:: Izinkan Aku Pergi ::



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBQkC91B8mvoDO5zmoaFN5Ya7tmjgbd9JR2DjkJKBF26i-mTXO4fmslr45IiAIBTzliowh_t-0mnzGkAvitYqcX8jubFr8i8iLYEbnVXL3r8JR32IgqkHRCTD7WPQ8aCSLgyCQCNDkqTo/s400/DSC07154_%25E5%2589%25AF%25E6%259C%25AC.jpg


Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 5 Rejab 1432H. Alhamdulillah saya sudah pun berusia 22 tahun kalau ikut tahun Hijrah. Kalau ikut tahun Masihi, saya berusia 21 tahun. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar secara percuma dari Allah. Maka nikmat mana lagikah yang mahu kita dustakan??

Selama 22 tahun saya hidup di tahun Hijrah, banyak kenangan  dan pengalaman yang saya perolehi. Banyak kenangan? Banyak pengalaman? Ya ka banyak? Mmm tidak la banyak mana, apa la yang ada pada hamba seperti saya. Apa yang saya boleh buat, kongsikan pengalaman-pengalaman saya dialam maya.

Mahu diceritakan? Pening juga kepala Kak Syuhada mengingatnya. Rasanya yang banyak tahu about life saya Kak Syuhada la. Mungkin sebab kami serumah kot. Banyak yang saya kongsikan pada dia. Kadang-kadang Kak Syuhada tanya “ni citer mana satu ni..akak dah pening.. Yati ni banyak sangat cerita”. Itu baru yang bab itu, kalau bab yang satu lagi usah disebut. Kak Syuhada sudah hafal.

************

Sesuatu yang kita inginkan, belum tentu itu yang terbaik untuk kita. Kerana pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu tapi itu pilihan-Nya. Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

Kalaulah pilihan Allah itu membuat kita kecewa, tidaklah menjadi satu kesalahan kerana kekecewaan itulah guru yang akan mengajar kita erti prinsip dan perlunya kita bangkit semula dari kegagalan kita. Kekecewaanlah yang akan mengajar kita betapa besarnya keburukan yang akan datang selepas kelalaian. Bahkan kekecewaan itu akan mengajar kita tentang perlunya kita berhati-hati ketika melangkah dalam kehidupan.

Kita kena ingat if Allah kata jadi, maka jadilah ia sebagaimana yang diinginkan. Even berliku mana pun hulu sungai itu, pasti akan sampai ke laut masin juga. Begitu juga hidup ini. Ada naik, ada turunnya. Sehebat mana kita merancang pun... destinasi akhirnya telah ditulis awal-awal lagi olehNya... ^_^. So, sinyum tak perlu kata apa-apa. Allah adalah perancang terbaik untuk kita. Yakinlah duhai hatiku, duhai hatimu duhai sayangku ^_^

Begitu juga soal jodoh. Semuanya sudah tercatat diawal-awal lagi. Sebelum kita lahir kedunia lagi. Itulah kehebatan Allah. Tapi jangan kerana merasa ianya sudah tercatat, kita merasa lemah. Menunggu saja.  Seharusnya kita perlu bangkit semula. Bukankah Allah menyuruh kita untuk berusaha? Itulah pentingnya konsep DUIT.

D = Doa
U = Usaha
I = Ikhtiar
T = Tawakal

Allah has already written the names of your spouses for you. What you need to work on is your relationship with Allah. He will send her/him to you when you’re ready. It is only a matter of time. [ Sheikh Mamdouh ]

Ya, sudah tercatat sebaris nama En.Zauj/Zaujah buatku disana dan buat kita semua juga. apa yang penting kita kena usaha perbaiki hubungan kita dengan Allah. insyaAllah, akan datanglah seorang putera/puteri dihati kita. Mungkin bukan sekarang, siapa tahu esok lusa. Atau mungkin setahun dua lagi. Itu semua rahsia Allah.

Tapi, macam yang saya katakan. Jangan menunggu si timba mencari perigi sahaja. Kadang-kadang perigi juga kena cari timba. Almaklumlah, sekarang zaman sudah moden. Semua pakai tab mandi. Mana pakai perigi lagi. (sinyum)
888888888888888888888888888888888
*Buat S*
“emm..sesungguhnya manusia merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih baik. Setiap dari kita ada pasangan yang Allah tentukan, yang sudah tercatat di luh mahfuz siapa dia. Asif, sahabat kesayangan ana dengan rendah hati mengundur diri dari risikan itu. Bukan kerana merasa diri lebih mulia, bukan juga kerana merasa enta tidak layak tapi pilihan Allah itulah pilihan yang terbaik. Syukran kerana sudi menjadikan dirinya sebagai salah seorang pilihan, enta insan yang soleh, insyaAllah pasti bertemu dengan yang baik-baik juga. bukankah itu janjinya. Doakan juga moga sahabat srikandi kesayangan ana ini mendapat pasangan soleh. Wallahualam. Asif, ana hanya menyampaikan pesan”



Syukran juga buat sahabat srikandi kesayangan saya yang telah menitipkan pesan ini buat dirinya. Mungkin ini yang terbaik.

8888888888888888888888888888888

*Buat S*

assalammualaikum mujahid kecintaan Allah.
asif andai mesej ini mneganggu ketentraman dan ketenangan hati milikmu.

wahai pemilik hati yang dikasihi Allah,

Dikala walid belum siap melepaskan puterinya,
masih ragu berada ditangan orang asing,
satu jawapan menanti perkhabaran,
puterinya menyambut dengan belaian kasih ibu
semoga ini menguatkan hati.

Dengan lafaz Bismillah,

ana ingin menyusun sepuluh jari,
memohon kemaafan kepada enta
insyaAllah setelah ana melakukan istikharah
hati ana telah kuat membuat keputusan..
ana belum bersedia lagi untuk membina baitulmuslim
seperti yang pernah dirangcang.

Mohon secebis pengertian dari enta,
masih ada pada keutamaan yang lain.

maafkan ana sekiranya masa yang ana minta membuatkan enta mengharap.
Ketahuilah, pernikahan bukan hanya disini tapi hingga ke syurga.
Dan ketahuilah juga, pernikahan itu dari restu dan redha kedua orang tua.
Ana doakan semoga enta diketemukan dgn pasangan yg terbaik dri Allah,
pasangan yg Allah cintai insyaAllah...
mohon maaf ana pinta...
maafkan diri yg tidak sempurna ini.





*syukran buat sahabat srikandi kesayangan saya juga. Kak ***** dan sahabatku ******


 Tinta Hati -->
 .,,.-°--*-.,,.- Biar Hati Mati Menolak Cinta Insani,
Biar Badan Lesu Ditomah Kata Keji,
Jgn Kau Menangis Wahai Mata Hati,
tp Menangislah Andai Cintamu Ditolak IlahI..•.,,.-°--*-.,,.-

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers