:: Pengurusan Kewangan ::


Assalammualaikum.
Ada orang???????

ops lupa.... Saya pulak tuan rumah, pemilik belog. ^___^

Ha, my lovely sister kan.. Namanya Erna, ada buat satu program pengurusan kewangan. So, saya sebagai adik mahu la tolong war-warkan perkara ni. Kan sharing is caring ^_^

Ok, sebelum tu kan ini pesbuk my sister tu Eyna Junn Ariffin. Ada apa-apa pertanyaan, just direct tanya dia. Tanya saya, mungkin boleh cuma nanti lambat pulak kan. Bagus lagi terus kepada orangnya.

Ok geng, saya copy paste note my sister tu k.

saya bakal menerbitkan satu segmen yang bertajuk 'BIJAK BELANJA'. segmen ini akan ditayangkan di 1Malaysia TV. saya harap anda semua boleh turut serta menjayakan segmen tersebut dengan mengajukan soalan berkaitan pengurusan kewangan. sebagai contoh, pengurusan kewangan untuk sebuah majlis perkahwinan, bagaimana membayar ansuran kereta dengan gaji yang kecil, bagaimana membayar pinjaman ptptn bagi yang baru tamat belajar dan belum mempunyai kerja dan sebagainya. anda boleh mengajukan soalan dalam bentuk rakaman video dan emailkan ke alamat email saya iaitu, an_na2806@yahoo.com atau upload dalam FB anda kemudian 'tag'kan kepada saya.

sila sertakan nama penuh dan alamat korang yea.. (^_^)

soalan-soalan anda itu akan dijawab oleh Puan Hajah Rohani Bt. Datuk Shahir.

[sedikit informasi tentang beliau,]

HAJAH ROHANI DATUK HJ MOHD SHAHIR ialah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Perunding di Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd. iaitu firma pengurusan kewangan Islam. Lulusan Ijazah Ekonomi dalam jurusan Perakaunan dari Universiti Sydney, Australia dan berpengetahuan luas dalam bidang pengurusan kewangan. Sering terlibat dalam pembentangan kertas kerja seminar, forum dan persidangan dalam dan luar negara. Mantan Pengurus American Express ini juga banyak mengendalikan bengkel dan program latihan kewangan serta menjadi panel dalam program bual bicara di radio dan televisyen. Beliau banyak menulis artikel tentang perancangan kewangan di dalam beberapa buah majalah tanah air dan pernah muncul dalam wawancara di Radio BBC London.]

saya harap korang boleh bersama saya untuk menjayakan segmen ini. mungkin korang boleh tolong saya bagitahu kawan2 korang tentang segmen ini dan korang boleh merakamkan video bersama. menarik tak....? peluang anda untuk muncul di TV dan di seluruh DUNIA..... (selain dapat info yang berguna.. itu lagi penting kan...?)!!

tq korang................




Nah, amacam?? berminat??

Kalau mahu note sebenar my sister ni boleh saja klik disini.

oh ya, boleh juga ziarah di laman tempat my sister kerja ni


~Nanti, sebar-sebarkan juga ya ^_^~

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers