh habis.

Eh, kiraan apa ni?

Haaaaaa.. nak tau? Inilah strategik mau khatam Quran. Baca 1 helai Quran pada tiap-tiap waktu solat tiap-tiap hari. Dalam masa dua bulan, boleh habis baca 1 Quran. Jadi, mari kita sama-sama jangan tangguh-tangguh lagi. Lepas ni, kalau sudah masuk waktu ditempat korang boleh terus mulakan bacaan. InsyaAllah kita buat sama-sama ^_^

Kenapa??

Bukan apa-apa pun, sekadar persiapan sebab kan sekarang sudah masuk bulan Syaaban. Mudah-mudahan akhir Ramadhan nanti, dapat khatam Quran. InsyaAllah.

Jom sama-sama kita beramal. InsyaAllah.

Ok, itu bab Khatam Quran. Sekarang ni, bab pesbuk, prenster, belog, twitter, yahoo dan apa-apa lagi la laman sosial yang ada. Sekadar renungan dan ingatan buat saya yang utamanya dan juga sahabat-sahabat yang membaca. Semoga bermanfaat buat kita bersama.

Ambil yang jernih, yang keruh kita sama-sama jernihkan. Jangan terus buang, insyaAllah kalau ditapis dan ditapis pasti akan jernih juga. Kisah keruh dulu jadikan pengajaran ^_^. Kan yang pahit itu kadang-kadang bisa menjadi penawar dan yang manis bisa jadi penyakit. Tapi, senyuman mesti manis selalu... ^_^


●●●●Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●●●
sumber : layar minda

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~

renung-renungkan da selamat beramal :)

Tinta Hati : Pahit jangan terus dibuang ^_^




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers