:: Ikau Koupusanku ::


~Semalam menangis sampai mata bengkak. Rindu. Air mata bagai air terjun. Doa mengiringi seperti air mata mengalir laju membasahi pipi.~

Yang jauh,
Lahir menjadi kenangan,
Menjadi ingatan,
Hadir lewat doa selepas solat,
Bertasbihkan air mata,
Bersama harapan.

Sakit ini tak ada ubatnya,
Kata jiwa yang larah,
Pendamkan rindu tak bertepian,
Harapan bersandarkan keyakinan,
Akan pertemuan pada hayat yang mendatang.

Apa agaknya khabar di sana?
Andai yang tinggal hidup dalam alpa,
Tanpa surah yang ikhlas untuknya,
Tanpa secebis fatihah buat yang tiada.

Masih ada disini yang mendoakanmu,
Masih ada disini yang menitipkan fatihah,
Biar menjadi penyuluh rumahmu,
Biar menjadi penyejuk lamanmu,
Walau yang dihafal hanya surah sependek itu,
Tapi ia lahir dari jiwa yang ikhlas,
Semoga bahagia dalam penantian.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers