:: Suami Idaman ::

Assalammualaikum Tautan Hati ^_^



Apa khabar iman kita hari ini?? Aduh, usah ditanya iman saya saat ini. Self motivation down!! Banyak perkara yang membuat saya seperti tidak tahu apa-apa. Macam hilang ingatan. Tapi, insyaAllah. Dalam sehari jangan biarkan diri kita tanpa zikirullah dan selawat.

SUBAHANALLAH..
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKHBAR


Memandangkan bulan ini adalah bulan "membina masjid", banyak la saya terbaca post-post tentang perkahwinan ni. Hmm tiba-tiba saya pula yang rasa gementar. Haisss. Kenapa pula? ^_^. Kadang-kadang tertanya juga siapakah dia. Tapi itu tidak perlu, apa yang perlu sekarang saya perbaiki diri dulu. Masih banyak kekurangan. Masih banyak kelemahan. Pema........hehehe.. ops ^_^

Eh, tadi tengah jalan-jalan di alam maya, saya jumpa la satu artikel ni. So sweet. Banyak pengajaran. Sukanya ^_^. Tambah semangat nak kawin. Amboii.. ^_^ Yati, yati... banyak lagi yang perlu saya perbaiki. So, sekarang saya sedang berusaha untuk perbaiki diri saya ni ^_^. Saya hanya mengharap redhaNYA T_T.
Ok, jom kita baca artikel yang saya jumpa tu. Sebelum tu, jom kita ingat Allah ^_^


SUBAHANALLAH..
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKHBAR


SUBAHANALLAH..
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKHBAR


SUBAHANALLAH..
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKHBAR

Ok, sekarang teruskan membaca ^_^

SUAMI IDAMAN~~



by Nur Zulaikha Tusiran Al-hazeenillah on Wednesday, November 24, 2010 at 10:10am


BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...

alkisahnya bermula~~~
Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badany alenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morningsickness yang teruk sekali bagi isterisaya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membacaAl-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidursehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasasaya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami.

 Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilahwaktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketikaini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda keubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlahke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi AnNu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum diadilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logikakal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suarasaya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apapula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isterisaya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masadepan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidakakan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dancintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya 

Wah.. Best kan kalau ada suami yang macam tu. Sabar dengan karenah isteri yang tengah mengandung. ^_^. 

Pesanan buat Haryati.

Ok, ingatlah wahai Haryati Juning, usah risau akan jodohmu. What u give, u get back. Mahu dapat yang baik, saya kena jadi baik. Yakin saja pada janji Allah. ^_^

Seronok kan ^_^

ok sebelum mengakhiri tinta ni, jom sekali lagi kita think of Allah.. Muhasabah diri. Betapa Allah itu Maha Baik ^_^ Dalam diri kita sendiri kita sudah melihat betapa Allah itu maha baik. Dengan kesempurnaan tubuh badan kita, keindahan wajah kita, kemudahan untuk kita berjalan, penglihatan yang baik. 

Kita kena ingat, tidak semua hamba Allah seperti kita yang mampu melihat, mendengar, berbicara dan sebagainya. Bagi yang tidak mampu melihat, mendengar, berbicara dan sebagaimana, usah risau. Allah menjanjikan sesuatu yang istimewa untukmu ^_^. Mungkin saja anda adalah insan yang dijanjikan syurga ^_^

SUBAHANALLAH..
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKHBAR

Orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan baring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata : "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda - benda dengan sia - sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Surah Ali - Imran : 191)

SUBAHANALLAH..
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKHBAR

surah Ar-Ra'du ayat 28 yang membawa maksud :

Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.

SUBAHANALLAH..
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKHBAR




( Mereka ini sahabat dari saya kecik sehingga sekarang dan insyaAllah ukhwah ini abadan abada )
( Banyak yang kami kongsikan bersama. Banyak yang kami lalui bersama dalam usaha kami mencari cintaNYA)

3 comments:

  1. subhanallah. cerita ni! cerita ni yg ana cari dulu pasal ana pernah terbaca dlm facebook sensei ana. but, note fb tu dah xde. alhamdulillah, ketemu semula.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga enta menjadi suami yang macam tu..ppuan biasalah...jangankan time mengandung mcm tu, kadang2 time ABC (Allah Beri Cuti) boleh naik angin...ni berdasarkan pengalaman sahabat ana la ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers