:: Wad Bersalin ::

~08.06.2011 punya entry... ^_^~
Subahanallah!!! Allahu Akhbar!!!

Subahanallah, tidak habis-habis kalimah tu aku sebut. Subahanallah, pagi tadi jam 8 pagi pergi hospital ziarah kawan sekerja yang baru saja melahirkan anak dia. Alhamdulillah, anak lelaki. Nama belum lagi diberi. Gatal mulut aku ni mahu bagi nama untuk anak kawan tu. Tapi, tu la mana boleh. Aku pulak yang over exited. Macam baby aku pulak. Haha

“Subahanallah. Tahniah kak Nor. Berapa kilo??"  Ceh aku tanya lagak macam sudah pernah ada anak. Sambil tangan ni kacau-kacau pipi si adek.

“kuasa Tuhan Ti….2.95 kilo. Alhamdulillah, senang kali ini kak beranak. Baru saja lahir yang jam 7 pagi tadi.” Sambil lap peluh kelelahan.

Allahu Akhbar!!

Sempat main-main dengan si adek ni. Kacau-kacau pipi dia. Kawan-kawan lain bercerita, aku pulak asik dengan si adek. Cubit sana, cubit sini. Sempat juga berbisik di telinga si adek ni zikir-zikir. Semoga besar nanti, si adek jadi lelaki soleh ^_^. Bias menjadi mujahid terulung. Mewarisi kepimpinan Sultan Al’fateh. Amiiiiiiiiiiinnnnn ^_^

“Ti, tauk sik..cian baby Ti. Nya lahir sik da yang nyambut. Nya lahir pia-pia jak. Kamboh sidak tek. Air ketuban akak ya memancit. Tapi, Alhamdulillah la Ti. Kuasa tuhan na. Kali tok, kak rasa nang paling senang la kak melahir baby. Sik berasa gilak baby ya keluar. Alhamdulillah juga even kak ada rasa terkilan cara sidak molah keja. Nama la manusia nak. Sik da hal la, yang penting baby selamat, kak selamat”

Mendengar luahan si ibu yang baru saja melahirkan baby. Sambil-sambil tu belajar juga. persediaan konon. Ceh *senyummmmm*. Sekejap saja melawat kak Nor sebab time tu time doctor cek keadaan pesakit. Lagipun kami pergi berziarah bukan pada waktunya.

Dan aku pulak, kempunan tidak dapat angkat si adek. Dalam hati pasang azam, siap ada pelita sekali supaya tidak lupa..hahaha. “tengah hari nanti, akan ku pastikan supaya si adek berada diribaanku!! PASTI”. Ceh, semangat tu macam mau ada anak sudah. Adoyai.


Jangan takut deh! (walaupun sebenarnya aku takut juga. tapi oleh kerana teringin sangat. Apa lagi, kena beranikan diri la kan. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Mau tunggu ada anak sendiri??heheh)

Ini yang buat aku teringat kenangan masa saya tahun 4 dulu. Masa tu aku selalu pergi rumah makcik aku ni. Hujung minggu atau cuti mesti pergi rumah makcik ni. Aku pun terikut-ikut panggil makcik aku ni dengan panggilan “mammy”, sampai sekarang tau.

Kebetulan mammy masa tu baru saja lahirkan baby girl. Nama penuhnya lupa, tapi ingat nama panggilan dia. Kami panggil dia Gapil. Adoi, entaah dari mana nama tu. Tapi itulah nama panggilan dia sampai sekarang ni. Masa umur Gapil ni 2 bulan, aku dengan gatal tangannya mau juga mandikan dia. Alhamdulillah mammy izinkan. Akhirnya saya sudah boleh mandikan Gapil tapi still dalam pengawasan mammy. Alhamdulillah, ada juga pengalaman.

Tapi itu kisah 11 tahun yang lalu. Kisah sekarang ini pulak?? Mungkin dah tak pandai kot. Tapi kalau baby umur 7 bulan, insyaAllah pandai kot. *bunyi macam not sure jak*. insyaAllah, akan belajar lagi. Tapi masalahnya siapa pula baby yang akan jadi bahan pembelajaranku? Anak-anak ceria yang 3 orang tu dah besar panjang. Hmmm tunggu anak sendiri la.. (ketawa)

Oh ya, antara ibrah yang aku dapat. 

Azankan anak dan bisikkan kalimah-kalimah suci Allah

Ya, sebagai seorang muslim biarlah kalimah pertama yang didengar si bayi adalah kalimah-kalimah memuji Allah. InsyaAllah, semoga kalimah pertama yang didengar oleh si baby akan diingatinya sehingga akhir hayatnya. Dan kalau lah kebetulan bayi yang kita sambut itu mamanya bukan beragama islam, bisikkan saja apa-apa kalimah ditelinga si baby. Allahu Akhbar atau Subahanallah. Ambil peluang untuk bisikkan kalimah-kalimah suci itu berkali-kali. Semoga, kalimah itu akan diingati oleh si bayi dan menjadi satu . Biasanya ini hanya mampu dilakukan oleh mereka yang kerja di bahagian wad bersalin.

Bagi nama yang indah-indah dan bermaksud baik.


ha... sekarang ni banyak pilihan nama yang boleh kita pilih. Semuanya dihujung jari. Just ask uncle Google. Pasti ada beribu-ribu nama pilihan. Lagipun nama ini kan satu panggilan dan panggilan itu kan menjadi doa. Contoh nama yang boleh digunakan Nisa, Qatrunnada, Waheda dan banyak lagi. Macam yang saya kata, just tanya uncle Google. Dia ada nama-nama tu ^_^. 


Boleh juga bagi nama-nama para sahabat, para srikandi islam, pejuang islam. Contohnya Sumaiyyah, Fatimah,  Aisyah, Asiah, Ali, Abu Bakar dan banyak-banyak lagi. Semoga dengan nama-nama tokoh islam ini diberi menjadi satu semangat kepada anak-anak kita. Ops aku suka nama "ummu aiman". Kebetulan sahabat aku bernama 'ummu aiman'. Peribadinya subahanallah, sangat aku kagumi ^_^.


Banyak lagi ibrah yang aku perolehi. Tapi, rasanya cukup sampai disini. Kebetulan tidak lami lagi waktu balik. Menggunakan masa terluang untuk berbelog.


Sekarang ni masa untuk aku show anak kawan aku ni dan show aku-aku sekali. Saja jak, mau bagi tau semua dunia bahawa aku pandai angkat baby yang belum sampai 24 jam lahir didunia. YA. I CAN!!!!! BOLEH!!! Ummat islam sentiasa boleh. Kalau tak boleh, macam mana mau angkat anak sendiri kan. Hihihi. Ini la salah satu pengajaran yang saya dapat.










....hahaha...pandai-pandai saja aku ni...tetiba pulak ada 'umi' didepan... Pepandai jak.. Tak pasal-pasal aku kena marah oleh mak dia..

~Tahniah buah Kak Nor!!!~

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

~Bersama Kamu~

Daisypath Anniversary tickers