:: Suri rumahtangga Itu HEBAT Tau! ::


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum semua..

Hehehe, tetiba saja kan post about suri rumahtangga.

Why??

Mari sini sia jawab, tadi kan sia pi la belog sahabat sia ni. Tertarik dengan tajuk ni. Ceh, baru tajuk sudah tertarik menarik kau memang the BOMM. *Alamak terus menyanyi pulak*. Itu baru tajuk belum lagi isinya. Best bha isinya ni. Sia pun sinyum sorang-sorang membaca ni.

Terus ada orang bertanya ni, “eh, yati mau jadi suri rumahtangga?”

Sia pun senyum la. Tidak menjawab soalan tu. Sendiri mau ingat kunun. Haha. PENJAHAT. Dalam hati jak jawab macam ni, “salahkah saya menjadi seorang suri rumahtangga? Jadi pembantu peribadi suami?” Ceh, impian. Bila mau kawin ni? Atukkoi, mimboros nopo pasal manansawo.

Eh, tidak salah bha kan kalau mau cakap pasal kawin? Siapa cakap salah?? ^_^

~Cuba baca apa kawan saya cakap pasal suri rumahtangga ni ^_^~

Dunia saya sekarang ialah dunia bagaimana menjadi seorang perempuan, yang perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang mendatang. Sebenarnya, tugas sebagai seorang suri rumah sepenuh masa bukanlah satu tugas yang sangat mudah seperti yang pernah saya sangkakan... Rutin harian bukan sahaja perlu disiapkan, malah banyak ;agi tugas sampingan yang laen yg perlu dibereskan.. Salute sama mama sebab mama menjadi seorang suri rumah yang Berjaya sejak mama berusia 22 tahun sampai sekarang. Mama berbakti tanpa pernah minta berbalas.

Bila saya duk umah 24 hours, baru saya tahu, suri rumah nie dy lebih hebat dari orang yang berkerjaya. Nak tau sebab apa? Saya tengok, suri rumah nie macam-macam kerja dia tau buat. Ok, kite tengok dari sudut rutin harian dulu mula2 nya. Memang orang kalau tak pernah dok umah 24 hours cakap suri rumah nie macam maid. Sape yang berfikiran begitu sile lah dok umah 24 hours and baru korang tau, betapa bagusnye suri rumah dari maid.

Ok, suri rumah nie terlibat dalam macam-macam bidang kerjaya sebenarnye. Meh saya hurai satu-persatu.

1. Penyanyi = kita dilahirkan dah didodoi dengan selawat-selawat dan lagu-lagu yang tidak lagha tapi menghiburkan.

2. Perancang Pemakanan = merangka makanan yang berkhasiat dan bernutrisi untuk sekeluarga, walaupun masakannya tak setanding dengan makanan2 di kedai yang dah diadun pelbagai perasa untuk

3. Interior Designer = mengatur hiasan di dalam rumah bagi menepati konsep ‘Rumahku Syurgaku’

4. Perancang Kewangan = menjadi penasihat terbaik buat suami, bagaimana menuruskan perbelanjaan rumah tangga, sebab kebiasaannya, suami kurang arif mengatur kewangan sendiri. ;)

5. Doktor = dialah doctor kite kalau kite sakit. Sibuk menguruskan ubat-ubat yang perlu untuk kita.

6. Nurse = menjadi peneman setia sakit kita. Pantang merengek siket, terus dia terjaga untuk memenuhi keperluan kita.

7. Ustazah = dia yang mengajar kita mengenal huruf2 al-quran, mengajar kita ilmu agama, bercerita kepada kita kisah para anbiya’ sebagai tauladan dan panduan kepada sedari kita masih kecil, agar cerita tersebut mampu dijadikan panduan hidup..

8. Cikgu = dengan sabar mengajar kita dari kecil mengenal huruf dan angka, menghafal sifir, menunjuk ajar pelajaran2 semampunya.

9. Gardener = banyak tanam bunga, siap ada reka bentuk susunan bunga-bunga yang ditanam lagi! Hebat kan?

10. Farmer = berbakti pada tanah, sekurang-kurangnya lepaslah nak makan sekeluarga, kurangkan belanja dapur. Perancang ekonomi yang sangat pintar!

11. Tailor = jahit baju sendiri. Yang tau jahit fesyen2, mabruk! Tapi reti menjahit pun dah cukup baguslah bagi saya.

12. Hakim = kalo anak-anaknya gaduh, dialah yang akan dengar masalah yang sebab mereka bergaduh. Haaaa dah habis semua mengadu, semua dapat ‘penalti’ yang sama.

13. Model eksklusif = penampilannya menjadi panduan, bagaimana penampilannya apabila berada di rumah, bersama ahli keluarga, bersama suami, keluar daripada rumah. Pakaian mereka akan menjadi ikutan anak-anak kelak, kerana anak-anak ini cara pembelajarannya bukan lebih kepada mendengar arahan, tetapi mereka akan mencontohi teladan yang dipersembahkan oleh kedua ibu bapa mereka.

Nie yang saya pk list kan. Mungkin ada lagi bakat2 full-time housewife yang tak tersenarai. Subhanallah… Banyaknya kepakaran yang Allah bagi pada full-time housewife yang mungkin tak ada pada wanita yang berkerjaya. Saya pun tak mampu lagi untuk lengkap seperti ini. Tapi mama sangat hebat! Kakak kagum dengan mama! Serba-serbi mama boleh buat. Tapi, disebabkan adik2 yang ramai lagi kecik2, ada jugak bakat-bakat mama yang terpendam misalnya Interior Designer. Mane tak nye, habis letak je bunga hiasan atas meja, ke belakang sekejap, bile tengok balik dah berderai… Haihhh Budak-budak…. Sabo je lah, kan ma? Hahaha


Pilihan saya nanti bila dah berkeluarga? Erm…saya dah plan awal-awal, saya tetap nak jadi wanita berkerjaya di samping suri rumah yang Berjaya. So, balance lah kan? =) Walaupun agak susah, kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh kan? ^_^

Tapi...saya sering tertanya-tanya, mampukah saya menggalas pelbagai amanah kelak? Sekarang yelah... Saya memegang amanah sebagai hamba Allah, seorang anak, pelajar. Selepas nie? Hamba Allah dan anak tu amanah tetap. Tambah lagi sebagai seorang pelajar, seorang yang berkerjaya, seorang isteri insya Allah, seorang ibu insya Allah... Mase tue.. Mampukah saya sesabar mama dalam menguruskan kebajikan rumah tangga? Memberikan kasih sayang yang sempurna dan bersabar melayan jerit tangis si kecil, sementara pelbagai kerja lain dalam masa yang sama, saya harus siapkan? Saya teringin sekali mendodoikan si kecil denga ayat-ayat al-Quran yang semampunya saya hafal tapi...mampukah saya??? Mampukah saya tersenyum bangga melihat bakal-bakal serikandi dan bakal ulama' negara saya stabil ukhrawi dan duniawi???

Selalu diri ini bermonolog, kita selalu nak apa-apa pun dalam hidup kita, yang terbaik. Tapi, ade tak kita sendiri berusaha menjadi yang baik itu? Sebenarnya, kalau nak yang terbaik, usaha itu bermula dengan diri sendiri, bukan sekadar MENCARI YANG TERBAIK, tapi yang lebih tepat ialah MENJADI YANG TERBAIK DAHULU, kemudian yakinlah dengan ganjaran-Nya, DIA AKAN BERIKAN YANG TERBAIK BUAT KITA...

Ya Allah... Hanya pada Engkau aku bergantung kekuatan untuk meneruskan langkah mengahrungi apa pun dugaan yang mendatang...

3 comments:

  1. ya sangat setuju.. boleh tak nak share kat blog MO sedikit isi kandungan entry ni sebab MO ada terfikir nak tulis entry pasal topi seorang guru.. macam ada kaitan dengan suri rumah ni.. hurmmm... boleh ya?? terima kasih

    ReplyDelete
  2. hukhukhuk
    suka sma isi blo nie
    ^_^

    ReplyDelete
  3. MO : boley aja...silakan ^_^

    cT : sia pun suka ni...^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers