:: Hidayah :: Kehidupan :: Muhasabah ::

Kita adalah Hamba yang serba lemah, kadangkala kita tersilap dan tersungkur namun kita menyakini RahmatNya lalu kita bangun dengan penuh harapan, kita sandarkan diri pada pengampunanNya. Kita berpaut pada dahan tawakal dan kepasrahan serta memulakan langkah baru dengan bertongkatkan taqwa kepadaNya..

Inilah jalan kehambaan. Kita tidak akan menemui Allah melalui jalan-jalan yang lain. Allah SWT menjadikan kita lemah supaya kita dapat mengintai kebesaran dan keagungan Allah, Allah menjadikan kita serba kekurangan agar kita takjub dengan kesempurnaan dan kehebtan Allah SWT...


Hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar. Satu saat kita berada dipuncak; keseronokan dan kemewahan mewarnai setiap penjuru kehidupan. Gelak tawa sentiasa mengalunkan lagu kegembiraan hingga kita lalai mempersiapkan diri dengan keimanan agar kegembiraan itu dapat dipertahankan.

Kini kita di bawah semula; segala kelalaian dan kealpaan mula menuntut janji semalam, segala keseronokan melambaikan salam kepulangan lalu penyesalan dan kekecewaanpun mula bertandang.


Setiap hari radio kehidupan mula mengumandangkan lagu-lagu kesedihan dan penyesalan sambil kitapun begitu asyik melayan kenangan semalam. Bukan kita terhibur bahkan luka-luka semakin mendalam. Ada yang mula hilang pertimbangan hingga melihat kehidupan dengan pandangan kecewa dan putus asa.

Namun ada juga yang bertemu jalan pulang lalu tersimpuh hina di depan Pemilik kehidupan, mengalun zikir penyesalan sambil menghitung butiran tasbih dan puji-pujian. Mereka menghadapi hari baru di bawah sinar harapan dan pengampunan sambil merawat luka-luka semalam dengan alunan doa dan munajat keinsafan.

Mereka kini kembali sujud setelah sekian lama engkar dan lupa, mereka kini tunduk dan ruku’ dengan penuh kesedaran, setelah sekian lama hidup dalam dosa dan kemungkaran. Mereka kini bertemu semula dengan ‘kehidupan’ setelah sekian lama melalui saat-saat ‘kematian’.....Bangkitlah dari lenamu...

Allah adalah pencipta kita. Yang paling memahami kita adalah Dia. Dia adalah yang paling tahu kadar kemampuan kita. Dia adalah yang paling tahu akan keadaan kita. Allah itu Maha Tahu, sebelum Dia menciptakan kita lagi, bahawa manusia ini akan melakukan dosa. Memang Dia menciptakan kita demikian..Dia Maha Tau apa hikmah hamba-Nya yang sentiasa berdosa...ALLAH MAHA TAHU...

Kehidupan ini umpama arus deras yang sentiasa mengalir tanpa henti. Sebagaimana jiwa kita yang kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah begitu jugalah kehidupan kita; kadang-kadang kita cukup kuat untuk menongkah arus kehidupan yang serba ganas atau sekurang-kurangnya mampu bertahan dengan apa yang ada namun kadang-kadang ketika jiwa kita lemah tak bermaya maka kitapun tewas lalu hanyut dibawa arus.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers