:: Sahabat, Aku Sayang Padamu ::


Sahabat? Kawan? Teman?

Semua kita tahu perkataan itu kan? Siapa yang tidak tahu, padahal kerana itulah kita mampu terus berdiri. Bukanlah bermaksud menyisihkan Allah. Allah adalah yang pertama. Sedangkan Rasulullah s.a.w mempunyai sahabat untuk menyebarkan risalah Allah, inikan kita sehina-hina hamba disisiNYA??

Siapa didunia ini tiada sahabat? 

Sangat-sangat pembohong bila ada yang mengaku tiada sahabat. Siapa setuju statmen ini?? Angkat la tangan. Kalau tak setuju pun, tidak mengapa. Aiman tak kisah ^_^

Saya sendiri memerlukan sahabat. Mungkin anda pun sama seperti saya, kan? Kalau tak sama pun tak apa. Aiman tak kisah juga ^_^

Tapi, dalam bersahabat pasti akan ada rajuk-merajuk, terkecil hati sana sini, kecewa tak tentu pasal, cemburu membabi buta, menangis sampai mata bengkak, sayang melebih-lebih sampai orang lain tak boleh sayang orang yang disayang dan banyak-banyak lagi. Manusia, itulah fitrah kita lebih-lebih lagi seorang wanita. Macam saya juga ^_^. Chewahhh

Manusia, tiada yang sempurna. Jika ada selisih faham, mungkin kita rasa itu salah dia. Tapi sedarkah kita, bila koreksi semula, rupanya khilaf itu mungkin lebih banyak pada diri kita tanpa kita sedari. Disinilah keikhlasan dalam bersahabat itu mula terhakis sedikit demi sedikit. Yang tinggal mungkin sisa yang tidak kelihatan.

Inilah perlunya sentiasa muhasabah diri. Tertarik dengan kata-kata ini ;-

*Lupakan kebaikan kita kepada orang dan Lupakan kejahatan orang kepada kita.

InsyaAllah kalau ini kita amalkan, hidup kita pasti ceria sentiasa dan aman sentiasa. Bukankah keperibadian Rasulullah seperti ini? Kita lihat saja peperangan zaman Rasulullah, orang-orang tawanan tidak dihukum malah sekadar dijadikan hamba itupun masih diberi makan dan minuman. Bukankah sepatutnya mereka ini diseksa kerana memerangi Rasulullah dan para sahabat?? Tapi kerana ISLAM itu agama yang inginkan keamanan, Rasulullah yang boleh berbuat demikian tidak berbuat demikian. Subahanallah.

Jahat macam mana pun, Rasulullah lupakan sahaja bukan kerana Rasulullah tidak ada hati tapi kerana rasa sayangnya kepada umatnya. Rasulullah pula tidak pernah mengungkit kebaikan yang dia lakukan. Tapi kita? Astaghfirullah. Sama-sama kita mencontohi keperibadian Rasulullah. Kalau tidak dapat mencontohi Rasulullah seluruhnya, memadailah kita berusaha untuk bersikap sedemikian. Saya juga sama seperti anda atau mungkin lebih teruk dari anda. Tiap hari dalam hidup saya, pasti akan ada dosa yang dilakukan dalam sedar dan tak sedar.

*Sentiasa ingat kebaikan orang kepada kita dan Sentiasa ingat kejahatan kita kepada orang.

Sekali lagi saya membawa kita mengingati sirah kehidupan Rasulullah. Saya bukanlah seorang yang ilmuan untuk bercerita tentangnya. Apa yang saya tahu, itu yang saya kongsikan. Ilmu saya terbatas. Masih dalam lingkungan ilmu tahap bawahan. Sekurang-kurangnya kita mencuba dan berusaha untuk mengenal siapa Rasul kita.

Pernah dengar kisah Rasulullah memberi makan kepada pengemis yang buta yang selalu mencaci Rasulullah? Mengata Rasulullah yang bukan-bukan? Pernah dengar kisah jalan yang selalu dilalui Rasulullah ditaburi duri-duri? Saya kira, itu kisah yang selalu kita dengar.

Apa tindakan Rasulullah masa itu? Allahu Allah, Rasulullah s.a.w sedikit pun tidak marah kepada mereka. Malah Rasulullah s.a.w dengan senang hati memberi makan kepada wanita pengemis yang buta itu. Si pengemis tidak tahu bahawa yang memberi makan kepada dia itu adalah orang yang dicacinya setiap hari. Subahanallah, sungguh baik hatimu ya Rasulullah s.a.w, ya Habiballah.

Itu kisah Rasulullah s.a.w, kekasih Allah. Bagaimana pula dengan saya? bagaimana pula dengan anda? Memang payah dizaman sekarang ini untuk menemui manusia yang mempunyai keperibadian seperti Rasulullah. Mungkin ada, tapi satu antara seribu. Mungkin. Saya?? Maaf, saya masih ada banyak kelemahan dalam bersahabat atau berukhwah ini. Saya hanya mampu berusaha. Doakan saya ya ^_^

Sini saya mahu share artikel ni. Dapat dari akuislam.com ^_^ Semoga bermanfaat ^_^.


Tiada satu makhluk pun didunia ini yang mampu menumbuhkan rasa cinta dan sayang dihati kita, melainkan ALLAH. Hanya Allah sahaja yang mampu menumbuhkan rasa itu didalam hati kita. Kerana ALLAH sang penciptanya, ALLAH yang telah menciptakannya dan meletakkannya didalam hati setiap makhluknya.

Disaat kita menyayangi seseorang, kita selalu mengharapkan orang yang kita sayangi selalu berada dalam kebaikan. Maka, buktikanlah rasa sayang kita itu dengan menyampaikan harapan kita kepada ALLAH dengan mendoakan sahabat kita.

Lafaskan doa anda untuk sahabat kita. Mohonkanlah agar ALLAH selalu melindungi sahabat kita, serta memberikan pelbagai kebaikan terhadap sahabat kita.

Setelah solat, doakanlah sahabat kita. Walau pun mereka tidak tahu bahawa kita selalu mendoakannya. Lafaskanlah doa kita dengan penuh harapan kepada ALLAH. Mohonlah keampunan untuk dosa~dosa sahabat kita kepada ALLAH. Sebut namanya dalam doa anda. 

Doakanlah dia selalu.

Ini sangat indah…
Sungguh indah.. Seorang sahabat mendoakan kebaikan untuk sahabatnya yang lain. Sahabat yang didoakan tidak mengetahui tentang hal itu. Tiada seorang pun yang mengetahui. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.

Hanya ALLAH yang mengetahui harapan~harapannya kepada ALLAH untuk sahabatnya. Ini sungguh luar biasa. Inilah sebuah ketulusan yang nyata. Tiada berharap kecuali kepada ALLAH.
Disaat seorang sahabat tiada disisi, sahabat yang lain memohonkan perlindungan kepada ALLAH bagi sahabatnya. Sungguh luar biasa… kita memohonkan kepada ALLAH satu kebaikan untuk sahabat  tanpa diketahui oleh sahabat tersebut.

Bagaimana perasaan anda jika anda mengetahui ada seorang sahabat yang selalu mendoakan anda? Padahal anda tidak pernah memintanya. Beginilah indahnya persahabatan dalam Islam.

MAAFKANLAH….

Seperti yang telah kita ketahui, setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan. Begitu juga dengan sahabat yang kita sayangi.

Tidak tertutup kemungkinan sahabat yang kita sayangi melakukan kesalahan yang menyakiti kita. Baik itu kesalahan yang kecil mahupun kesalahan yang besar. Namun yang paling penting, adalah bagaimana menghadapi kesalahan~kesalahan yang dilakukannya.

Apakah kesalahan ini akan membuat kita membencinya dan tidak lagi menyayanginya ?

Kadangkala perilaku yang tidak kita senangi dilakukannya terhadap kita. Mungkin dia telah mengingkari janjinya untuk bertemu dengan kita pagi ini, atau mungkin dia lupa bahawa hari ini adalah hari jadi kita, atau mungkin dia telah mengucapkan suatu perkataan yang menyakiti hati kita.

Perlu kita ketahui “ Tiada seorang pun didunia ini yang ingin melakukan kesalahan ”.
Katakan dalam hati kita “mungkin dia lupa, mungkin dia sedang banyak masalah, mungkin dia sedang tidak sihat, mungkin dia sedang sibuk..”, atau kemungkinan yang lain.


Dia mendapatkan hukuman hanya kerana dia melakukan sesuatu yang tidak kita sukai. Sedangkan sahabat itu melakukannya bukan atas kehendaknya.

Maafkanlah… maafkanlah dia..

Lafaskanlah dengan lidah  bahawa kita  memaafkan setiap kesalahan~kesalahannya.
Semoga ini dapat melembutkan hati kita dan dapat menyayangi dengan lebih ikhlas.

Sahabatku,
Katakanlah jika aku berbuat kesalahan
Jangan diam
Jangan memendam
Aku  ingin kita  tetap bersahabat selamanya…



Tinta Hati ---> Thanks to my kekasih hati AHN ^_^

5 comments:

  1. AsSalam..kadang2 kte dah cbe yg terbaik dlm persahabatan..tapi masih juga disalahertikan..smoga Allah sentiasa melembutkan hati mereka..Semoga kte dikurniakan sahabat yang sentiasa menyokong kta saat bangun dan jatuhnya diri:))) Salam sahabat ukhuwah fillah^___*

    ReplyDelete
  2. AsSalam..kadang2 kte dah cbe yang terbaik dalm persahabatan..tapi masih jga disalahertikan...semoga Allah lembutkan hatinya..N Semoga kte dikurniakan sahabat yang akan sentiasa menyokong saat bangun dan jatuhnya diri..amin7..salam ukhuwah fillah:))))

    ReplyDelete
  3. smg kita djadikan oleh Nya bersahabat kental dunia akhirat...amin...

    ReplyDelete
  4. mudah2n kita bersabat karena Nya...amin...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers