:: Sedap Telinga Mendengar, Senang Mulut Menyebut ::

Assalammualaikum w.b.t Tautan Hati..

Lebih seminggu tidak menziarah blog. Bukan apa, saya balik Sabah. Bercuti. Tapi tidak bercuti pun, saya tolong mak saya berniaga kat UMS. Ada la buat jualan kecil-kecilan untuk cari pendapatan tambahan. Lagipun, berniaga ni kan satu sunnah. Yang penting, jangan makan riba'. HARAM.

Sedih juga sebab tidak sempat join apa-apa program Kelab Remaja Ukhwah (KRU). Keluarga lebih memerlukan khidmat saya. ^_^ . Jadi, saya utamakan yang utama dahulu. Dakwah dalam rumah. ^_^ . Boleh kan?? Apa-apa pun, saya sentiasa mendoakan semoga adik-adik KRU baik-baik saja. 
Salah satu asbab tidak dapat join, mak saya sakit juga. Jadi, sekali lagi sebagai anak saya utamakan mak saya dulu. Saya pun jarang dapat balik kan. Masa cuti tu la masa untuk saya bersama mak saya. Alhamdulillah kehadiran saya mengurangkan sikit beban mak. Kerja utama saya time cuti potong sayur dan buang perut ikan ^_^. Lepas tu saya yang jual kat UMS. 

Alhamdulillah, for the last day saya tolong mak buat kerja, saya dan my lovely twins goreng mee. Huhu. Mee gorang kami hitam legam. Terlebih kicap. SAH!!! AKU TAK PANDAI MASAK!!! Its ok la. Habis juga dibeli. Lepas tu goreng mee hoon masak merah. SEDAPPP.. tapi??? shutt..biarlah me and my twin yang tahu.
Memori menggamit rasa ^_^

ukhti Sue : Mari kita main my didis dis polendang..
ukhti Lar : Mari la..ba, baris kita..
ukhti Dui : Ba, ko apa lar..oren atau anggur??
ukhti Lar : aku oren la..ko anggur ar..
ukhti Dui : ok lar..Sue, kasi baris durang.
ukhti Sue : ok..

permainan bermula...kami pun nyanyi ramai2..

"my didis dis polendang, 
polendang,polendang,
my didis dis polendang, 
my fren lady"

Itulah lirik lagu yang kami nyanyi. Mesti kamu hairan kan bahasa apa yang kami pakai. Hmm saya pun tidak tahu. ^_^ . Sampailah saya berusia 17 tahun baru saya tahu lirik sebenar lagu yang selalu kami nyanyi. 

London Bridge is falling down,
Falling down, falling down.
London Bridge is falling down,
My fair lady.

Rupanya selama ini saya menyanyi ikut sedap telinga mendengar dan ikut sedap mulut menyebut. Bila dikenang, saya jadi lucu. Tersenyum sorang-sorang. Oh jauh bezanya dari lirik asal. Tapi itulah hakikatnya. 

--------------------

Dalam perjalanan balik Sri Aman. Tidak putus saya berfikir tentang lirik lagu tu. Tersenyum. Tergelak pun ada. Tapi gelak yang hanya saya yang mendengarnya. Saya pun mula berfikir. Kenapa dan mengapa lirik ciptaan kami dangan lirik asalnya jauh berbeza. 

Puas berfikir, saya pun sedar. Rupanya kami menyanyi mengikut kesedapan telinga mendengar dan kesenangan mulut menyebut. Tidak terfikir pun mahu mencari lirik asalnya sehinggalah seorang sahabat saya ditegur ketika menyanyi lagu versi kami tu. Mulanya kami tidak percaya. Tapi bila dengar balik budak yang tegur tu nyanyi, Allahu Allah..tergelak!!!huhu

----------------------

Saya pun terfikir. Begitulah umat islam sekarang yakni KITA. Saya tulis "kita" sebab saya tidak mahu menyedarkan anda, anda, dan anda sahaja. Tapi saya mahu membawa diri saya dan kita semua berfikir semula. Semoga tinta saya kali ini mampu difahami oleh kita ^_^

Iya. Kita seperti "kami" waktu "kami" menyanyi ikut sedap telinga mendengar dan ikut senangnya mulut menyebut. Begitulah yang terjadi dengan kita. Kita hidup mengikut kehendak kita sahaja. sedangkan "lirik" sudah Allah berikan. Indah dan sempurna. Malah terjaga kesucian liriknya. Itulah ALQURAN. Malah Allah sediakan ASSUNNAH untuk menerangkan dan membolehkan kita memahami ALQURAN.

Tapi malangnya kita tidak berusaha untuk mengenal dan mengetahui "lirik" yang sebenarnya. Sebab itulah ISLAM tidak mampu berkembang ditempat kita hatta dalam diri kita sendiri. Kalaulah kita mengetahui "lirik" sebenarnya dan maksud sebenar ALQURAN. InsyaAllah, saya yakin dan percaya kita pasti mampu menjadi muslim yang mukmin!!

Contohnya, "lirik" dalam ALQURAN kata, menutup aurat itu wajib. Seluruh tubuh wanita itu aurat bagi wanita kecuali muka dan tapak tangan. Alhamdulillah ramai yang menutup aurat. Malangnya ramai juga yang menutup aurat tapi telanjang dan banyak lagi. Opss..inilah hakikatnya wahai wanita-wanita diluar sana (peringatan untuk diriku yang utama!!). Rasulullah sudah habaq lagu ni dari dulu lagi.

Nabi S.A.W bersabda:
أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم صنفان من أهل النار لم أرهما قوم معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس ونساء كاسيات عاريات مميلات مائلات رءوسهن كأسنمة البخت المائلة لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.A. berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “ Dua golongan ahli neraka yang aku belum lihat (akan wujudnya pada masa hidup baginda) iaitulah satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor-ekor lembu memukul manusia dengannya(sesuka hati) dan golongan wanita yang bertutup tetapi telanjang, menarik dan tertarik kepala mereka seperti bonggol untu yang senget, wanita-wanita ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak sekian-sekian…-Riwayat Muslim.

Lihat betapa Rasulullah sangat sayang kepada kita. Dipesannya dari dulu lagi. Malangnya kita??? Ambil tak endah sahaja amaran dari Allah dan peringatan dari Rasulullah. Melalui hal itulah terjadinya banyak perkara yang tidak diingini. Zina berleluasa. Masalah sosial semakin meningkat. 

Muslimah sejati menyedari diri sebagai FITNAH DUNIA, sedaya upaya menjauhi & menghindari agar maruah agama terpelihara & kehormatan diri
terjaga dari nafsu & syaitan.

Sabda Baginda s.a.w: “Tidak aku
tinggalkan kepada ummatku selepasku fitnah yang lebih besar ke atas lelaki
melainkan WANITA.” 

Cukuplah sabda Baginda s.a.w mterjemahkan
segala2nya.~Jadilah dirimu..Muslimah solehah, inspirasi ummah,hadirmu
mampu membawa sinar Islam didalam sebuah masyarakat

Masih belum cukupkah peringatan yang Rasulullah berikan kepada kita wahai wanita??

Peringatan kepada diriku!!!

-------

Kita ibarat menari tak ikut lagu. Kononnya lagu versi dangdut, adakah patut kita menari tarian hip hop!! Huhuhuhu. Hah.. macam tu la kita. Banyak contoh lain yang boleh saya bagi. Tapi entah kenapa dangdut dan hip hop ni juga yang saya pilih. Hehe..

Begitulah kita. "lagu" sudah Allah beri, "lirik" hidup sudah Allah beri tapi kita tetap juga ikut "lagu" dan "lirik" yang orang barat buat. Haiss.. Contohnya, pakaian kita juga la. Banyak fesyen-fesyen baru yang di cipta oleh barat. Kononnya menutup aurat tapi penuh dengan tabarruj!! Manik sana, manik sini. Liplap-liplap!! Belum lagi make-up yang tebalnya ber"inci"!! 

Sedih saya tengok wanita yang pakai maku-UP ni. Bukan apa, terlalu berlebihan!! Kan itu boleh meningkatkan syahwat lelaki. InsyaAllah, muslimin yang mukmin tidak akan tergoda pada paras wajah. Yakinlah. So, tak perlu la bermake-up. Bedak sikit-sikit tu boleh la. Berhias untuk suami, ehemm... DIGALAKKAN!!!

Saya kerja pun pakai bedak baby jak. Tu pun tidak la banyak sangat. Sekadar menghilangkan pucat muka ni. LIPSTIK??? oh no. Tak suka. Susah nak makan. Minyak wangi?? Cukuplah sekadar downy tu pewangi. Tapi kalau untuk my lovely husband, 

"hubbi jangan risau, sayang akan berhias depan hubbi secantik-cantiknya. Orang(ajnabi) tak pernah lagi tengok muka sayang bila berhias tau ^_^"

-amboi... "hubbi"??-

So, buat muslimat diluar sana jangan risau. Kita jaga dan hiasi diri kita ini dengan iman dan islam. InsyaAllah cantik kita melebihi segalanya. Malangnya, saya masih banyak kelemahan dan masih banyak yang perlu dipelajari. Belum mampu diri ini bergelar muslim yang mukmin. Kita tahu bahawa semua mukmin itu muslim tapi kita perlu tahu juga tidak semua muslim itu mukmin. Faham?? Kita sama-sama memahaminya ok ^_^

Oleh itu, marilah kita hidup dengan Alquran dan Sunnah. InsyaAllah SYURGA pasti mari... ^_^

Salam sayang ^_^












2 comments:

  1. salam... saya suka part yg mula2. lagu polendang. haha... pengisian pun saya suka. bermanfaat.

    p/s: saya dah x nmpk budak2 kecik skrg main permainan ni. hurmm... era dulu2 je rupanya yg selalu main tanah.

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers