:: Saya Nak Macam Ni ^_^ Awak?? ::

Assalammualaikum Tautan Hati.




Ramai kan yang membina masjid di akhir tahun ni ^_^. Saya?? Eh, belum lagi > sedang menanti calon. Ehem.. Siapa la hamba Allah yang bertuah dapat saya ni ^_^. Biarlah hanya Allah yang tahu. Saya sendiri pun tidak tahu siapakah pemilik cintaku setelah Allah dan Rasulullah. Saya serahkan kepada Allah untuk menentukan siapakah dirimu wahai suami terchenta ^_^
 
Minggu depan pula saya dijemput untuk menghadiri walimah rakan seinduksi saya. Alhamdulillah, semoga dengan segalanya Allah permudahkan.

Biasanya walimah zaman sekarang ni dibuat tidak mengikut syariat Islam. Maaf, saya tidak bermaksud mahu mengata majlis mereka apatah lagi mahu memburuk-burukkan majlis mereka. Mereka yang saya maksudkan ni bukan la saya tujukan pada seseorang tapi pada kita semua. Sebagai peringatan kepada saya yang utamanya sebabnya satu saat bila masanya telah tiba, saya pula yang akan melalui saat walimah saya sendiri.

OK, maksud saya yang tidak mengikut syariat tu mesti kita faham yang macam mana kan?? Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak terjaga. Lagu-lagu yang dipasang pula melalaikan tetamu. Pembaziran dengan adanya pelamin, pakaian yang mencecah berpasang-pasang, kad jemputan yang berharga RM5 sekeping, jemput band untuk meriahkan majlis, dan paling saya tidak suka bila walimah itu dibuat di hotel. Allahu Allah T_T.

Ayuh kita buka mata kita.



< Pergaulan >

Islam sudah mengajar kita adab pergaulan kan. Lelaki dan perempuan mesti ada had pergaulannya. Kalau mahu majlis yang berkat, bukankah kewajipan kita untuk menjaga semua ni..??

* Kalau majlis walimah kita nanti ^_^ Saya nak macam ni ^_^ Awak??*

Saya akan asingkan tempat duduk untuk muslimin dan muslimat. Bukan tempat duduk sahaja, malah tempat ambil makanan pun saya akan asingkan. Kiranya muslimin belah sana, muslimat belah sini. Kita makan semeja la ^_^ takkan nak pisah juga. ^_^

Saya pisahkan antara muslimin dan muslimat bukan apa, saya mahu la walimah kita ni nanti mendapat keberkatan dari Allah. Kalau tidak, saya takut walimah kita tidak berkat. Nanti, kita kena tanggung pula dosa mereka sebab kecuaian kita yang tidak menjaga batas pergaulan tetamu kita. Hmm dosa saya sendiri pun saya tidak dapat tanggung, ini kan pula mahu tanggung dosa mereka kerana kecuaian kita sendiri.


< Lagu >

Uishh.. sekarang ni, kalau majlis walimah mesti ada la lagu-lagu yang melalaikan. Tidak la semua walimah macam ni. Tapi kebanyakannya macam ni kan?? Siap ada lagu joget, dangdut, rap dan macam-macam lagi la. Tak perlu saya sebut, awak pun sudah maklum kan??. Lagu selamat pengantin baru yang memang femes disetiap walimah tu pun saya tidak mahu. "Selamat ke anak cucu", jadi bila dah ada anak dan ada cucu, tidak selamat lagi la?? Haiss..Tak boleh jadi liriknya ni ^_^

* Kalau majlis walimah kita nanti ^_^ Saya nak macam ni ^_^ Awak??*

Saya hanya mahu mainkan lagu nasyid-nasyid, zikir, ayat alQuran yang berkaitan dengan walimah kita dan saya suka lagu maher zain yang barakallah tu. Hehehe. Lepas tu, saya tidak akan menjemput siapa-siapa menyanyi dalam majlis kita. Terutama perempuan. Takut awak terpikat pula ^_^. Eh bukan la, saya tidak mahu aurat dia terkeluar. Suara kami ni kan aurat dan bukannya untuk didendangkan dan bukannya untuk didengarkan kepada muslimin.

Tapi, saya nak nyanyi untuk awak dan masa tu hanya kita berdua. Bukan apa, suara saya ni kira ok juga. Siti Nurhaliza tu, saya yang ajar ^_^. Huhuhu So, bersedialah. ^_^ 



< Pelamin >

Allahu Allah. Sekarang ni sewa pelamin pun paling murah RM500. Itu pun, tidak secantik yang kita mahukan. So, kena juga la keluarkan duit buat pelamin yang kadang-kadang mencecah ribuan ringgit. Huisss..

* Kalau majlis walimah kita nanti ^_^ Saya nak macam ni ^_^ Awak??*

Time walimah kita nanti, saya tidak mahu ada pelamin. Paling penting saya TIDAK mahu SANDING. Alaaa duduk bersanding tu.. tau?? Ok, ya saya tidak mahu bersanding. Bukan apa, hari tu saya ada baca yang sanding ni bukan ajaran ISLAM. So, saya tidak mahu la ikut ajaran agama lain. Nanti tidak berkat pula. Kan ianya mempengaruhi kehidupan kita nanti.

Saya pun sedang berusaha untuk fahamkan mak saya. Hmm mak saya nak sangat walimah saya ada pelamin. Ia la, kan itu sekali sahaja. Tapi saya tetap berkeras. Huhuhu. Atau pun macam ni, saya akan buat satu sudut yang cantik la, ada bunga-bunga macam pic di bawah. Ha, tempat tu nanti boleh jadikan tempat untuk kita ambil gambar kenangan. No kerusi. So, tidak la kita duduk bersanding ^_^

hiasan jak. Ntah gambar siapa ni ^_^
Satu lagi, saya pernah terbaca tapi saya sudah lupa la macam mana ayat penuhnya. Tapi saya cuba untuk bagi tahu tanpa mengubah maksudnya. Hehehe. Macam ni, saya pernah dengar yang suami kita akan tanggung dosa kita bila kita ni bila kita menjadi tatapan umum. Biasanya kalau kita duduk atas pelamin tu, kita akan menjadi perhatian, so saya tidak mahu macam tu. Cian kat awak T_T


< Baju Pengantin >

Sekarang ni ada banyak fesyen baju kan. Cantik-cantik. Seronok mata memandangnya dan seronok tergelak-gelak la si Iblis melihat kita bila kita pilih baju yang tidak mengikut syarak.

* Kalau majlis walimah kita nanti ^_^ Saya nak macam ni ^_^ Awak??*

Saya tetap pakai tudung labuh. Tetap nampak cantik. Jangan risau ya ^_^. Baju pengantin pula saya nak buat sendiri. Eh, bukan saya yang jahit. Saya design saja la. Bukan apa, saya tidak mahu pakai baju yang ketat yang boleh nampak bentuk badan ni. Bukan apa, saya tidak mahu la menjadi salah satu wanita yang Rasulullah maksudkan dalam hadisnya. Tutup aurat tapi telanjang.

So, saya akan pakai baju yang longgar. Tetap cantik. ^_^. Selesa. Satu lagi, saya ni tidak pandai pakai maku-UP. So, time kita kawin nanti saya just pakai bedak dan sedikit lipstik. Itu pun tidak lebih-lebih. Bukan apa, saya ni tidak pandai pakai benda-benda macam tu ^_^



< Kad Jemputan >

Uish..sekarang ni kad jemputan macam-macam ada. Kita tinggal pilih saja lagi. Warna apa yang kita mahu. Semua ada.

* Kalau majlis walimah kita nanti ^_^ Saya nak macam ni ^_^ Awak??*

Kad jemputan tu saya buat juga. Tapi saya buat sendiri. Saya print sendiri. Simple je. Lepas tu saya mahu buat risalah perkahwinan. Buat bahan bacaan dan disamping tu kita boleh sampaikan dakwah kan. So, tidak sia-sia la walimah kita. Risalah tu saya akan edar time walimah kita. Kalau awak nak share buat dengan saya, saya lagi suka. Awak separuh, saya separuh. Time walimah kita akan gabungkan ^_^. InsyaAllah mesti banyak kan ^_^



< Band, Hotel >

Zaman moden ni, biasanya walimah akan dibuat di hotel paling tidak buat kat dewan. Bukan itu sahaja, tidak "sah" perkahwinan kalau tidak ada band. Kononnya majlis tidak meriah. Hmm.. Kasihan saya melihat mereka.



* Kalau majlis walimah kita nanti ^_^ Saya nak macam ni ^_^ Awak??*

Saya mahu buat dirumah saya sendiri. Lepas tu kalau nak buat di rumah awak pun boleh juga. Dapat la ta'aruf dengan family awak belah sana ^_^. Saya akan utamakan hamba Allah yang miskin. Maksud saya saya mahu jemput hamba-hamba Allah yang lebih memerlukan. Sababnya saya terbaca hadis ni :-


Bahkan  Rasulullah mengingatkan:
"Sekeji-keji jamuan ialah jamuan perkahwinan yang hanya menjemput orang kaya, diabaikan orang miskin. Dan sesiapa yang mengabaikan jemputan sesungguhnya dia telah ingkar terhadap Allah dan Rasul-Nya" (R. Bukhari)
 

"Sebaik-baik mahar ialah yang paling ringan" (R. Hakim)

"Sesungguhnya antara keberkatan seorang perempuan, mudahnya urusan pertunangan dan mudah pula urusan perkahwinannya." (R. Ahmad)

"Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah." (Abu Daud)

"Adakanlah walimah, meskipun dengan seeokor kambing." (Muttafaqun 'Alaih)

Wah.. Kan saya dah kata. So, kita jangan abaikan hak si miskin walaupun saya bukanlah kaya. Tapi kalau nak majlis kita berkat beginilah caranya ^_^. Saya pun mahu majlis yang simple ja. Tidak perlulah gempak-gempak. Kalau gempak untuk sehari saja pun tiada guna kan?? Yang saya mahu, gempak selamanya ^_^

----------------------------------

Alhamdulillah. Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi cukup untuk ini ya. Inilah impian saya. Amboi impian bukan main, macam mahu kawin suda pula. Tapi tidak salah kan. Benda baik apa ^_^


2 comments:

  1. seronok membaca entry ni...
    sblm ni prnh juga bca tntg perkahwinan yg x mngikut syariat Islam...bla dfikirkn, btul jga 2...

    ReplyDelete
  2. hehe..yati..yati.. InsyaAllah cek akan buat tu juga nnti.. InsyaAllah. Kt kg pun mmg buat asing2, lagu nasyid, ada yg panggil budak pondok berzanji kat umah..mmg meriah.,. n_n

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers