:: Kursus Dan Mata ::


Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Semoga sihat hendaknya. Marilah kita sama-sama mengucapkan kalimah hamdalah 'Alhamdulillah' sebagai tanda syukur kita kepada Allah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Si tuan belog masih lagi sakit. Sudah 4 hari. Batuk + flu dan sekarang ni kemungkinan besar tonsil. Memang sakit terasa. Tapi, ini baru saja ujian yang kecil dari Pemberi Ujian. Apa lah sangat ujian sakit ini jika dibandingkan nikmat sihat selama ini. Lagipun sudah setahun saya tidak sakit. Apa salahnya kali ini saya diberi sedikit ujian kan. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sabar dan redha ^_^

Hujung bulan lalu, saya ke Sibu. Kursus Pengurusan Kewangan anjuran Unit Latihan dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Sebagai kerani yang menguruskan kewangan di pejabat, menjadi tanggungjawab saya untuk hadir kursus tu. Tambah ilmu. Kursus berjalan dengan bagus walaupun ada sekali dua tu mata ni memaksa untuk tertutup.

Nah, sepanjang di Sibu saya jumpa la beberapa sahabat-sahabat sama induksi. Riuh juga kelas tu oleh kami. Tapi tidak la riuh sangat. Paling tak boleh tahan tu, kawan saya AziQ cakap macam ni ;-

"puan Haryati ada apa-apa soalan?"

Erk!!! Saya terus tengok muka dia. Dengan selamba saya cakap macam ni ;-

"sejak bila saya jadi PUAN?"

Huh!!! Semua gelak. O.. nak kenakan saya pulak. Time pembahagiaan kumpulan, saya dan AzriQ sama kumpulan. Kumpulan 2. AziQ tu kumpulan 1, tu pasal dia soal saya. Nak kenakan saya, nah ko kena sendiri oleh fasi. Satu lagi buat saya terkejut. Saya dilantik secara majoritinya sebagai setiausaha dalam kumpulan kami. Aduh, gelabah juga saya dibuatnya.

Tapi, sudah diberi amanah mahu atau tak saya kena pikul juga. Amanah itu juga dari Allah. InsyaAllah saya usaha sebaik mungkin untuk laksanakan amanah itu. Bila saya mula menulis saja, banyak suara-suara kumpulan tanya saya macam ni ;-

"eh, yati tulis terbalik?"

"yati, kenapa tulis macam tu?"

"pelik juga cara yati menulis"

"hahaha, budak ni tulis terbalik"

Saya hanya senyum. Kemana-mana saya pergi, saya akan disoal macam tu. Sudah terbiasa dengan soalan-soalan macam tu. Almaklumlah saya kan Girl Kidal. Hmm tapi kawan-kawan lain yang kidal ok saja cara diorang menulis. Saya pula? Subahanallah, setiap manusia itu akan ada keganjilannya. So, keganjilan itu mungkin ada pada saya.

Alhamdulillah, Allah mamberi saya satu keunikan. Saya pun perasan juga saya menulis tapi buku terbalik. Tapi, bila dibaca siyes tidak terbalik walau sehuruf pun. Masih juga macam orang lain punya tulisan. Cuma buku tu jak terpaksa diterbalikkan. Yang atas ke bawah, yang bawah ke atas. Whatever ^_^

Masa malam last saya di Sibu, saya terserempak la dengan kedai spek mata ni. Ceh, ada hati konon nak tukar spek mata. Lagipun degre mata sudah meningkat.

"kalau mahu cek degre mata saja, ada bayaran ka?"

"tiada. Free saja."

"oh iya? Eh, saya mau cek boleh ka?"

"boleh. Mari sini."

Saya pun ikut si kakak tu ke bilik khas.

"dik, degre mata kamu sudah naik la..naik 100 degre."

"iya kak? Allah...."

"Kak, kalau tukar cermin ni saja berapa ya?

"30 untuk yang biasa, 60 untuk yang ada uV sekali"

"oh..apa beza ada uV dan tiada uV?"

Hahahaha, masa ni diorang ketawa. Mesti dalam hati diorang cakap saya ni tidak belajar sains. Eh, siyes saya tidak tahu! Lepas tu dia terangkan. Oh macam tu rupanya ^_^

"eh, jap kak. Saya cek duit dulu sama ada cukup atau tidak."

Saya pun mula la mengira-ngira. Alhamdulillah nasib baik baru saja amik duit dari mesin. Ok cukuplah untuk rM60 tu.

Lepas tu, sejam saya berjalan tanpa spek mata. Allahu Allah, sekarang baru saya tahu betapa pentingnya mata ini. Salah satu pancaindera yang unik ciptaan Allah. Kaki saya tersadung batu bata. Nasib baik saya diiringi oleh dua kakak. Saya diapit. Sayangnya mereka pada saya. Langsung tidak dilepaskan sebab mereka tahu saya tidak nampak.

Allahu Allah, mata saya baru rabun bagaimana pula mereka yang buta? Allah, sekali lagi Allah menampakkan kasih sayangNYA pada saya. Allah tahu saya tidak mampu untuk hidup tanpa mata maka Allah hanya merabunkan saya untuk saya menginsafi diri ini. Ini juga tarbiyah dari Allah. Mendidik saya agar saya lebih menjaga anggota pinjaman ini.

Iya, mata, hidung, tangan hatta diri kita ini sendiri hanya pinjaman dari Allah. Usahlah kita bermegah dengan keberadaan diri kita. Sebaliknya kita kena menjaganya sebaik mungkin agar kembali kepada PemilikNYA dalam keadaan baik juga. Siapa diantara kita yang mahu barang kita dipulangkan dalam keadaan yang sudah rosak?? Renung-renungkan dan selamat beramal. Peringatan buat diriku yang utama dan kepada kalian semua.

Selepas sejam, saya dapat calling dari kedai tu bagi tahu spek mata saya sudah siap. Allahu allah, gembiranya masa tu. Sampai dikedai terus mencuba spek mata tu. Subahanallah, lebih terang dari sebelum ini. Iya la, degre mata naik 100 untuk kedua-dua belah mata.

Maknanya kiri 200, kanan 175 sekarang ini. Masih diperingkat rabun awal kot?. Tanda tanya itu menandakan saya tidak pasti sama ada rabun saya ini tahap awal atau sudah melimpasi tahap teruk. Sebelum ini kiri 100, kanan 75. 

InsyaAllah, saya akan buat satu entry cara pulihkan rabun dengan hanya makan buah-buahan, melihat pemandangan hijau dan ada la kaedah-kaedah alternatif. Saya pun masih mengkaji. Nah, nanti bila sudah kawin tiap-tiap awal pagi saya minta En. Zauj ajak pergi tengok pokok-pokok hijau. ^_^ Jom-jom!!

Tinta Hati : Jaga la mata kita sebaiknya ^_^



2 comments:

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers