:: Kopipes Dari Ct ::

Tadi kan, saya terjumpa satu page ni. Dalam rumah pakcik Pesbuk. Nanti kelapangan bolehlah berziarah ^_^



Saya sudah pun tekan butang like! Yes i like this page. So, korang yang sudah buka page tu silakan renung-renungkan menggunakan mata, tapi bukan mata tu..mata hati ^_^
Ok, kawan saya tue dy komen pasal cerita "Tahajjud Cinta" yang kua kat segmen Zehra, tv3... Saya memang secara jujur dan terus-terangnya, saya sangat tak berapa suka cerita "Islamik Malaysia". Saya teringat cerita Syurga Cinta, Aku Masih Dara... Serasa macam...perlu banyak yang WAJIB dibaik. Nie bukan nak cakap apa, tapi, ini hakikat. Pengarah filem sekarang nie alhamdulillah, bagus... Kesedaran mencintai Islam semakin menyubur dalam jiwa muda-mudi atau tua-tui mase kini namun, konsep ISLAM sepenuhnya masih belum diterap secara meluas, lantaran kurangnya pemahaman mengenai ISLAM itu sendiri.

Sebab apa saya cakap camtu? Ok, saya memang tengok jugak cerita Syurga Cinta ke Aku Masih Dara ke Nur Kasih ke... Memang, dia menerapkan unsur-unsur bertudung. Alhadulillah, anjakan kepada kebaikan semakin terserlah. Namun, konsep BERSENTUH TANGAN antara SUAMI ISTERI LAKONAN tak dimusnahkan lagi. Mungkin orang akan cakap,

"Alaaa slow2 lah bab agama. Sikit2. Kire baguslah dia nak buat cerita yang pakai tudung. Kalau xde adegan sentuh2 suami isteri macam xfeel."

"Rilex lah, bab agama nie mana boleh paksa-paksa, kena ikhlas dari hati.... Kalau tak ikhlas rugi je..." Jangan perlekehkan kemudahan agama Islam. Tengok konsep yang dijelaskan oleh Allah.

"Tiada paksaan untuk memasuki agama Islam..." (Al-Baqarah: 256)
 Tapi tengok kesinambungannya, "Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah agama Islam..." (Ali-Imran: 19)

Nampak jelas? Sama jugak konsepnya dalam hal nie, yang haram tetap haram. Takkan boleh jadi halal walaupun terdapat unsur halal di dalamnya. Dalam kaedah fiqh ada menyebutkan,

إذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام
Yang bermaksud, "Sekiranya bercampur yang halal dan yang haram, maka dimenangkan yang haram."

Betapa Allah jaga kita betul-betul, tak nak kite tercampur walaupun sikit dengan benda-benda yang haram. Tapi kita? So, walaupun dalam cerita tue wataknya bertudung, tapi tetap melakukan persentuhan antara lelaki dan perempuan, maka hukumnya tetap haram. Siap ade adegan pangku kepala lelaki lagi. Wow bestnye!!! Pk lah baik-baik ye...




Anda penah tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2? Haaaa bagi saya lagi bagus cerita tue.. Walaupun cerita Indonesia, tapi mampu bagi contoh fully-Islamic. Memang, cte Indon nie pon ade gak yang tak bagus, Kalo cam sinetron-sinetron dy tue, melampau-lampau sangat actingnye. Pandai-pandailah pilih channel. Tapi, yang saya nak komen, Cerita KCB nie betul-betul feel bagi saya tengok. Ada jugak part dorang dah nikah sume. Takde pulak dia nak tunjuk touch-touch, so clear mesejnya disampaikan. 

And lagi satu mesej yang penting disampaikan oleh pengarah KCB, ialah cerita lebih baik dan lebih diminati ramai bile takde unsur-unsur yang haram. And I admire this story! Perfect! Pilihlah hiburan yang betul. Islam tak larang berhibur tapi berhibur bia kene pada syara'.

Ok, actually, entry kali nie saya nak ulas sikit pasal program "Safiyya" kat tv9. Congrate pada tv9, saya adalah sorang antara berjuta-juta peminat setia channel nie. Saya tak minat sepenuhnya tv9, tapi minat pada certain segment sebab tv9 nie dy banyak sikit segmen2 mengenai agama. Jadi, takde alasan untuk nak kata kita sekarang nie jahil, tak tau hukum. Kalau dulu yelah, nak tau pasal hukum kene ke masjid, kene berguru di pondok, sekarang? 

Nah...ustaz yang berduyun-duyun bagi ceramah kat tv. Nak dengan taknak je kita bukak, dengar and cari pengetahun. Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah Sentuhan Kalbu, Usrah, Semanis Kurma... Semuanya program-program bermanfaat. So, ape kaetan dengan Safiyya nie pulak? Saya tengok iklannye, dia kata bagaimana muslimah berani menceburi bidang permodelan. What!!

Seriously, saya sangat tak setuju bab nie. BERANI menceburi bidang permodelan. Buat pe? Bukankah muslimah itu lambang perempuan mukmin yang menjaga dirinya daripada sebarang fitnah. Yes, dalam Safiyya modelnya bertudung. Bertudung tu tak bagus ke? Aihhh sape pulak kate bertudung tu tak bagus, tapi saya suka untuk menerangkan, bahawa konsep MENUTUP AURAT bukan sekadar bergantung pada sehelai kain yang menutupi untaian rambut seorang wanita solehah dan juga bentuk lehernya, tetapi perlu kita renung dalam-dalam, apakah tudung itu perlu sekadar menutup rambut, tetapi sanggulnya ditinggikan? Perlu bercorak-corak menarik dan mengikut trend bertudung masa kini? 

Saya bercakap camnie, bukannye bermakna saya bagus, sempurna ke ape ke... Tak langsung... Banyak sangat kekurangna, tapi sedih... Dengan program Barat yang cuba diislamkan... Dunia permodelan itu DIBOLEHKAN asalkan bertudung, tapi kita tengok tak sudut bajunya? Apakah longgar dan tebal dan menepati kehendak syara'? Dan apa sebenarnya motif dunia permodelan nie? 

Setakat yang saya tahu, dunia permodelan ialah dunia peragaan, wanita berpakaian cantik-cantik, hiasan yang berlebih-lebihan (sama ada dari sudut solekan atau hiasan pada pakaiannya), ada photographer, gambarnya dipublishkan di majalah atau disiarkan program permodelan di tv-tv buat tontonan umum. Perempuan nie untuk tontotan umum ke? Nampak sangat, wanita sudah berjaya dieksploitasi oleh aliran barat yang diagung-agungkan, kononnya menjadi model kepada busana Muslimah. 

Saya tengok sendiri, busana muslimah yang dikatakan, tudungnya agak kecil dan pakaian yang agak ketat hingga menampakkan bentuk badan itu sendiri sudah cukup untuk dikatakan, tidak melengkapi syarat syara'...Allah dah cakap dalam Quran, surah an-Nur ayat 31... 

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang(biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya..."

Bila kita lihat dalam ayat ini, jelas menunjukkan perempuan wajib melabuhkan tudungnya hingga ke paras dada. Namun, apa yang terjadi sekarang ini, ramai perempuan yang memakai tudung tetapi masih jarang, tidak menutup dada, dan terlalu pendek (mangsa fesyen)... Dan setakat 21 tahun saya bernafas sebagai seorang wanita, saya belum pernah terjumpa mana-mana ayat Quran atau hadith yang mengatakan wanita itu dibenarkan menjadi model sekadar tudungnya atau bajunya atau dengan berlaku pendedahan aurat walaupun sikit. 

Fikir-fikirkanlah, anda bertudung kerana siapa. Jika kerana ALLAH, maka ikutlah seperti yang telah ditetapkan dalam Islam, x rugi apa-apapun, malahan diri kita terlindung dan terpelihara.. Pihak media massa perlu lebih cakna dan memperhalusi konsep-konsep ISLAM sepenuhnya, bukan konsep ISLAM separuh-separuh, bukan diambil sikit Islam sikit barat... Sebab Islam agama yang syumul, meliputi semua bahagian dan aspek yang diperlukan oleh umat Islam. Hukum Allah tak kan berubah mengikut peredaran masa dan zaman sebaliknya, masa yang beredar pelu berpatih balik mengikut garis hukum-Nya..
Wassalam...

p/s: Mohon bimbingan jika ada yang saya silap... ^__^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers