:: Butter ::


Jarang sudah meluah rasa dalam tautan hati ini. Sudah mula menampakkan bibit-bibit malas menulis. Otak pun sudah berkarat-karat-sekarat-karatnya. Nda bha, macam ni memang banyak yang mau ditulis tapi bila buka saja lappy, godaan En. Pesbuk tu terlalu meng'asik'kan. Astaghfirullah. Dan hari ini, terbuka la otak dan ada la hati mau menulis. Itu pun dipaksa-paksa. *buat muka yang teda perasaan*

Butter? Nah, sepa suka kek atau biskut atau sewaktu dengannya dan dicampur butter?? 

Angkat tangan anda..
Hmm... satu, dua, tiga, empat, lima, enam... oh ramai juga yang angkat tangan.
 Good.

oiiiiiiii yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat, yang rapat terus rapat. Haha..

Macam buat jualan langsung pula. Hikhikhik.

Begini adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik, datuk nenek sekalian...Hamba yang hina ini ingin kongsikan sesuatu kepada kalian. Semoga bermanfaat..

Tadi kan, tadi kan.. *bunyi exited mau cerita konon*.. saya ada dengar la radio di Sarawak cakap pasal BUTTER kesukaan anda tu. *ehem, pemilik belog pun minat juga tapi sikit la...hehehe*

Kerajaan Johor sudah tidak membenarkan penggunaan butter ni. Saya tidak pasti pulak sama ada diharamkan atau tidak. Sebab saya dengar berita tu diakhir-akhir sudah. Kemungkinan BESAR diharam sudah di negeri Johor. Maaf kalau saya tersalah info.

Kenapa?? Sebab disyaki mengandungi LEMAK BABI. Majlis Islam Johor sudah buat pemeriksaan terhadap butter ni. Ops, itu saya tidak pasti. Adoi!! Takut tersalah info pulak sebab macam yang saya cakap tadi, saya dengar di akhir berita sudah. Kalau pasal Johor tu, nanti saya cari info sebenarnya ok. Sabar ya bu, pak.

Tapi untuk disarawak, Majlis Islam Sarawak kata, buat masa ini jangan beli produk ni dulu sebab mereka masih mengkaji. Iya la, takkan terus mengharamkan perkara yang kita tidak tahu kesahihannya. Mereka ni masih mengkaji sama ada produk ni ada mengandungi lemak babi atau tiada. Jadi, saya HARYATI JUNING ARIFFIN menyarankan kepada orang-orang Sarawak supaya jangan beli produk ini dulu buat masa ini. Hmmm, rasanya bukan Sarawak saja kot, sebab mungkin pengilangnya sama.

Maaf kepada pemilik produk ni, bukan niat menjatuhkan. Jauh sekali mahu meng'aibkan. Semoga pihak anda memahaminya. Jika benar tiada lemak babi dalam produk anda, insyaAllah produk anda akan laris sebab ianya sangat diperlukan untuk buat kek, biskut dan sebagainya. Tapi sekiranya ADA, maaf dipinta tak dapat den nak nolong.

Dari Abu Muhammad, Al Hasan bin ‘Ali bin Abu Thalib, cucu Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kesayangan beliau radhiallahu ‘anhuma telah berkata : “Aku telah menghafal (sabda) dari Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu, bergantilah kepada apa yang tidak meragukan kamu “.
(HR. Tirmidzi")

Mmmm, bagi yang tidak tau butter ni macam mana.. saya uploadkan picnya ya.


Pernah ka terjumpa produk ni sebelum ni??? 

Tinta Hati : Tunggu keputusannya dahulu baru beli ^_^

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers